Lama sungguh saya tidak dapat menghubungi adik saya yang seorang ini. Ada beberapa kali saya telefon, asyik masuk voice mail sahaja. Hinggalah satu malam, saya membuka YM, ternampak dia di ‘tingkap’.
Setelah bertanya khabar, baru saya tahu dia telah menukar nombor telefon baru. Macam-macam perkara yang kami sembangkan, selain bertukar khabar. Dia mengeluh tentang suasana kerja. Tugasnya sebagai pegawai pemakanan di sebuah pasar raya besar tentu sahaja banyak cabaran. Apatah lagi dalam mengelolakan sektor halal. Yang susah menurutnya, kalau bos Melayu Islam lain ambil mudah tentang status halal makanan.
“Kak.. Zam nak tanya nih..” tulisnya lagi.
??.. tanya saya ringkas.
“Waktu kami buat proses menyamak… ada sorang ustaz muda ni nak berkenalan dengan Zam.. camner ek??”
Memang nak tergelak saya membaca tulisannya di skrin komputer. Saya tahu Zam sudah ada calon steady boyfriend.
“Orang lain boleh cakap apa sahaja, pokok pangkalnya hati Zam. Nak berkenalan tak salah. Tak kenal maka tak cinta,” usik saya kepadanya.
Daripada bermacam-macam lambang smiley yang dibuatnya, saya faham dia betul-betul serba salah dan bengang.
“Zam rasa tak layaklah kak! Kita bukan baik sangat.”
“Baik tak baik bukan manusia yang tentukan. Ukuran tu hanya Allah yang tahu. Mungkin Dia hantar orang yang baik untuk menjadikan kita lebih baik kan? Kalau Zam tanya akak, mudah saja jawapan akak. Rasulullah sudah bagi garis panduan. Ikutlah. Nescaya kita tak akan ralat. Paling penting jangan lupa mintak petunjuk daripada-Nya. Buatlah solat istikharah. Kalau apa-apa berlaku, kita tak akan menyesal sebab kita tahu, itulah yang terbaik telah disuratkan pada kita. Tu lah cantiknya Islam. Tak payah pening kepala. Ikut je. Insya-Allah kita selamat,” taip saya untuk tatapan dia.
Sememangnya memilih pasangan hidup tak semudah memilih baju di kedai. Nampak cantik terus sambar. Nak pilih yang kaya, takut perangai tak semenggah. Pilih yang segak, takut pula jenis yang ‘biar papa asal bergaya’. Kalau pilih yang biasa-biasa, takut nanti hidup tak serupa orang.
Sebab itulah, dalam hadis, Rasulullah ada menyebut, “dikahwini seorang perempuan (lelaki juga) itu kerana 4 perkara; kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”
Sudah menjadi fitrah manusia; sukakan kesenangan, kecantikan dan kemuliaan. Sebab itulah dalam urusan mencari jodoh, tiga kriteria ini turut disebutkan. Namun bagi yang sedar hakikat kehidupan ini hanya pinjaman dan cubaan, maka pastinya faktor agama tetap menjadi kriteria utama. Ini kerana ia akan memberi kesan ke atas keseluruhan hidup berumahtangga serta kelangsungan zuriat dan masyarakat. Seperti mana kata Imam al-Ghazali, pendidikan anak itu bermula 20 tahun sebelum kelahirannya. Sudah pasti untuk melahirkan anak yang soleh/solehah memerlukan kepada calon ibu bapa yang juga soleh dan solehah.
Namun pilihan tetap di tangan anda, sebagaimana artikel yang ditulis oleh Suhaimi Yusof dalam ruangan Suara Adam Muslimah bil 213.
“…bila lelaki tahu orang perempuan ramai yang mengidamkan lelaki jujur, adakah lelaki akan berubah dengan berebut-rebut menjadi lelaki jujur dan beriman? Jawapannya adalah tidak! Sebaliknya lelaki berebut-rebut cari duit, kumpul harta, bina kerjaya dan stabilkan ekonomi kerana mereka sebenarnya tahu kebanyakan wanita mahukan lelaki yang stabil ekonominya sebagai ciri terpenting!
Apabila wanita pula tahu ramai lelaki menginginkan wanita solehah maka adakah wanita berebut mahu berubah memperbaiki diri mereka supaya menjadi wanita solehah? Maka jawapannya adalah tidak! Sebaliknya apa yang berlaku kebanyakan mereka berebut-rebut memperbaiki penampilan mereka, membuat rawatan muka, mencantikkan kulit, menguruskan badan dan sibuk memakai baju dan seluar ketat! Betul atau tidak? Kerana mereka tahu wajah dan bentuk badan merekalah sebenarnya yang menjadi daya tarikan utama lelaki sebelum memikirkan ciri-ciri yang lain..”
Mengapa?? Sebab soal jodoh adalah pilihan hati bukan pilihan otak!
Benar, justeru jagalah hati agar ia sentiasa bersih dan memancarkan pandangan makrifat. Agar pilihan yang dibuatnya bukan berlandaskan nafsu tetapi ilham dari Allah SWT. Semoga kita beroleh kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Wallahu a’lam
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
4 hours ago
7 comments:
Alhamdulillah, saya merasa sangat bersyukur kerana dpt kawin ngan lelaki seperti suami saya.
alhamdulillah.. tu lar jodoh yang telah Allah aturkan.
Alhamdulillah...aku juga ikut senang nih...
Memang betul tu kaknik, ikut cara Rasulullah saw lagi baik dalam nak memilih ni. Bila hati dah condong ke arah mana tu pohon Allah restui dan serahkan padaNya.
Kak Nik? Ayam den lapeh AFKL??
salam arief dan kakcik..
tiada contoh terbaik melainkan yang telah ditunjukkan oleh suri teladan kita Rasulullah s.a.w
Ya Allah dah wan..
lamanya tak dengar citer ekau...
=)
Post a Comment