RSS

Tuesday, April 21, 2009

TUHAN LEBIH TAHU


Novel hasil sentuhan Nora Ismail a.k.a Rose Harissa, merupakan sebuah novel yang menyentuh mengenai tema kasih sayang tanpa syarat.

Rina Azia telah diperkosa Hazry Izhar, rakan baiknya sendiri, dalam usaha untuk menenangkan sahabat karibnya itu. Namun disebabkan pengaruh pil ectasy, Rina akhirnya hilang kehormatan dirinya.

Sikap lepas tangan Hazry, membuatkan Wan Azfarel yang sememangnya telah jatuh hati dengan Rina, bertindak nekad mengahwini gadis tersebut demi menyelamatkan maruahnya. Pengorbanan yang diberikan oleh Wan Azfarel dan kesediaan keluarganya menerima Rina, jelas memaparkan kasih sayang tanpa syarat sehingga membuahkan kehidupan yang bahagia.

Benarlah, apabila kasih sayang tanpa syarat diberikan maka natijahnya ialah kesetiaan yang tidak berbelah bahagi diperolehi daripada si steri. Apatah lagi kesanggupan memelihara anak hasil tragedi hitam itu seperti anak sendiri, menguatkan lagi kasih sayang mereka.

Namun perkahwinan mereka tetap menemui ujian apabila Hazry muncul kembali dalam hidup mereka dan Wan Azfarel kembali menderita penyakit yang pernah dihidapinya. Bagaimanakah pasangan ini melalui fasa ujian perkahwinan mereka?

Mampukah mereka mengharungi ujian fitnah, dendam, kesakitan, godaan dan juga perasaan sangsi yang dirasai? Mampukan kasih sayang tanpa syarat yang disemai menjadi tunjang perkahwinan yang dibina sekian lama?

Novel setebal 670 muka surat ini juga turut menyelitkan pengajarannya yang tersendiri. Biar serapat mana hubungan seorang lelaki dan wanita, atas apa jua alasan -baik rakan, sahabat atau hubungan plantonik, yang pasti syaitan tidak pernah lalai daripada 'tugasannya'. Ia sebenarnya mengajak pembaca khususnya wanita, agar berhati-hati walau dengan siapa pun, hatta sahabat baik sendiri kerana nafsu tidak mengenal kawan atau lawan.

Bagi yang belum membaca novel ini... jangan lupa dapatkan naskhah anda!
Penulis memberikan 4.5 bintang!

5 comments:

ain said...

huwaaaaa!!!!bila nak sampai jb novel ni!aku ada kamu pun x jumpa layiii!

p/s..klu weeknd ni x jumpa gak..beli online je la.

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik....

ini yang ibu x sabar nak baca nih...

yang 2 buah terdahulu pun belum khatam lagi...hehehe

Che' Rose said...

salam kak nik... haduiii... mekasih la sbb sudi buat review TLT... pejam celik mata saya tgk bintang2 tu... isk isk... alhamdulillah... terima kasih banyak2 sekali lagi...

* tiba2 rasa cam muslimah pulak bicara saya ni... huhu...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hehe che rose.. ko mmg muslimah pun. unless ko tukar tuttt! hahahah

Ningky Tara-Belle said...

I bought the novel and I love it. oh, front cover tu romantiklah. ikut dgn gaya n jalan cerita, memang best. Continue tulis yg romantik-romantik tau. I salah sorang pembaca novel u.