RSS

Tuesday, April 28, 2009

Jodoh Sefikrah???

http://www.findgift.com/gift-ideas/pid-10372/

Pagi tadi dalam sibuk melihat-lihat bahan yang akan dimuatkan untuk Muslimah keluaran hadapan, tiba-tiba saya di'buzz' oleh seseorang. Adik saya Shikin di UMP.

Seperti biasa, saya meluangkan sedikit masa melayannya. Bukan apa, kadang kala dalam bersembang sebegitu, ada juga modal untuk dimuatkan dalam Muslimah. Maklumlah, wartawan seperti saya, kadang kala nampak saja sumber untuk dicelotehkan dalam majalah. Boleh dibuat isu atau topik perbincangan. Tidak pun, jadilah bahan dalam blog saya heheh!

Shikin bertanya saya, pernahkah saya mendengar jodoh sefikrah? Hmm... Katanya kawan dia, seorang pelajar jurusan kejuruteraan bertunang dengan pelajar pengajian Islam (kalau tak silap) dari sebuah universiti di Timur Tengah. Kata Shikin lagi, tak sampai setahun bertunang, si lelaki tiba-tiba minta putuskan pertunangan. Katanya, tak sefikrah, sebab tunangnya itu bakal engineer!

Hmm... apa komen saya yer? Saya tanya Shikin, apa yang dia faham dengan sefikrah? Sama fahaman ke? Sama satu jemaah ke? Atau sama course ke? Saya faham orang yang berada dalam gerak kerja hierarki, memang memerlukan teman sefikrah, sefahaman. Tujuannya supaya lebih senang nanti selepas kahwin, untuk berusrah dan bergerak kerja.

Namun bagi saya, apa yang penting ialah kerelaan dan kesatuan hati pasangan untuk sama-sama membentuk sebuah keluarga Muslim. Yang menjadikan Islam sebagai ad-deen. Islam sebagai satu cara hidup. Mendidik anak sebagaimana yang diajar oleh Nabi. Dengan kata lain, ikuti apa yang telah diajar oleh Nabi s.a.w dalam memilih jodoh.

Justeru, apakah sama course itu, satu kepentingan yang dianggap sefikrah? Saya tak setuju, kerana bagi saya itu cuma alasan si lelaki yang mungkin sudah terpikat dengan orang lain di sana. Maklumlah berjauhan di mata, jauh juga di hati! Tidak semestinya graduan engineer akan bertugas sebagai engineer, contoh terdekat kawan sepejabat saya. Lulusan engineer yang akhirnya menjadi wartawan! Beruntung kerana dia mempunyai perspektif berbeza dalam me'reengineering' masyarakat.

Memang dalam Islam, faktor kuffu, perlu juga diambil kira. Tapi andai kata pilihan kita disandarkan dengan agama, insya-Allah masalah kuffu tidak menjadi sesuatu yang memudaratkan. Sebab kita yakin dan redha dengan jodoh yang ditakdirkan.

Perkahwinan sebenarnya memerlukan daya tahan yang luar biasa kuatnya, kerana ia pasti akan melalui berbagai ujian. Susah senang, sakit pening, ujian kasih sayang, anak-anak, kaum kerabat dan macam-macam. Sebab itulah ada peribahasa Inggeris, kalau tak silap saya, yang berbunyi antara lainnya "apabila kesusahan mengetuk pintu, cinta akan terbang menerusi tingkap!"

6 comments:

Mama Nazhan said...

salam kak nik... terima kasih atas doa akak tu.. tentang jodoh sefikrah ni... saya dan suami saya pun tak sefikrah la kak.. kalau maksudnya tak sama course.. saya amik kejuruteraan.. kawan2 pun kenal saya sebagai seorang yg kasar dan brutal tapi terkawal tau! hehe.. sedangkan suami saya lulusan al-azhar usuluddin... insyaAllah akan terus bersama memperlengkapi sesama sendiri..

ain said...

salam kak...saya ngan suami pun tak sefikrah. dia berlulusan luar negara manakala saya hanya lepasan spm shj. tp kerana cinta, kami sgt bahagia. Dia pandai buat oil platform tp dia x pandai buat nescafe kegemarannya. dia bijak mengurus staff2nya tp dia surrender bila hal anak2. di sini lah adanya saya untuk mengimbangi kekurangan dia.Apa2 pun agama mesti menjadi struktur asas rumahtangga supaya bila diduga kita masih ada iman utk berpaut.

Hamba Allah said...

Hmm....susah jugak nak komen nih, kalau lelaki lebih selalunya tak jadi masalah...kalau pompuan lebih tinggi, tu yang masalah...takut bila diduga dengan pertengkaran ada yang mula mengungkit itu ini.

Unknown said...

salam kak nik,
menarik topik ni.. saya ni memang kahwin lambat, sbelum jumpa jodoh dgn suami, kenal lah juga dgn mcm2 lelaki.. masa tu ramai gak yg tolong rekemen & mnjadi org tengah.. agaknyer dah bukan jodoh, jadi memang seme tak menjadi..
ade yg pertikaian kerjaya saya.. konon2 tinggi sgt gaji.. ni semua ego & alasan semata2.. suami saya masa saya kenal, dia cuma niaga kat pasar kecil2 an jer.. tp dah jodoh & ade kesefahaman, maka nikah lah kami.. heheh..
boleh baca entri saya yg ni.. http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/bertemu-jodohnya-part-1.html

zara said...

Tidak semestinya sebuah rumahtanggan hancur kerana pasangan tak sekufu atau sefikrah. Tidak nafikan, bahawa sefikrah itu suatu kelebihan untuk permulaan yang baik. Tetapi ia bukan suatu jaminan. Apa-apa pun, suami yang dipertanggungjawabkan memimpin sebuah rumahtangga itu.

Syahida Izlanin said...

salam k.nik..ermm..tq la sbb sudi kongsi nasihat n pngalamn dgn sy..moga2 kwn2 sy n ramai lg di luar sana faham tentang teman sefikrah..sama2 mahu hidupkn islam dlm kehidupn sharian n keluarga..tq k.nik..caaaaaaayang k.nik.. ;)