gambar dari www.flickr.com/.../discuss/72157602324294211/
Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang penuh dengan keseronokan. Saya pasti generasi yang sebaya dengan saya pasti bersetuju, zaman kecil kita penuh dengan kebebasan dan adventure.
Kalau disebut mengenai permainan, macam-macam benda menjadi bahan mainan kita. Rasanya anak-anak di zaman kita lebih kreatif. Bermain congkak umpamanya, tak perlu papan berukir dan guli. Cukup dengan mengorek tanah untuk dijadikan rumah dan buah getah atau anak batu sebagai anaknya.
Begitu juga kalau ingin bermain senapang, biasanya kita akan mencari papan reja. Kemudian lukis gambar pistol dengan arang dan gergaji atau takik saja dengan parang. Jadilah senapang atau pistol. Pelurunya pula terung pipit. Main perang-perang dalam semak. Sambil-sambil tu sempat lagi kutip buah kemunting atau leletup sebagai ‘jajan’.
Kalau bermain masak-masak pula, memang betul-betul punya masak. Sempat lagi ‘cilok’ beras dan sardin ke belakang rumah. Kutip kayu api, guna batu-bata sebagai tungku dan masak dalam tin susu pekat manis yang sudah dibasuh bersih. Biasanya saya akan ajak abang dan kakak join sekali!
Balik mengaji mesti melencong, pergi cari buah hutan untuk dimakan. Jambu batu, jambu arang, buah sentul, buah gajus, tebu dan bermacam lagi menjadi habuan. Bukannya kelaparan pun tetapi menjadi tabiat agaknya.
Teringat pula sewaktu tinggal bersama nenek, ada waktu saya akan turun ke sawah (sawah orang) untuk tangkap anak ikan. Bila tiba musim menuai padi, saya dan sepupu saya sibuk mengacau pakcik-pakcik memukul padi. Tapi petani yang baik itu memberi peluang kami mencuba.
Pernah satu petang, saya dan sepupu mandi dalam tali air. Dalam seronok mandi, tiba-tiba sepupu saya menjerit sambil menangis. Rupa-rupanya dia digigit lintah kerbau sebesar ibu kaki. Esoknya terus demam.
Waktu kecil, saya boleh tahan juga lasaknya. Saya pernah bertumbuk dengan anak jiran. Walaupun kalah (dia lelaki) saya puas, biarpun balik rumah kena hentam lagi dengan arwah mak.
Teringat zaman kecil kita, rasanya ramai yang terkopak kepala lutut, belajar basikal. Zaman kita mana ada basikal kecil dengan tayar pengampu. Yang ada cuma basikal besar atau basikal palang. Siap bergayut sebelah pada palang. Berbeza anak-anak kita hari ini, umur 4-5 tahun sudah boleh mengayuh basikal. Siap buat wheely lagi, tapi takdelah berparut lutut.
Mandi hujan dan mandi perigi aktiviti wajib. Teringat saya kalau sesekali balik ke rumah nenek saudara saya. Arwah membeli sebuah pulau berhampiran muara sungai. Memang luas pulaunya. Ada dusun kelapa dan hutan. Pulau itu didiami oleh mereka sekeluarga dan juga adik arwah mak. Kiranya ada dua buah rumah sahaja. Tapi kami cukup seronok kalau berpeluang ke situ. Apa tidaknya, ada can mandi sungai walaupun selalu kena gempak dengan arwah datuk saudara (bukan apa.. bimbang lemas).
Di pulau itu, ada orang mengambil upah menyadap nira kelapa. Buat cuka dan gula melaka atau manisan. Cukup seronok menunggu orang membuat manisan, apa tidaknya di tangan sudah siap upih menunggu baki yang dimasuk dalam kerek daun kelapa. Lemak manis..kiranya macam makan coklatlah..
Ada masa kami makan kelapa muda, lepas itu mumbang (tempurung yang belum keras) dicicah dengan cuka (cuka campur belacan, garam, gula dan cilia api). Apa yang sedapnya pun tak tahu…tapi memang menjadi aje.
Memang indah kenangan masa kecil. Ibu bapa tak pernah risau kalau anak-anak berkeliaran di segenap ceruk kampung. Sebab tak ada orang jahat yang akan ambil kesempatan.
Anak-anak kita hari ini terpaksa dikurung dalam rumah. Permainan mereka sama ada video games atau komputer. Sesekali bermain bola atau basikal di taman. Tapi kena ada yang memantau dan menunggu. Nak buat macam mana. Zaman dah berubah, dunia dah maju. Anak kita pun hilang kebebasan. Itulah agaknya harga yang perlu kita bayar!
Aahh...rindunya kenangan lalu!!!
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago
9 comments:
Salam. Memang jauh berbeza zaman kita kecil2 dulu berbanding zaman sekarang. Teringat juga.... masa kecil2 dulu kalau pergi mengaji al-quran di rumah ustaz.... selamba saja balik malam2 tanpa rasa takut pun (takut pun ngan 'hantu' je). Boleh melencong lagi pergi ke kedai or rumah kawan2. Zaman sekarang.... berani kah kita lepaskan anak2 begitu? Anak2 kita dihantar and dijemput setiap kali pergi tuition or any kelas tambahan.
baca entry akak ni, teringat dulu saya, adik2 dn kwn2 main pondok, pas tu masak2, ambik beras mak, petik pucuk ubi, rebus ubi, pas mkn buah susu yg ditnm tepi jamban.Seronok sungguh!!!main sebatu dari rumah pun abah emak x bimbang, masuk belukar pun x kesah. Berbeza anak2 sy hari ni, main kat luar rumah yg masih dlm pagar pun tetap sy kena temankan. Nak main basikal pun kena diawasi apatah lg klu bawak main kat taman permainan, lg le kena hati2. makin tense sebenarnya. So utk lebih selamat dn saya pun x penat nak menjaga, they all hanya main di dlm rumah shj tp jenis mainan yg dpt dimain pulak x mengembangkan otak. asyik2 PS...internet..games. Pun x bagus jugak. So apa yg kami buat, every weeknd, kami akan pergi ke sport complex utk main indoor games, bowling atau swimming. Masalahnya pulak, dh x campur orang. Adussss!!!!
Dunia makin maju, tp kebebasan kita makin sempit sebenarnya.
salam
Has.. mmg zaman kita kecik2 malam2 pun kita duk bermain lagi kan?? kita takut hantu je.. orang tak takut hehe..
Ain,
Tular pasal akak buat N3 ni.. mengembalikan nostalgia dan betapa kesiannya anak kita... tak dpt rasa apa yang kita rasa masa kecil...
Hmm.. barangkali ini lar harga sebuah pembangunan!
kak nik... zaman kita kecik2 dulu memang best... walau tak semewah atau sesenang budak2 sekarang...tetap enjoy.. memang tak letih2 main... ingat lagi,,, saya balik dr sekolah terus campak beg sekolah, salin baju dan gi main.. mkn pun tak heran sgt...
tp skrg sume tinggal kenangan... rumah arwah opah pun dah runtuh... dulu mak dok ngan opah... sayu jugak bila balik kpg tgk byk perkara dah ilang... ramai yg dah meninggal dan kita pun bertambah usia... mak saya pun dah takde...
nik,
memang best bila ingat zaman kanak2, kesusahan dulu mengajar kita jadi insan yang menghargai kuniaan-Nya. Bila tengok budak2 sekarang, kdg2 sesak minda berfikir...kat mana silapnya.
Kita dulu bebas cara lain, depa la bebas cara lain...banyak sangat anasir2 yang buruk yang akan meresap kalau depa bebas mcm kita dulu2.
Kesian kan kat depa....
Fuh, nasib baik saya sempat merasa semua yang akak tulis tu. Kiranya tak terlepas la saya lagi kan? Hehe.. Tapi betul lah akak, zaman adik-adik saya sekarang dah lain betul dari zaman saya. Padahal takdelah jauh mana pun. Ainul pernah je dulu bising sebab tak larat hantar adik pergi balik mengaji ngan sekolah padahal takdelah jauh mana pun dari rumah, dalam 10 atau 15 minit je pun lepas melintas jalan besar sebab dulu ainul pergi sendiri je petang-petang tapi bila mak kata mak risau skrg jalan tu makinsibuk campur banyak kes culik, ainul plak yang jadi tiap2 hari offer diri kadang-kadang. Risau plak dengar apa yang mak cakap. Payah betul la zaman nih. Tak aman hidup. Huhu
Bai,
kita zaman budak2 mmg tk kenal letih. Bila dikenang mmg seronok kan?? dan kita miss zaman tuh.
Kak mawar,
bila budak la asyik duk mengadap komputer kadang2 tu tah apa laman web depa bukak. Kena plak mak ayah tak pantau depa pun suka la nak mencuba.. isk tak tau lar.. tp mmg depa miss keseronokan zaman kita.
Wa.. ainul ni boleh geng la ngan kalangan akak no...tu lar masalah skrg..manusia bertopeng syaitan dan lebih buruk dari binatang duk berkeliaran..
Andd for your info akak da pegi pesta buku td... berlonggok sakan di booth Kak NB.. uikss mabuk tgk mcm buku ainul..next week baru nak stat memborong..jgn jelez!
salam kaknik,
boleh tahan lasak juga yer kaknik.. hihi. tulisan kaknik ni buat saya mengimbau zaman masa dok dgn arwah onyang.. rindu nyer saat itu. La ni kg tu pun dah penuh dgn kelapa sawit tak mcm dulu, ade mcm2 pokok buah kayu & redup dek pokok2 getah..
& saya tak ingat ntah berapa kali main dlm semak & kena gigit dgn penyengat... hahah.. letih onyang jaga kami (masa tu 2 beradik).. kalo mandi di perigi, selalu jatuhkan timba dlm perigi, nanti onyang dtg kait.. & marah2 kami.. lepas mandi, g panjat pokok jambu air, @ pokok cermai.. bukan nak mkn sgt.. main kejo2 anak ayam, tup2 kena kejo dgn ibu ayam.. lari lintang pukang sampai tlanggor pokok jambu.. berdarah btg hidung.. tak jera, esok kejo angsa pulak.. angsa kan main garang, tp itu lah meriah nyer hidup masa zmn kecik2 dulu... rasanya anak2 skrg tak dpt nak rasa yg mcm tu.
salam..kakyong
biasalah dah namanya budak kampung. Teringat masa kecik bila kena gigit ngan penyegak arwah tok suh buh taik idung eiyy!
Tu tak masuk lagi bab mencuri makan pinang tuk. Dah lar kacip pnya banyak, letak dalam dauh sireh yang besar, buh kapur sampai putih. Gambir pula seketol. Last sekali buat sontel tembakau. Akhirnya..mabuk!!! Hahaha..
Sampai hari ni akak tak makan sireh!
Nakal??? Soheh!
Post a Comment