Saya agak terkedu melihat mesej yang saya terima daripada seseorang. Susah hati, terkilan, tak percaya… semua berbaur dalam fikiran. Mesej tersebut saya terima sewaktu sedang menunggu kuliah Jumaat bermula. Sambil itu saya sedang melayan seorang kakak berbual sementara menunggu kehadiran penceramah. Mujurlah perkara tersebut tidak mengganggu penumpuan saya pada hari itu.
Sudah terlampau lama mesej itu saya simpan dan perkara tersebut terus saya diamkan. Saya tahu kalau saya bercerita dengan Jamilah, (lepas ni Milah mesti contact saya hehe) saya dapat bayangkan reaksinya. Sebenarnya, perkara itu sungguh menyentuh perasaan saya. Susah hati saya dibuatnya. Rasanya, waktu saya menerima ugutan bunuh kerana artikel mengenai bekas seorang paderi pelapis masuk Islam dulu pun tidak membuatkan saya berasa susah hati sebegini.
Ingin bertanya maksud sms tersebut.. rasa macam dah clear.. tapi kalau tak bertanya rasa macam tak percaya pula. Adakah dia tersalah hantar pada saya.. rasanya macam tidak, kerana ada mesej sebelum itu. Nak bertanya, macam tak kena, kerana sepanjang hampir 16 tahun menjadi wartawan, belum pernah saya alami atau saya dengar ada orang meminta bayaran kerana diinterview. Atau sekarang sudah berbeza, mungkin saya saja ketinggalan tren (tapi baru-baru ini saya dengar ada orang memberitahu, seorang makhluk ni minta bayaran untuk ditemubual)!
Mungkin Lily Haslina ada jawapan untuk persoalan saya.
Saya pernah menemubual seorang PROFESOR dan dia juga akhirnya menulis sendiri tentang artikel perundangan tersebut, tetapi tidak pula dia meminta bayaran. Padahal kami menyiarkan bulat-bulat apa yang ditulis (sedang DIA punya telah diolah kembali). Namun, tetap juga kami titipkan sedikit sumbangsih sebagai tanda menghargai susah payahnya.
Ternyata apa yang saya dengar tentang DIA sebelum ini, ada asasnya. Tapi saya masih sukar untuk percaya serta masih tidak mahu mempercayainya kerana saya tak mahu BURUK SANGKA.
“…bayaran untuk penceramah RM2500.00”
Sehingga hari ini saya masih tidak tergamak untuk bertanya DIA, benarkah itu yang DIA minta. Saya masih belum menghubunginya tetapi saya telah mengambil keputusan untuk menghantarkan majalah sebagaimana yang dijanjikan bersama sekeping cek, tapi bukanlah sebanyak yang DIA minta.
Mungkin juga bersama sekeping nota.. “terima kasih atas jasa baik. U******* orang pertama meminta bayaran untuk satu sesi temubual bersama kami. Cuma ini yang mampu kami beri, harap sudi terima.
Dalam hati… “itulah kali terakhir aku akan menemubual DIA”, sebagaimana tersenarai hitamnya seorang novelis yang tergamak membiarkan tamu wartawannya terkunci di luar pagar di tengah panas kerana dia buzy walaupun asalnya sudah berjanji untuk ditemubual..
p/s: siapapun DIA.. biarlah rahsia!!!
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago
10 comments:
Mmg kena reply pun sbb ada nama!
Itulah nilai manusia sekrg. Yg dah kaya tak cukup2 dgn apa g ada. Kak Nik penah dgr istilah "Ust envelope"? Penceramah2 yg tgk dulu brp isi envelope, baru nak dtg lg utk kuliah seterusnya. Kalu setakat RM50, hi..hi..bye..bye..la jwbnya! Jika golongan penceramah pun meletakkan RM utk nilai sebaran ilmu mrk, apa nak jadi?
Apapun, kerjaya mcm kita ni org ingat majalah kita ni loaded sgt..sampai utk satu ssi interview pun nak demand...sedangkan kita yg buat keje ni depa tak tau idup camne...true or not?
"Jangan Jadi Hamba Kepada Wang..."
Bersabarlah KakNik. Lumrah zaman materialistik, jarang lagi kita ketemu orang yang tidak meminta bayaran untuk apa sahaja.
Mungkin KakNik kena beranikan diri bertanya secara berseloroh kenapa dia demand sangat.
Inilah kali pertama KakChik dengar temubual pun ada bayaran.
Salam nik..
keluar juga cerita ni ya? Ha..ha..
Dia tu buta hati sebenarnya, terlalu lapar dengan logo RM. Bagaimana kita harus mempercayai seseorang penceramah agama yang seharusnya mengajar kita bersikap zuhud, sedangkan mata hatinya begitu gelojoh dengan harta dunia?
Pasal novelis tu? He.he.he
salam kakyati..
sebenarnya rasa berbelah bahagi nak tulis ke tak.. tapi rasanya sesekali elok gak let it out of my system right???
salam Ilah.. TST dah lar..nak wat cmner..orang nampak kita kaya. Moga masin mulut depa?? Kaya apa yer? hmmm.. kaya tak kayap kot!
Kakcik...
klu lar kakcik pn demand pasal azzahra' tu! hehehe. biarlah kat dia.. kaknik nak tanya pun jadi serba salah.
salam kak nik,
sepanjang hayat saya kat jelita tu tak pernah lah pulak org mintak duit. biarpun anak raja, anak sultan atau jutawan no satu negara. tapi itulah kan.. manusia namanya. nak test market pun ye agaknya.
huh, ada ke novelis yg nak ditemubual biarkan kak nik kat tengah panas? luar pagar rumah? lepas tu kansel.... huh kalau kena reporter arus perdana nama org macam ni harus rentung nama kena banned.
astagfirullah.. akak nak interview siapa tu? saya interview putera mahkota & bekas Perdana Menteri pun tak pernah lagilah kena halau.
mesti rasa sedih kak nik. tak apalah kak nik.. anggap tu pengalaman paling 'manis' dlm bertugas.
salam lily..
mmg itular asam garam jd wartwan... sekurang2nya kita boleh kenal mcm2 kerenah manusia dan ambik pengajaran supaya tak jd mcm tu.. siapa dia?? biarlah rahsia..hehehe!
Tp akak ttp gak beli novel dia.
salam kak nik...
saya tumpang terdiam, sengih, senyum, geleng kepala kat sini...
hehehe...
sengih penuh erti tau... sbb mmg penah dgr citer dia begitu... hehehehehehehehehehehehe...
salam..
amboi cik rose pandailah buat komplot!
Biarlah dia (walau siapa pn DIA) cenggitu...asal cik rose jangan ikut perangai mcm tuh!!
p/s: alar rasa bersalah plak buat n3 nih huhuhu
ala... sekurang-kurangnya entry kak nik menyedarkan penulis2 kecil macam saya ni supaya jangan jadi begitu walau sudah banyak mana novel ada kat pasaran... saya sendiri selalu mintak dijauhkan dari sifat2 macam tu... takut Tuhan tarik balik rezeki dan peluang yang diberi...
Post a Comment