Pesta buku masih lagi berlangsung. Hari ini masuk hari yang keenam. Selain pameran dan jualan buku, banyak aktiviti lain yang dijalankan. Antaranya pelancaran buku, seminar dan juga persembahan kanak-kanak sekolah.
Pengunjung ke PBKL juga meningkat apabila tibanya hujung minggu. Bagi sesiapa yang kelapangan, usah ketinggalan menghadirinya kerana banyak buku-buku berkualiti dan dijual pada harga yang berpatutan boleh didapati di sini.
Pesta buku bukan sahaja tempat untuk mendapatkan buku-buku terbaru, malah menjadi medan pertemuan atau jejak kasih. Bagi peminat novel dan rakan-rakan blogger @ maya, inilah masanya untuk bertentang mata.
Alhamdulillah, saya telah dapat bertemu dengan rakan blogger Ibujunes dan Dhan. Ibujunes mengatur perjalanan ke Kuala Lumpur sempena Pesta Buku di samping membantu anaknya menyiapkan kerja kursus PMRnya. Saya pada mulanya tidak bercadang untuk ke PWTC pada hari Sabtu 18 April lalu kerana saya tahu hujung minggu terlalu ramai pengunjung. Malah pada Dhan yang menghubungi saya pagi Sabtu itu juga saya nyatakan yang saya tidak dapat hadir dan berjanji untuk bertemu dengannya pada pagi Isnin!
Bersama family ibujunes
Namun apabila mendapat mesej daripada Ibujunes mengatakan beliau telah sampai di KL dan akan balik ke Kluang malam itu juga, rasanya tak sampai hati pula untuk tidak bertemu dengannya. Mujurlah suami saya sanggup menghantar ke sana dan akhirnya jam 3.15 petang, dapat juga saya bersua muka dengan Ibujunes. Syukur alhamdulillah!... Agak lama juga kami dapat berbual sementara menunggu anak-anak Ibujunes mencari buku.
Dalam pada berborak dengan Ibujunes, saya terperasan kawan lama saya Semiah, yang sama menuntut di ITM di booth al-Ameen. Memang sudah lama tak berjumpa. Tak sangka di PBKL kali ini boleh terserempak. Sempat juga bertegur sapa dan bertukar kad.
Selepas Ibujunes beredar, saya ke gerai NB Kara kerana berjanji akan berjumpa Dhan di situ. Sementara menunggu Dhan, saya melepak dengan Kak Yati, Che Rose dan Lily bersama anak saya Efa. Di sebelah meja yang kami duduki terdapat sebuah lagi meja. Saya lalu teringatkan Kak Zara yang sepatutnya bertugas. Alhamdulillah, ada Kak Zara di situ cuma dia tengah melayani peminat dari Melaka.
Saya terus menyambung perbualan di meja Kak Yati. Yang kelakarnya, saya perasan mengapa dua tiga orang yang duduk di sebelah meja memandang ke arah saya sambil tersenyum. Rasanya saya tidak kenal mereka. Dalam hati berdetik juga, bagusnya peminat Kak Yati ni, sabar menunggu giliran untuk mendapat tanda tangan. Namun terdetik juga agaknya mereka ini... sah! Penulis NB..
Bagai nak pecah perut ketawa apabila Sarnia mengusik saya...punyalah katanya saya mengajak dia ke pesta buku. Sampai di tempatnya saya tak menegurnya.. Saya betul-betul tak perasankan dia sebab orangnya lain daripada yang dilihat dalam gambar. Bersama-sama dengan dia rupa-rupaya Zuliana Abuas (Jue). Jue asyik tersenyum mendengar saya dan Sarnia berceloteh.
Dhan tiba dengan suaminya Che Nafis dan Tia serta kakak dan kawannya. Bertambah kecoh jadinya. Tia cute sangatttttt! Walaupun tak dapat bersembang lama dengan Dhan, tapi puas juga kerana dapat bersua muka.
Sarnia mengheret saya ke booth Karna Dya untuk bertemu dengan Kak Mimie Afinie. Dua kali pergi baru dapat berjumpa kerana kali pertama turun Kak Mimie pergi makan. Sekali lagi sesi perkenalan. Macam-macam cerita keluar, sehingga cerita kampung dan masa kecil!.. Yang menarik, saya dan Kak Mimie mungkin ada hubungan keluarga, tapi tak dapat nak disahkan kerana tiada lagi orang tua untuk dirujuk untuk mengesahkan hubungan yang bagaimana. Apapun kita tetap bersaudarakan, Kak Mimie? Kak Mimie menghadiahkan saya novel terbarunya Bila Dah Suka sebagai tanda kenangan. Thank you kak, luv u!
bersama kak Mimie
Pesta buku kali ini, banyak juga buku percuma yang saya perolehi. Sememangnya kalau menghadiri pelancaran buku, kami orang media akan diberikan sebuah naskhah cenderahati untuk dibuat ulasan.
Saya sempat menghadiri sesi pelancaran buku Murtad: Usah Pandang Sebelah Mata hasil usaha sahabat lama saya Ann Wan Seng, yang dilancarkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria. Sewaktu sidang media, Datuk Seri Harussani mendedahkan satu statistik yang cukup mengejutkan iaitu seramai 263,000 orang Islam telah murtad! Seharusnya isu ini dipandang serius dan ditangani secara berterusan dan bukannya bermusim.
Kepada yang berkesempatan, jangan ketinggalan mendapatkan naskhah MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA dari booth mustread SDN BHD. Ia mengupas persoalan tentang murtad secara detail - senario, punca, kes, perundangan, gerakan agama lain. Sangat bagus untuk dijadikan panduan dan sebagai langkah mengelak gejala tersebut.
Selain itu, buku Bidadari Dari Timur terbitan Anbakri Sdn Bhd. juga harus dimiliki. Ia merupakan biografi kisah perjuangan Isteri MB Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak yang bernikah dengan YAB MB, sewaktu usianya masih hijau - 14 tahun.
Bagi anak-anak remaja, novel motivasi remaja Islam, Andai Aku Affrina terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. amat sesuai sekali untuk mereka miliki. Berkisar konflik remaja yang mencari identiti diri dan akhirnya sedar bahawa ketentuan Ilahi itu adalah terbaik bagi setiap ciptaan-Nya.
Kepada semua selamat membaca dan selamat berkunjung ke PBKL yang akan tamat pada 26 April ini.
ps..1) maaf ada gambar yang tak dapat dimuatkan kerana kamera saya telah menemui ajalnya (huhuhu)
2) Saya masih menunggu untuk berjumpa dengan Shelly!
Istighasah, boleh ke tak?
3 days ago
10 comments:
ala kak nik...seronoknya gather2. jeles pulak!hihi.
salam kak nik,
alamak kak nik malulah.. insyallah jumpa nanti.. tunggu.. tgk n3 akak rasa mcm nak melompat pergi. tapi lps bercuti memang byk yang perlu diuruskan..
teramatlah seronok kalau impian jadi kenyataan.
p/s: hatiku belayar ke pwtc, huhuhu
salam nik...
Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya dapat kita bertemu....
seronok berbual ngan nik...
ramah n baik sangat orgnya...
andai diizinkan Allah ibu tidak mahu dengan pertemuan pertama sahaja...
ibu mahukan pertemuan ke2, ke3, ke4 dan seterusnya....
InsyaAllah.
Moga persahabatan yang terjalin kekal hingga ke akhir hayat.
salam
Ain, nnti kita gather2 pulak ek?
Shelly, akak tunggu shelly dtg!
Kakcik.. nnti ada 'jodoh' kita jmpa yer!
ibu, insya-Allah hajat kita dikabulkan-Nya.. aminn!!
Salam nik,
Nampak gayanya kena siasat jugak la. Kena cari orang2 tua yang masih ada. Mana tau kot2 betul bersaudara... Anyway seronok sangat bila ingat cerita2 dulu kan. Makan buah nipah, jambu arang cicah colek...
Maaf Nik, ari tu lepas peluk salam hormat akak terpaksa layan rakan blogger dari Melaka. Itu pertama kali kami bertemu.
Apa pun, akak gembira dapat bertemu Nik. Seronok ghitewww... kalau lah boleh dapat jumpa selalu tentu macam-macam cerita boleh bincangkan. Waduh... macam bagus jer akak ni.
salam kak mimie..
isk2 kecur air liur..a'ah kan.. cuba akak trace..
Kak zara.. takper dorang dtg jauh2. kita kat kl je.. anyway seronok gak jmpa akak
salam kaknik
bestnyer dengar citer kaknik..
kaknik peramah, senang dpt kawan... :)
salam yong..
biasalah yong.. dah mmg kejenya bercerita T^_^T hheheh
Post a Comment