Cerita ini saya dengar sudah beberapa bulan daripada kawan-kawan rapat. Cuma saya tidak begitu ambil pusing. Tambahan pula beritanya tidak begitu enak didengar dan melibatkan rumah tangga orang. Kisah suami berkahwin lain dan isteri menuntut cerai.
Seperti biasa, kalau mendengar cerita sebegini dan melibatkan golongan agama, pasti nasihat pertama yang diberikan kepada isteri bawalah bersabar dan cubalah terima hakikat. Tapi sudah tentu ianya tidak semudah dilafazkan.
Nak dijadikan cerita, semalam saya bertemu mata dengan si isteri. Ternyata dia ingin bercerita kisahnya kepada saya (mungkin untuk melepaskan perasaan yang berbuku di dada sebelum court casenya bermula hari ini). Kalau sebelum ini saya cuma mendengar kisahnya daripada orang lain, semalam saya mendengar cerita daripada tuan punya badan.
Saya faham, isteri mana yang tidak emosional kalau suami menyatakan hasrat ingin berkahwin lain. Normal lah tu. Apatah lagi jika selama ini semua urusan rumah tangga, urusan kerja suami dan perbelanjaan rumah banyak yang ditanggung isteri. Sementelah pula kalau suami bercinta dengan janda dalam eddah kematian suami…Memang terbakar perasaan isteri!
Cuma pada saya, rasanya perkara tersebut mungkin boleh disabarkan lagi. Tapi apabila tangan sudah melayang ke muka isteri, tubuh isteri dijadikan ‘punching bag’, sudah melampau lah tu..! Inilah yang terjadi kepada isteri tadi.
“Setiap kali dia mengubat orang perempuan, saya mesti ingatkan dia.. berhati-hati bang! Syaitan mudah mencucuk jarumnya. Sebelum ini seorang kawannyapun begitu juga. Dalam duduk berubat boleh tersangkut pula dengan isteri orang. Tak pasal-pasal perempuan itu bercerai dengan suaminya. Macam nak gila isteri ustaz tu. Maunya tidak, suami bercinta dengan isteri orang. Rupa-rupanya perkara yang saya bimbangkan itu terjadi juga. Yang saya bengangkan sangat, perempuan itu masih dalam eddah lagi kerana kematian suaminya,” luahnya.
Ujarnya, tambah menyakitkan hati, sewaktu suami enak bercinta, dia dibebankan dengan kerja menyusun manuskrip untuk buku suami. Kalau sebelum ini dirinyalah yang menolong menyiapkan tesis master suami. Hatta anak sakit pun, dia terpaksa menguruskan segala-galanya. Suami sibuk dengan isteri baru dan anak-anak tiri.
“Saya geram bukannya apa kak, dengan kami anak beranak tak ada masa nak melayan, tapi dengan isteri baru, ke mana saja dia pergi boleh pula heret isteri baru bersama. Nampak sudah tak adilnya. Sampaikan anak masuk hospital demam denggi pun dia tak mahu keluarkan belanja. Itu yang buat saya terkilan. Saya kata pada dia, kalau anak itu mati, awak tanggunglah! Saya takkan bagitahu awak selagi awak tak masukkan duit untuk anak berubat.”
Saya bertanya, adakah dia sudah betul-betul pasti dengan keputusannya.
“Selepas dia bantai saya, saya pasti kak. Saya tak ralat sebab saya buat solat hajat dan istikharah 40 malam. Bagi saya, bila dia pukul saya hingga meninggalkan kesan (kesan calar kena cakar dengan kukunya di leher dan kesan benjol di kepala kena hentak) saya yakin Allah sudah beri saya jalan untuk minta fasakh. Cuma sekarang dia kata dia setuju untuk menceraikan saya dengan syarat saya tidak boleh menuntut nafkah eddah, mut’ah dan perkara yang bersangkutan. Itu tidak adil bagi saya. Kenapa susah sangat? Kalau dia boleh berkahwin lain, bukankah itu tandanya dia mampu? Kenapa hak saya dia nak nafikan?” Saya terdiam mendengar luahan hatinya.
Teringat saya tulisan Lily Haslina, “Kalau Talak di Tangan Perempuan”. Rasanya di waktu ini alangkah baiknya kalau talak itu di tangan perempuan!
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
7 comments:
x tau lah nk kata apa tetapi kisah kwn akak tu berlaku hampir kepada semua isteri2 pertama yg dimadukan. Ramai isteri kata redha bila suami kawin lain..tapi sebenarnya dia pasrah, terpaksa wlu pun x rela.
susahnya jadi org perempuan ye kak!
kak nik,
kisah mcm ni selalu saya jumpa/temui/temubual waktu di jelita. kekadang sampai tak masuk akal. sebab itu sesekali kisah mcm ni saya tulis dlm novel (contoh novel moga kau mengerti)
tapi itulah.. di luar sana, biar kes begini meningkat kekadang perempuan sendiri yang mcm tak percaya atau rasa tak mungkin kes begini boleh terjadi kecualilah yg dah terkena batang hidung sendiri..
apa-apa pun, memang perempuan yg bergelar isteri kena selalu berdoa, mohon yg baik-baik dan berhati-hati.. kisah org lain wajar dijadikan ikhtibar
Hmm...akak ada experience digoda suami orang, tapi alhamdulillah akak dapat menepis ayat2 power yg mai tu. Pokok pangkalnya hati, masa lalui tu, dalam hati cuma ingat yang dalam hidup akak nak buat baik dengan semua orang tapi, tak ingin sakitkan hati sapa2 walaupun seorang. Alhamdulillah..wpun menyandang status mcm la ni..i'm happy in my with my life.
By the way nick..shoutmix dah ada...
salam
ain... berdoalah moga2 rumah tangga kita sentiasa dalam jagaan-Nya. Andai datang ujian, minta Allah mudahkan segalanya
Lily
Memang dalam bidang kita banyak perkara yang menyentuh jiwa dan boleh diambil iktibar..(akak dah baca moga engkau mengerti..tu buku lily yang first akak baca. first impression..ni mesti pengalaman jd wartawan heheh)
kak mawar
memangala kalau boleh takde sapa nak jadi isteri kedua. Tapi kalau dah takdir, nak buat mcm mana. Tapi pada nik orang lelaki mesti betul2 tahu peranan dia... Kalau nak kawin ikut sunnah nabi, layan isteri2 pun belajarlah ikut sunnah nabi...kan??
Memberi kata dua kepada suami, pilih aku atau dia (isteri pertama) akan membawa kepada perceraian. Apabila ini berlaku, yang menjadi mangsa ialah anak-anak.
Tidak semestinya menjadi isteri pertama dijamin hidup bahagia,apatah lagi sikap suami yang ganas dan tidak mengenang jasa isteri pertama.
"Kalaulah talak itu milik isteri...!" - maka dah lama suami rakan kamu itu cepat menjadi duda.
Nick, betul tu...tak de isteri yg nak dimadukan dan tak de pompuan nak jadi perampas suami orang...tapi yang pasti semua orang nak bahagia.
...kalau nakhoda tak betul dan tak adil, mana mungkin ada bahagia...
salam kak zara
baiknya masa cam gini lar kalu boleh isteri cerai suami..klu dah badan jd punch bag dia.. elok ucap selamat tinggal je..
kak mawar..nakhoda kena steady..klu tak hancus
Post a Comment