Hari ini sebenarnya saya masih terasa agak penat dan sakit kepala. Apa tidaknya, semalam saya menghadiri hari sukan sekolah anak, Iman dan Effa.(Sekolah Rendah Ibn Kathir dan Raudhah Ibn Kathir).
Alhamdulillah, hari tidak hujan di sebelah pagi dan tengahari. Awal pagi, bolehlah bertahan. Masuk tengahari mulalah panas terik. Ibu bapa yang hadir semua merungut panas. Cuaca memang panas sungguh, terasa seperti mahu pitam dibuatnya.
Hairannya, anak-anak pula seakan tidak terasa bahang mentari. Masing-masing dapat meneruskan acara sukan tanpa ada seorang pun pengsan!
Itulah yang dikatakan budak-budak. Tidak hairanlah kalau ibu bapa terjerit-jerit menghalang mereka bermain di tengah panas, mereka boleh buat ‘derkk’ je. Tak ada makna panas dalam kamus hidup mereka, kalau masuk bab bermain. Kita mak ayah saja yang sibuk melarang.
Seronok juga melihat mereka bersukan. Bermacam acara dipertandingkan. Ada acara sukan lumba lari dan juga acara sukaneka. Teringat masa bersekolah dahulu, lagi thrill acara sukanekanya.
Effa sedang mengutip bola.
Alhamdulillah, anak saya si Iman dan Effa dapatlah jugak hadiah. Iman dapat satu hadiah untuk acara tali skipping (tempat kedua) manakala si Effa pula dapat hadiah tuala dan bekas makanan untuk acara kutip bola (tempat kedua, walaupun dia sampai dulu di garisan penamat tapi bilangan bolanya kurang).
Iman dengan acara tali skipping
Effa dengan hadiah acara kutip bola pelajar Raudhah 4 tahun.
Sebaik sahaja acara sukan tamat, kami sekeluarga pun terus balik. Apalagi.. masing-masing terbongkang tidur. Keletihan yang amat! Minggu depan sekolah Kaklong pula sukan. Nampaknya hujung minggu ini tak dapat nak ke mana-mana. Berhari keluarga di sekolah Kaklong pulalah jawabnya!
rumah-rumah sukan - Tariq (bin Ziyad): kuning, Ayyubi (Salahuddin al-Ayubbi): biru, Usamah (bin Zaid): hijau dan Khalid (al-Walid): merah
Iman dalam acara perbarisan (rumah Tariq)
Sementara menunggu giliran Effa
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
3 comments:
comeinya bdk2 bersukan.. mesti ada yg nangis xdpt hadiah hehehehee
cikgu pn da pandailar.. depa dah siap hadiah untuk sumer budak.. esp yang kecik2.. sbb takut mak ayah plak kena beli hadiah hahaha!
seronok kan bila tengok bdk2 bersukan ni. Anak2 saya semua x pandai sukan. amik bhg dlm perbarisan je.hihi
Post a Comment