Terasa seperti sudah lama saya tidak mengemaskinikan blog. Sepanjang pesta buku, saya agak sibuk mengikuti program-program yang diatur oleh Majlis Buku Malaysia. Antaranya pelancaran buku-buku baru, seminar, bengkel dan juga sidang media.
Kepenatan memang terasa, namun saya tetap gembira kerana dapat meluangkan masa melawat gerai-gerai buku serta mengikuti acara yang diadakan.
Saya telah sempat mengikuti majlis pelancaran dua buah buku terbitan JUNDI RESOURCES. Salah satu buku bertajuk Gaza Menangis - Menelusuri perjuangan Palestine dan pembantaian di Gaza.
Buku tersebut antara lain memaparkan sejarah keperitan umat Islam Palestine dan kejahatan Yahudi. Namun apa yang menarik mengenai buku ini ialah ia merupakan pengalaman penulisnya sendiri iaitu USTAZ RIDUAN MOHD NOOR yang sempat ke sana dalam misi kemanusiaan di Gaza bersama NGO MUSLIM CARE.
Mendengar pengalamannya, perit rasanya saya menahan air mata daripada tumpah di khalayak. Bayangkan, bagaimana kejamnya Israel yang tiada dalam kamus mereka perkataan kemanusiaan, menjadikan kanak-kanak Palestine sebagai sasaran penembak tepat. Sehinggakan anak-anak ini cacat, sama ada kudung kaki atau tangan atau buta. Tujuannya tidak lain tidak bukan kerana ingin menghapuskan bakal-bakal pejuang yang akan membela Aqsa. Namun, ternyata semangat jihad anak-anak kecil ini tidak mampu dipadam. Bahkan mereka dengan bangga menyatakan, tangan mereka sudah berada di syurga, tubuh badan mereka masih tinggal di bumi.
Cerita Ustaz Riduan, sewaktu tiba di sana beliau berkesempatan menonton siaran tv Al-Quds. Hanya stesen tv tersebut sahaja yang menyiarkan kekalahan dan kemusnahan yang dialami oleh Yahudi. Sedangkan semua saluran tv dunia tidak pernah tersiar. Malah banyak perkara karamah yang terjadi sewaktu perang ini berlaku. Tidak hairan kerana Allah boleh menurunkan bantuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Seiring dengan doa golongan mujahid yang bergantung harap hanya kepada-Nya.
Antara perkara-perkara pelik yang terjadi, tentera Israel yang ingin melakukan carpet bombing, tidak jadi melakukannya mereka terlihat sekumpulan manusia berjubah putih dengan ketinggian luar biasa menghalang tindakan mereka. Begitu juga, tentera Hamas yang hanya berkelengkapan senjata AK47 boleh menembak jatuh jet-jet pejuang canggih Israel, berkat membaca qunut nazilah dan ayat surah al-ahzab. Tiada yang mustahil sebenarnya.
Malah cerita Ustaz Riduan lagi, untuk mengesan jenazah pejuang yang syahid di celah-celah bangunan yang runtuh juga mudah, kerana andai di situ terbau wangi maka adalah jenazah di situ. Betapa syuhada' ini dimuliakan Allah. Katanya berbeza sungguh dengan pengalaman sewaktu mengikuti misi tsunami di Acheh dan Jawa.
Menurut beliau lagi, terdapat seorang pemuda yang telah syahid dalam perang tersebut. Disebabkan ketiadaan ruang, mereka telah menggali kubur ayah pemuda tersebut, yang juga telah syahid enam tahun sebelumnya, untuk dikebumikan pula anaknya. Namun apabila digali, ternyata jasad ayah pemuda tersebut masih berada dalam keadaan yang elok dan mengeluarkan bau yang sangat harum.
Pada saya, ia merupakan cerita yang tidak mengejutkan kerana sebelum ini saya juga pernah mendengar pengalaman daripada dua orang ustaz dari Indonesia, yang sempat saya temubual, yang terlibat secara langsung dalam tragedi pertempuran antara Islam dan Kristian di Ambon dan Maluku. Begitu juga pertelingkahan di Mindanao. Insya-Allah akan saya muatkan dalam entry akan datang.
Namun apa yang penting ialah sebagai saudara seagama, menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita di sana. Mereka bukan berjuang membebaskan bumi Palestine, tetapi membebaskan Masjidil Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Antara langkah yang boleh kita ambil ialah dengan menghulur derma melalui tabung-tabung kemanusiaan yang diwujudkan. Selidikilah tabung yang benar-benar boleh menyampaikan sumbangan anda kerana saya mendapat tahu daripada 9 tabung yang diusahakan, hanya 2 sahaja yang sampai kepada penduduk Gaza. Antara yang sahih ialah tabung Muslim Care, Yayasan Amal dan Tabung Gaza anjuran Harakah. Mereka bertindak menyampaikan sendiri kepada wakil-wakil Hamas. Bahkan saya mendapat tahu, wakil Muslim Care dan Yayasan Amal menyeludup masuk melalui 'lubang-lubang tikus' (terowong haram) yang dibina di antara Gaza dan Mesir oleh penduduk Palestine untuk mendapatkan bekalan.
Kedua - mereka sangat memerlukan doa daripada seluruh umat Islam di dunia untuk memberi kekuatan dan semangat buat mereka berjuang. Amalkan membaca qunut nazilah dan ayat-ayat daripada surah al-Ahzab sebagai memohon pertolongan daripada Allah untuk mereka.
Ketiga - boikot apa sahaja produk Yahudi atau sekutu-sekutunya. Usaha boikot ini, pernah dibuat oleh orang Islam di zaman Nabi, sehingga Yahudi pemilik telaga terpaksa menjualkan telaga kepada Abdul Rahman bin Auf kerana tidak lagi mampu menguruskannya akibat diboikot oleh orang Islam.
Maaf saya tidak dapat memasukkan gambar buku Gaza Menangis kerana kamera saya rosak. Insya-Allah saya akan cuba uploadkan kemudian.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
4 comments:
sy baca sikit dr tulisan kak nik ni pun hati saya tersentuh dn terharu. Saya akan cari buku ni nanti. Tq kak.
salam nik...
baca n3 ni kali ni tersentuh hati...
ibu nak cari buku ni nanti..
salam ain dan ibu junes,
Klu nnti susah nak dptkannya.. bagi tau yer..nnti kita carikan
alhamdulillah..
mndapat buku ini di pesta buku. xhenti2 air mata mengalir, jihad!
Post a Comment