Hari ini, saya tidak masuk ke ofis, terpaksa mengambil emergency leave. Iman dan Efa, demam tiba-tiba. Agaknya perubahan cuaca, maklumlah dalam panas-panas, tiba-tiba hujan pula.
Balik dari sekolah semalam, selepas solat Maghrib, Iman tertidur di atas tikar sembahyang. Patutlah senyap aja. Kak Long yang perasan, terus menegur, katanya apasal Iman awal benar tidurnya. Baju sekolah pun belum bergosok.
Saya memang menyuruh mereka menguruskan baju sekolah mereka sendiri. Iman telah saya latih menggosok baju sekolah sejak dari darjah satu. Biar mereka berdikari. Cuma ada kelapangan dan kalau rasa kasihan, saya gosokkan juga. Masa tu memang mereka gembira sangat sebab umi gosokkan baju. Hehehe.
Saya mengejutkan Iman menyuruhnya membuka telekung. Terasa badannya panas membahang. Saya terus memberinya ubat homeopati. Kami memang jarang mengambil rawatan allopathy, kecuali terdesak atau sebagai last choice.
Agak teruk juga demamnya, tapi dia memang jenis yang cool. Jadi tidaklah merengek. Dia bukan jenis yang suka meleser tapi bila sudah demam begitu kesian pula. Saya bawa dia tidur di sebelah saya sambil memicit-micit lembut kepala dia. Saya tuamkan dengan air untuk turunkan suhu badannya.
Si Efa pula, bila tengok layanan lebih kepada kakaknya, mulalah dia jelez..Siap kata dia pun demam sama. Tapi memang badannya jugak agak panas, cuma tidaklah sepanas badan kakaknya. Akhirnya, seorang di kiri dan sorang lagi di kanan saya!
Teringat waktu kecil, kalau demam mesti seronok sebab mak peluk celah ketiak. Begitulah agaknya perasaan anak-anak bila dipeluk dan dibelai dalam mereka kesakitan. Dan atas kesedaran itu, saya mengambil keputusan untuk EL hari ini, biarpun kerja agak banyak. Tapi terpaksa juga masuk ke ofis sekejap untuk uruskan beberapa perkara mendesak!
Sebelum ke ofis, saya sempat ‘main masak-masak’. Menunya untuk orang sakit dan orang sihat. Masak daging dendeng (kesukaan cik abang saya), stew ayam, sambal belacan, ikan sepat kering dan ulam pucuk putat. Hmmm.. bertambah-tambah makan!
Isk3 ini yang lemah nih.. berat saya makin bertambah, bukan mengurang. Nampaknya impian nak menguruskan badan tu macam hancusss je. Owh! Tidakkkk!!!
Pstttt... saya sudah ada kamera baru.. tak lah mahal sangat. Bolehlah untuk upload gambar dalam blog dan kalau terkejut tergempar.. baru beli semalam. Tapi geramnya, tetiba kamera samsung lama tu cam ok balik..huhu! Apa pun layannnzz!
ni amik ngan kamera samsung..boleylar..
daging dendeng
sepat kering
stew ayam
sambal belacan (alar blurr la plak)
ni pucuk putat..kenal tak?
wah3 orang demam ni pun dan lagi posing
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
2 hours ago
12 comments:
Salam
patutlah tak online mengacau kita, rupanya iman demam. Sian iman, qaisara pun cam tu sekejap demam, sekejap baik..cuaca panas sangat skrg..
anak demam tapi emak tetap berselera makan..tak apa..jangan anak demam, emak pun demam..ha.ha
alahai siannya Iman. tp tgh musim la kak nik. anak sy yg kecik pun tgh dmm gak. mmgnak kena belai je le. Kak nik...sdp nye tengok ikn kering kak nik, mcm lapo terus tau. pdhal baru gak pas mkn.hihihi
psst..sori td masa akak buzz, sy dlm toilet.hehe
salam..
kesiannya demam pulak si iman. tapi memang musim la sekarang ni. sana sini dengar orang demam.
ala... kak nik, janganlah tinggal diet tu.. nanti shelly takde kawan la...
salam..
kakyati, mak dia demam ker tak ker selera sokmo heheh
ain..mmg sedap pun. cukup ikan kering, sambal ngn ulam.. bertambah2
shelly..
diet gak.. jgn kurus heheh
Nik,
Kalau nak tip kuruskan badan akan ada. Tanpa kos. Tapi jgn tengok body akak yg cute nie... tak leh pakai. Nanti akak emailkan.
Semoga anak-anak Nik cepat kebah dari demam.
Pucuk putatttttt!!!!!!!
siannye...
nampaknya virus saya dah sampai kat iman.. hehehehe..
tp mmg berullah kak.. bkn budak2 je yg kalah ngan cuaca yg terik ni.. mak budakpun boleh kalah jugak tau...
wah kak nik.. kalau kita jadi anak kak nik, masa demam pun mahu berpinggan-pinggan makan nasi! Sempat kak nik masak daging dendeng.. ada ikan kering pulak tu.. alahai, sedap tu. kalau tekak pahit pun mesti laju makan!
take care kak nik! peluk cium utk anak-anaknya!
salam
kak zara.. dah simpan da file yang kakzara hantar.. tq3
milah..ni mesti ko lama tak gi pasar mlm samudera..tu ko tk jmpa pucuk putat.
dhan.. tak baik lagi ker demam?? harap cepat sembuh yer..
lily laling..
bebudak rumah ni tak kuat sgt makan. Iman smlm tak makan pun. tkde selera katanya..minum air kosong je. Peluk cium untuk lily dan anak2nya jgk yer..
salam kaknik,
sian anak2 demam. musim skrg ni kak..
kaknik daun putat kakyong tak penah makan, tp buah putat tu selalu juga buat ulam..
salam nik....
iman demam ke?? ibu ni lambat sokmo...ishk2.
pe2 pun moga iman cepat sembuh...
ibu baru jerk boleh bukak pc...setelah hubby cuba2 x boleh jugak dia pun ketuk skit kat ats tu trus jerk boleh bukak....hahahha
kalo tau cam gituh ibu pun boleh buat...huhuhu
Kami sekeluarga nak balik kg ni...
somoga anak kak nik cepat sembuh. talking abt camera... has pun nak intai2 camera baru gak ni. Camera yang ada dah rosak setelah 5 yrs++ berkhidmat. Uhuks. At the moment terpaksa pinjam camera kakak dulu.
Post a Comment