Minggu pesta buku berakhir sudah. Alhamdulillah, banyak input-input berguna yang saya perolehi sepanjang minggu tersebut. Begitu juga, banyak buku baru yang dibeli dan didapati dengan percuma. Cuma tinggal nak baca sahaja!
Pesta buku juga menjadi medan pertemuan dengan sahabat-sahabat maya saya... Kak Noor, Kak Anim, Kaypo, Sarnia, Kak Zara, Kak Mimie, Ibu Junes, Wanupeh (alar wan kita tak sempat jugak bergambar bersama walau selalu jumpa), adik Dhan dan terakhir, semalam yang juga merupakan hari terakhir pesta buku ialah adik saya Shelly! Alhamdulillah syukur dipanjatkan kepada Ilahi kerana mempertemukan kami semua. Begitu juga dengan dua lagi penulis NB Kara, Jue dan EJ. Cuma agak sedih sebab saya tidak dapat merakamkan gambar bersama Shelly menerusi lensa kamera sendiri. Almaklumlah kamera saya dah jadi 'arwah'(sob!sob!)
Minggu ini saya akan kembali bergelut dengan deadline. Segala bahan-bahan yang diperolehi di pesta buku akan cuba saya muatkan di dalam majalah, untuk dikongsi bersama pembaca.
Untuk pengetahuan semua juga, insya-Allah dalam Muslimah keluaran Mei nanti, akan dimuatkan temubual saya dengan Kak Norhayati Berahim, yang mengisi ruangan Seni. Insya-Allah kalau tiada aral. Kita semua akan dapat berkongsi pengalaman Kak Yati yang telahpun menghasilkan lebih daripada 40 buah novel. Kredit harus diberikan kepada Kak Yati kerana beliau merupakan seorang penulis prolifik tanah air. Sangat produktif. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kak Yati kerana sudi memberikan kerjasama dan layanan yang baik kepada saya.
Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Che Rose, kerana berjaya menghasilkan novel biografi Evolusi Elly (wa.. che rose siap keluar paper dan pagi ni kat MHI). Saya tumpang berbangga dengan Che Rose.
Pesta buku kali ini sangat bermakna buat saya dan saya tetap berharap dapat bertemu dengan ahli-ahli tetingkap lain.. Ain, Kak Yong, Seri, Has, Nuar, DS, Ainul (kena tunggu ainul balik mesia, kak mawar, Tini, Pija, baipower and doc Ina serta kakchik. Dan juga mereka yang sudi mengunjungi blog saya. Semoga akan ada pertemuan itu...!
gambar ini kiriman daripada Shelly...! Tq dear!
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
6 comments:
wah...kena beli majalah muslimah bulan mei ni. nak baca psl kak NB.
p/s..Insyaallah..one day nanti kita gtee akan ketemu.hihi
salam kak nik. Insyaallah... panjang umur kita akan berjumpa dan berkenal2 lebih rapat. Satu hari itu pasti akan datang... insyaallah.
salam.. tak payah sedih kak nik. dah update gambar kak nik dengan shelly kat blog. nanti shelly email kat akak.
thanks for a wonderful date with u...
salam nik... akak pun seronok dapat jumpa nik. Walau baru kenal tp terasa kemesraannya...
salam kaknik,
saya pun tumpang sonok.. dpt sembang dlm phone pun wah kan main mesra kaknik.. suara kaknik cam sama jer dgn suara kakwani.. :D
salam ain dan has..
May be one fine day.. kita bersua!
shelly cayang oi..
t.kasih.. akak da savekan gambar tu buat kenang2an
kakmimie..
nik pun seronokkk jmpa akak.. harap ukhuwah kita kekal hingga akhir hayat
salam kak yong..
insya-Allah kita jumpa nnti klu diizinkannya.
Post a Comment