pic from mississippifamilylawblog.com/marriage/
Sewaktu berchatting dengan Zam tengahari tadi (wa Zam... sekali lagi nama Zam naik nih), dia sibuk bercerita tentang kisah kawannya yang baru sebulan berkahwin. Sibuk si kawannya memberitahu betapa bahagianya diri setelah bergelar isteri.
Kata Zam lagi, seorang lagi kawan baiknya memberitahu, tunangnya sibuk duk count down tarikh perkahwinan. Semua sudah mahu masuk ke alam bahagia.
Tidak dinafikan, perkahwinan merupakan satu nikmat anugerah Tuhan. Memang kebiasaannya, fasa awal satu hingga enam bulan itu fasa honeymooning. Pendek kata, perasaan masih di awang-awangan. Apatah lagi kalau pasangan baru menjalinkan perkenalan - bercinta selepas kawin.
Selepas berakhir tempoh enam bulan, maka barulah berpijak di bumi nyata. Mulalah berlaku first fight dan sebagainya. Itu normal. Pada saya, pergaduhan yang sihat itu akan membuatkan kita lebih mengenali pasangan dan bertambah rasa sayang.
Tiba-tiba Zam bertanya saya, "Akak bahagia tak dengan perkahwinan akak?"
Alhamdulillah, jawab saya. Saya memberitahunya, perkahwinan ini umpama ombak, ada pasang surutnya. Tetapi terpulang pada kita untuk mencipta bahagia atau derita.
Apabila kita berkahwin, bererti kita berkongsi segala-galanya dengan pasangan. Berkongsi susah, berkongsi senang. Kalau kita tahu atas dasar apa perkahwinan itu dibina, maka insya-Allah, segala halangan dapat kita atasi. Sebab itulah kita digalakkan beristikharah dengan keputusan yang akan diambil. Supaya kita beroleh kekuatan serta tidak menyalahkan takdir apabila berlaku perkara yang tidak kita sukai.
Bukan semua orang berpeluang mendapat pasangan yang boleh menyediakan segala-galanya. Ada yang terpaksa bertatih membina hidup. Sebab itulah, faktor perkongsian dan berlapang dada sangat penting dalam perkahwinan. Takkan kerana sedikit kesempitan kita mudah mengalah. Yakinlah, selama mana hidup akan dihimpit kesusahan, lambat laun adalah kelapangan. Kalau ditakdirkan tidak sesenang mana sekali pun, insya-Allah dalam kesusahan itu tetap ada peningkatan. Bak kata pepatah, there's always light at the end of a tunnel.
Ujian perkahwinan mungkin akan datang dalam bentuk material, mungkin juga ujian adik beradik ipar duai atau juga kerenah mentua. Malah mungkin juga anak dan suami/isteri penyebabnya. Bahkan tak mustahil setiap fasa perkahwinan, ada saja ujiannya.
Sebagaimana firman Allah Taala, "Wahai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka, dan jika kamu maafkan, tidak memarahi dan mengampunkan (mereka), sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan fitnah bagimu dan di sisi Allah pahala yang besar" - (At-Taghabun 14-15)
Yakinlah, Allah Mengetahui mengapa si dia menjadi pasangan kita. Usah ada perkataan kalau...eg..kalau dulu aku tak pilih dia, kalau aku kawin dengan si anu dulu dsb. Ada sebab mengapa Allah jodohkan kita dengan pasangan kita. Mungkin cuma dia yang boleh terima perangai buruk kita!
Namun apa yang penting ialah membina rumah tangga yang dipenuhi sakinah, mawaddah dan rahmah. Membina perkahwinan yang mendapat keredhaan Allah. Perkahwinan yang menjadi alat untuk ke syurga dan mencapai redha Allah.
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
4 hours ago
7 comments:
salam..
akak bhagia x?bhagianya hub ant suami isteri tu jamin khidupan anak2 gak.pe yg shikin dapat masa kursus pra perkahwinan tu memang betul2 bharga.camne nk bina keluarga mukmin yg bahagia..doakn shikin n keluarga shikin bhgia ye kak.doa shikin pn ade utk akak sekeluarga..wassalam..
Alhamdulillah...sy merasa sgt bahagia dgn perkhwinan saya. setelah 16 tahun berkahwin, sy rasa hidup sy almost completed. suami seorg yg sgt penyabar, percaya tak kak, klu sy kata suami sy tdk pernah marahkn sy. kami tdk pernah bertikam lidah apatah lg bergaduh. tu semua sebab sifat sabar dn matangnya dia. mungkin juga sbb jrk usia kami 9 tahun membuatkan dia lebih melayan saya seperti anak manja. saya sgt bersyukur Allah kurniakn sy suami sepertinya.
hehehe...untung kalu bongsu kawin ngan sulung...dia sabo ngan kerenah anak bongsu...wakaka...apapun, uji pasangan anda ketika bercinta / bertunang...ala2 jual mahal gitu...bila dia susah nak dptkan kita,dia lbh menghargai kita bila dah dpt kita! pandangan den lar...kalu bercinta sakan takut mudah jemu bila kawin nanti...apapun teruskan berdoa sepanjang usia perkahwinan dan anggaplah dia kekasih (pakwe) kita sepanjang masa!
salam nik...
dah lama ibu tak jenguk sini..
adoi..sibuknya ibu kala ini (bkn bca nvl) siapkan tempahan dari customer..
diaorg dah call asyik tanya bila siap baju???
nvl x sempat nak baca lagi...hehehe
Alhamdulillah ibu juga bahagia...
biar pun jodoh ditentukan keluarga.
Pilihan keluarga atau pilihan sendiri bukan jaminan untuk bahagia tapi kita sendiri bagaimana mngemudinya dan menentang segala arus dan ombak ganas yang melanda...
p/s: hehehe ada nama ibujunes di n3 11 april...thx nik.
InsyaAllah kita jumpa nanti di pesta buku...
Salam..
Shikin, lengkap diri dengan ilmu seblm melangkah masuk ke alam perkahwinan. Tanamkan dalam diri untuk membentu keluarga yang mendpt redha Allah.
Ain...
semoga kebahagiaan ain sekeluarga berkekalan hingga ke jannah
Milah..
Perkahwinan sinergi yang menyatukan kelainan... pasangan bukan sebagai suami saja, tapi kekasih, sahabat, kaunselor dan banker hehehe!
ibu,
jodoh sendiri atau ditentukan bukan faktor utama kebahagian, tapi bagaimana melayari rumah tangga itu yang penting. Teringat satu qoute.. wanita boleh berkahwin tanpa cinta, cukup sekadar kesetiaan dan ketaatan. cinta itu akan lahir jika dipupuk
salam kaknik,
abg angkat saya selalu tanya saya soklan ni, sbb nyer saya kahwin dgn suami yg bukan dari kalangan org berpangkat besor. Pastu masa dia (abg angkat) dtg ke rumah saya, dia terkezut sbb rumah saya 'kosong'.. hall tiada sofa & hanya ade rak & tv kecik.. kdg2 sehingga hari ini pun bila dia call saya, dia tetap akan tanya soklan tuh.. saya bahagia, walau tidak mewah, tetapi hati saya lapang, membesar anak2 depan mata. Walau skrg tak dpt melancong jauh2, tp dpt kuor dekat2 dgn suami & anak2, dah cukup buat hati rasa bahagia.. nak ukur bahagia tu mcm mana lagi..
apapun saya setuju dgn point2 kaknik.. kena faham atas dasar perkahwinan itu dibina..:)
salam kakyong..
kebahagiaan tu letaknya di hati bukan pada sofa, barang kemas atau segala material.
Harta itu alat bukan matlamat. Yang penting hidup diredhai Allah
Post a Comment