RSS

Monday, March 23, 2009

Makanan paling mahal dalam dunia

Semalam saya ke pasar raya untuk beli stok lauk-pauk. Ternampak ikan sardin yang segar, lalu saya beli sekilo. Biasanya ikan ini saya buat masak goreng saja. Masa memilih ikan tersebut, terfikir juga, mana tahu kalau-kalau rajin nanti boleh buat laksa.

Singgah di tempat sayur, saya ambil timun 4 batang. Dalam hati masih terfikir, mana tahu kalau-kalau nanti buat laksa, sudah ada ulamnya.

Setelah selesai membeli barang keperluan, saya dan suami terus pulang. Dalam kereta, suami tanya nak masak apa? Mulanya, ingat nak masak lemak ketam (memang ada beli ketam sebab anak kedua saya sudah sibuk mintak nak makan ketam). Terlintas pula soalan saya, ok tak kalau hari ini kita makan laksa. Sebab sudah lama tak buat laksa. Suami terus kata ok.

Terpaksalah singgah di kedai berhampiran rumah untuk membeli laksa, daun salad, daun kesum dan bunga kantan. Nasib baik kesemua barang yang diperlukan ada. Cuma yang kelakarnya, terpaksa dua kali masuk ke kedai sebab terlupa beli laksa. Padahal menu yang nak dimasak ialah laksa!!!

Bercerita mengenai laksa, ada orang pernah beri saya teka-teki. Makanan apa paling mahal dalam dunia? Jawabnya laksa... sebab laksa bermaksud puluh ribu.

Laksa juga banyak versi bikinannya. Ada laksa kuah lemak yang biasa dibuat oleh orang Pantai Timur, laksa Johor yang dimakan dengan spaggeti dan laksa Utara. Ada juga laksa yang dimakan dengan kuah nasi dagang. Ulamnya timun dan taugeh sahaja (arwah mak selalu buat).

Laksa Utara ini pula macam-macam versinya. Bahan asasnya ikan, cili kering, belacan, asam keping, bawang merah, daun kesum, bunga kantan. Ada yang mencampurkan ikan kering yang dibakar, ada yang menambah serai. Ada juga yang dimakan dengan sambal kelapa (laksa Pak Din Teluk Kechai.. memang sedap).

Penggunaan ulam juga pelbagai versi. Yang biasa timun, salad, daun selom. Ada juga yang menjadikan kubis, pucuk putat, pucuk gajus, kacang panjang, bungan kantan, nanas dan ulam raja sebagai ulam.

Ada juga yang menggunakan ikan sardin dalam tin. Cili kering dan bawang dikisar kemudian ditumis dan dibubuh air. Kalau nak senang guna pes asam pedas segera ADABI atau MAGGI. Kemudian ikan sardin yang dihancurkan dengan garfu (tak hancur sangat, sosnya dibuang atau diambil) dimasukkan ke dalam tumisan tadi. Selain asam keping, daun kesum dan bunga kantan turut dimasukkan. Ulamnya pula nanas, timun, bawang dan cili padi. Selalunya dipanggil laksa nyonya atau laksa Cina. Teringat waktu sekolah dahulu, ada dijual di kantin.


Ini laksa Utara versi saya. Mudah saja membuatnya. Bahannya, ikan, cili padi, cili kering, bawang, asam gelugor, belacan, garam dan gula secukup rasa. Tambah daun kesum, bunga kantan dan serai. Ulamnya timun, bawang besar, cili padi dan salad. Habuan kami sekeluarga untuk makan tengahari. Sampai ke malam boleh makan dan tak perlu masak nasi.

16 comments:

shelly Yusop said...

salam kak nik,
sedapnya tengok laksa ni... kak nik tahu kalau ditanya kat shelly makanan apa yang paling shelly suka. jawapannya laksa asam tapi yang kelakarnya shelly tak pandai buat.. dulu ada arwah tahu order je sekarang kalau teragak terpaksalah cari kat kedai.. he..he.. lepas ni kak nik la jadi mangsa shelly...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam shelly..
Akak pun suka sangat makan laksa.. Tapi nak buat tu je agak malas. Selalunya beli kat pasar malam. Ada dua tempat yang sedap. Jadi selalu ulang beli kat situ.
Tu dah ada resipi akak tulis sekali.. lepas ni cuba buat..

Rose Harissa said...

Salam nik...

mesti sedap kan laksa tu... nak try la buat versi Utara Nik ni... sbb saya buat tak pernah menjadi macam laksa2 yang pernah saya makan bila ke Utara...

(yang sebenarnya malas nak rebus ikan dan carik isi ikan... hehe)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam cik rose.. ada kawan kita ajar..kalu malas nak carik2 ikan tu.. rebus ikan lama2 pastu blend sekali ngan tulang2 dia. Insya-Allah tak tercekik.. Selalunya orang jual laksa memang tak carik2 ikan. Depa tanak rugi buang tulang sekali.. tapi rebus lama2 lar..

Miss Jessy G said...

Alamakk shedapnyaaaaa...... terigt mama pny laksa... huhuhhu.... kat australia ni ada jual tp nk membuatnya... ehehehe.... ^_^;

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Hi ya.. buat jangan tak buat.. jgn malas!!!

dhan said...

salam k.nik.. sdapnye... saya xbapee suke tp cam sedap plak sbb k.nik tulis tuh siap membayangkan lagi.. sib xmenitik air liur... :p

dS said...

salam kak nik,
btul kata kwn2 smua, gmbr laksa kak nik ni je dh buat air liur menitik2... dh terbayang2 rasa pedas, masam bersama isi ikan yg enak... walla!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dhan..
ha resipi dah ada kat situ.. buat jangan tak buat.. klu nak thrill lagi, laksa dia buat sendiri..
Senang je.. janji ada kebak atau alat untuk buat laksa.. Cara dia bancuh tepung beras dengan air panas mendidih.. pastu uli (pakai senduk la..nnti melecur tangan) dah agak2 sejuk pakaila tangan sambil campur minyak masak sket..kepal besar penumbuk masuk dalam kebak pastu pusingla masuk terus dalam loyang kukus. siap..

ain said...

salam kak nik...saya pun lama x buat laksa. Anak2 x minat la. saya n hubby suka laksa johor. laksa johor leceh sikit nak buat. byk kerja.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam
dS tgk gambar tak sama ngan rasa.. tak tentu lagi sedap, tapi tekak kita orang boleh lar terima heheh

ain. banyak2 laksa kat semenanjung, laksa johor yang tak pernah akak cuba.. boleh bagi resipi tak??

Anonymous said...

Salam.... tertengok dari blog KakChik... Kat Kelantan laksa tu ada sedaranya...laksam...try la

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik...
wah sedapnya laksa...

ibu junes kalo ngandung je mesti nak makan laksa...x tau lah ngape...hehehe

pernah masa duduk Gemas, mak dtg hantar laksa..smpi umah pkul 2 pagi...terharu sangat!!!..

ibujunes suke laksa Trengganu yang kuah dia warna putih isinya ikan...sedapnya yum..yum..yum...
laksa penang ngan johor pun layan gak...:)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam
kS pulau, terima kasih datang bertandang..laksam mmg best tapi nak buat tu selalu tak brp jadi laksamnya..heheh

ibu junes..
nik pulak terbalik kalau masa mengandung mmg tak boleh makan laksa sbb rasa hanyir sesgt... loya dibuatnya. Laksa mmg kegemaran nik cuma laksa Johor dan laksa Sarawak je tak pernah cuba!

dS said...

Laksa Johor mmg tak bleh dilawan dgn mana2 laksa yg ada di seluruh dunia.. sbb namanya aje laksa, tp tak guna laksa pun... sebaliknya spagethi! wakaka ~_~

Anonymous said...

Salam Nik,
Nampak saja gambar laksa tu, aduss terliur... mana nak dapat laksa sedap ya? Kat pasar malam selalunya jual terlalu cair kuahnya. Nak buat sendiri, cuma akak sorang yang makan laksa.
Tapi, bila kenangkan termakan laksa Kedah guna ikan belut... terasa geli lagi tekak ni.