RSS

Wednesday, March 11, 2009

Happy birthday dear hubby!!


Hari ini, genaplah ulang tahun kelahiran suami saya yang ke-42. Doa saya semoga dia diberi kesihatan, diberkatkan umur, dimurahkan rezeki, ditingkatkan iman dan terus mengasihi saya dan anak-anak.

Suami saya, Mohammad Sukri Abdullah, dilahirkan di Alor Star, Kedah, pada 11 Mac 1967 (tarikh lahir saya 11 April 1969.. don't forget my birthday ek friends..heheh). Orangnya boleh jadi agak talkative kalau kena 'gu' nya. Suka melawak dengan anak-anak (sampai tension saya). Sangat sampoi orangnya.

Suka makan kari (for sure orang Utara) tapi kena paksa makan singgang bila kahwin dengan orang Pantai Timur. Tapi saya kena mengalah jugak.. kena masakkan kari seminggu sekali untuk dia (berkorbanla katakan).

Dia suka:

1. Tengok sukan esp: badminton (dulu bekas pemain badminton sekolah hingga ke peringkat negeri, tak dan nak wakil negeri kalah dengan Soo Beng Kiang, bekas pemain negara)dan tennis (tak tahan betul bila berebut channel tv ngan anak-anak - anak terpaksa mengalah).

2. Tengok berita - peka perkembangan semasa lah konon esp. politik.

3. Menyakat anak - sampai budak terjerit-jerit... isk sakit telinga.

4. Menyakat saya - katanya "yang abang ni macam guni perut hijau (guni padi)" - melampaulah tuh! (taular kita ni kiut heheh)

Dia juga tidak romantik - (apa romantik-romantik.. romantaik ada...tu kata dia!!)

Dia agak kasar - tipikal orang Utara kot (dia kata: apa lembut lembai macam daghai dusun a.k.a pondan!!)

Tapi dalam segala kelemahan dia itu, saya tahu dia seorang yang baik dan penyabar.. ya sabar dengan kekurangan diri saya!

10 comments:

Cik Anis Safira said...

Hehehehe! Happy birthday Pak Su!! Semoga panjang umur and murah rezeki! Cuyah kem salam kat pak su ye??

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Ok dear.. tq

ain said...

Happy buffday utk hubby kak Nik. Nxt month pulak Kak Nik nyer bday. Hubby kasi hadiah aper..???hehe

zara said...

Selamat menyambut hari kelahiran yg ke 42, Mohammad Sukri Abdullah. Semoga hari-hari anda dan keluarga diberkati Allah. Insya-Allah.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam ain..
kita orang ni jarang berbagi2 hadiah.. sometimes boleh terlupa terlupa tarikh..
Mcm anniversary... selalu tak ingat.. sedar dah terlepas (26 feb). Tapi hubby selalu kata yang penting hidup kita bahagia dan sentiasa cuba menjaga amanah yg Allah berikan.

Tq kak zara.. dah tua!! heheh

kakchik said...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran untuk suami KakNik. Semoga Allah murahkan rezeki dan panjang umur.

Eh, KakNik b'day kita selang sehari je. KakChik 10 April.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kakchik..
Wah.. tak sangka ek? boleh lar celebrate togeder-geder ek kakcik..tapi sorang kat kl sorang kat kb lar..

najwa arifah said...

happy birthday paksu...!!semoga pnjang umur dan murah rezeki jugak...boleh belanje ipah...hua3...

kakchik said...

kita celebrate kat tenet aje lah kaknik

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Boley boley kakcik no hal punya