RSS

Friday, March 20, 2009

Kita perlu modul baru!

Akademi Fantasia bakal masuk konsert minggu kedua. Dalam banyak komen tentang ianya tidak lagi releven untuk diadakan, ternyata pihak Astro mengambil langkah proaktif untuk memberi pembaharuan terhadap program tersebut, yang menyaksikan ianya tampil dengan lebih baik.

Dengan tagline, Tranformasi akan berlaku (correct me if I'm wrong), ternyata para peserta yang dipilih lebih berkualiti berbanding sebelumnya. Seawal konsert pertama, para peserta telah menampilkan persembahan yang tidak mengecewakan.

Saya sempat juga menyaksikan program ini. Adakala jika berkesempatan, saya ikut menonton diari AF. Saya tidak menafikan sememangnya pengisian program tersebut sangat menarik perhatian. Keseronokan inilah sebenarnya yang menarik minat para remaja dan juga golongan bukan remaja untuk menonton, malah menyertai AF.

Saya suka melihat modul yang disediakan. Bagaimana motivasi, kesungguhan, kasih sayang dan pelajaran diberikan kepada para peserta. Di sinilah kita lihat kelebihan modul yang diterapkan.

Bagi saya, modul sebegini seharusnya dipelajari oleh gerakan Islah/Islam dalam mentarbiyah ahli. Ramai di kalangan kita yang biasa terlibat dengan usrah. Tapi cuba kita lihat pengisian usrah yang diadakan? Kenapa ia gagal menarik minat golongan remaja untuk ikut serta.

Pada saya tidak salah kita mencontohi apa yang dibuat dalam AF. Bagaimana hubungan erat dijalinkan, bagaimana kita lihat faktor sentuhan, belaian dan kesediaan mendengar diaplikasikan. Manusia memerlukan sentuhan dan belaian, mereka juga perlukan perhatian dan pemahaman daripada orang lain. Perkara ini boleh kita aplikasikan dalam usrah kita. Tapi masih dalam batas syariat. Bukannya berpelukan, bersalam lelaki perempuan bukan mahram.

Saya tidak kata AF itu satu program yang terbaik atau terbagus. Memang menyedihkan kerana yang terlibat hampir ke semuanya anak Melayu Islam. Namun tak salah jika kita cuba menerapkan nilai baik yang ada untuk program kita, dalam acuan kita agar ia juga lebih menarik dan mampu menarik lebih ramai golongan muda menyertainya. Sedar atau tidak kita perlu bersaing untuk menyebarkan kebaikan. Tak salahkan???

9 comments:

shelly Yusop said...

salam kak nik,
definately correct kak nik. Sepatutnya kita harus mencari transformasi baru bagaimana kita nak menarik muda mudi kita hari ni agar teruja untuk mengikuti majlis-majlis agama.Yang jelas sekali rancangan AF bukan hanya berjaya menarik golongan muda belia je malah golongan pertengahan juga ada yang tergeleng-geleng kepalanya mengikut irama lagu yang dipersembahkan.. Sapa nak jawab tu kak nik?

ain said...

kak nik...saya tak pernah tengok akademi fantasia. rumah pun mmg x de astro. dok jb tak perlu astro. so x tau nk komen apa psl modul baru ni.

kakchik said...

Assalamualaikum KakNik.

KakChik pun tak tengok AF cuma tertengok iklan2 tu adalah. Tapi kalau benar macam apa yg KakNik kata tu, memang patut gerakan Islam ni meniru mana yg elok utk diterapkan dlm sistem tarbiahnya. Kekadang kurang sungguh kreativiti dalam penganjuran program, usrah ke apa ke. Masih banyak yang menggunakan kaedah lama yang kadang-kadang KakChik sendiri rasa bosan nak ikutinya tapi ikut juga.

Nik Fauziah said...

salam

Shelly,
Bila kaknik tulis n3 ni,kaknik mmg terfikir kita mesti buat smthg untuk ubah cara penyampaian kita. Kenapa program hiburan ini sangat diminati tapi bila program agama semua liat.

ain.. akakpun buat komen sekadar pemerhatian je..

Kakchik..
Klu berkesempatan cuba tgk sekali. Kaknik dengan ustazah engineer hari tu duk bincang pasal perkara ni. Dia pun kata mmg bagus kalau usrah kita dapat terapkan perkara yang menarik mcm dalam AF tu. Cuma mesti dalam acuan kita lah.. maybe pasni kakcik boleh bagi suggestion waktu gi usrah.

zara said...

Lazimnya program hiburan ini akan mendapat sambutan berlebihan berbanding dengan program ilmiah. Agaknya masih ramai lagi yang jiwanya tak tenteram maka hiburan yang dipilih dan diutamakan.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Tak perlulah program ni...penyanyi dah berlambak2 skrg...program ni lbh pd utk mengaut keuntungan je...siapa yg untung?

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam..
kak zara.. mmglah klu bab agama semua liat. Sbb tu kita kena cari jalan untuk menarik minat. Benda baik kalau penyampaiannya tak baik mesej ttp tak sampai.
Kalau perkara tak baik tapi dirancangan dengan teliti, akan jugak membuah hasil.. (biarpun hasil tak baik!).

Lah.. pgrm tu mmg dah dikutuk hebat oleh geng2 wartawan masa last pc AF6.. semua orang kata dah tak releven. tup2 ada lagi!!

Syahida Izlanin said...

salam k.nik..
erm..sy setuju sgt pendapt k.nik.seolah2 pengisian 2 agak mmbosankn bg sesetengah pihak terutama yg masih belum fhm n msih mncari.Modul yg menarik n 'xskema'perlu diterap bg menarik golongan remaja. Bukan maksud sy nk menambahkn sesuatu sehingga mnjadi racun dalam penyampaian isi dakwah 2 namun method daie 2 sendri dlm mnjadikn pnyampaian mnjadi menarik.Sy pn slalu tgk AF 2 sejak AF1 smasa sy di form3.Mmg modul yg dibuat pd pesrta 2 agk mnarik..Bak kata org,yg buruk 2 jgn terus dinilai buruk namun turut dikaji n diambil baiknya..wallahua'lam..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam syikin..
mmg kita kena lebih proaktif, bak kata org first impression tu penting. so usrah kita pun perlu berubah biar first impression tu dapat terus mengikat hati2 anak remaja kita.