RSS

Tuesday, March 10, 2009

Ke Sungai Tua Plakkk!


Cuti hujung minggu kali ini agak panjang, bersambung sempena Maulidur Rasul (salam maulidurrasul buat semua). Sebenarnya saya tidak merancang untuk ke mana-mana, sementelah rumah kelihatan macam kapal karam. Hajat hati ingin berkemas dan melipat sebakul kain yang tak sempat dijenguk sudah seminggu.

Namun pada hari Khamis malam Jumaat minggu lepas, Pak Andak (abang ipar) datang ke rumah untuk mengambil Maklang. Sudah agak lama Maklang di rumah saya. Kata Andak, dia nak bawa Maklang ke rumahnya pula. Kebetulan dengan kedatangannya, dia mengajak kami anak beranak berkelah pada hari Ahad.

Budak-budak saya apalagi, menjerit kesukaan. Kasihan pula melihatnya, apatah lagi Si Iman dan Efa. Kaklong tidak kisah sangat. Dia sekarang semakin malas untuk keluar rumah. Anak remaja katakan!

Setelah berbincang dengan suami, kami pun bersetuju untuk pergi berkelah. Mulanya hendak ke Ulu Yam, tapi mengenangkan ramai orang yang akan ke sana pada hujung minggu, kami bercadang beralih ke tempat lain. Kata suami, cuba pula ke kawasan perkelahan di Empangan Sungai Tua. Tempatnya sebelum sampai ke Ulu Yam. Ah! Boleh lah. Yang penting, anak-anak gembira.

Saya masak nasi, buat sambal tumis udang dan sotong, goreng sedikit sayur selada air dan ikan goreng serta telur dadar. Juga sedikit ayam masak halia. Cadangnya untuk makan dua keluarga. Tunggu punya tuggu, tak sampai-sampai juga Andak sekeluarga.


Setelah ditelefon, katanya ada kawan pinjam kereta. Dia akan lambat sedikit. Kami sepakat pergi dahulu. Bimbang pula hujan turun, tak sempat anak-anak nak mandi. Kami sampai ke tempat perkelahan jam 12.30. Anak-anak dan bapanya sekali terus terjun ke air. Tinggal saya dengan Kaklong, siapkan tempat dan bancuh air.
Sementara menunggu mereka mandi, saya makan tengahari dulu. Kaklong pula sibuk membaca novel Lagu Cinta Buatmu (Qaseh Qaisara terbitan Fajar Pakeer) yang baru saya beli hari Jumaat lalu. Hmm.. sudah dapat tabiat baru dia. Membaca novel-novel koleksi uminya!

Sesudah makan, rasa teringin pula nak masuk air. Walaupun tak mandi, sempat jugak berendam sekejap. Sementara menanti anak-anak siap, saya duduk atas batu sambil memerhatikan anak-anak ikan berenang. Terlihat juga, pencakar air yang sibuk menguakkan kakinya melawan arus. Sambil melihat, hati saya turut berkata-kata. Pencakar air ini memang berani dan berpendirian. Biarpun terpaksa melawan arus, tetap diusahakannya. Tidak rela membiarkan diri hanyut dibawa arus. Ada pendiriannya. Kalau kita manusia tak ada pendirian malulah dengan pencakar air, serangga kecil ini. Sebab itu agaknya ramai manusia hari ini boleh dibeli. Sebab mereka tiada pendirian dan tidak berani!

(sepatutnya ni gambar pencakar air, tapi blurla plak. Takper kira oreitt je la kan?)

Setelah puas mandi, anak saya yang berdua dan abahnya naik menjamu selera. Memang berselera mereka makan. Maklumlah penat bermandi-manda. Mandi selesai, makan pun sudah. Tapi Andak masih tak muncul-muncul. Nak menelefonnya tak ada coverage pula.

Anak-anak kembali menyambung mandi. Jam sudahpun menunjukkan pukul 2.00, mereka masih tak kunjung tiba. Akhirnya suami cuba naik semula ke tempat parkir, kalau-kalau ada coverage. Alhamdulillah, dapat juga menghubungi mereka. Rupa-rupanya mereka tak jadi datang! Kawan tersebut masih belum sempat menghantar kereta Andak. Dia membawa isteri ke hospital kerana sakit nak bersalin.

(Tak mandi pun tak apa, dapat berendam sekejap jadilah...)

Jadinya, kami sekeluarga sahajalah nampaknya yang berkelah hari itu. Apapun, hati tetap gembira kerana dapat menggembirakan anak-anak. Sesekali beralih angin memang menyeronokkan mereka. Dan seperti biasa, mereka akan berkata..."nanti kita datang lagi ye abah?" Hmm.. iyalah tu!

11 comments:

ain said...

Seronoknya dpt gi picnic. Dah lama sungguh sy dn keluarga x dpt berpicnic. Kat jb ni tak tau mana tpt nak berkelah. Saya pulak tak suka sgt gi tpt yg ramai sgt manusia. Dari nak relaxkan otak..makin tension bila sesak2 ngan org.

Jamilah Aini Mohd Rafiei, 33 said...

kita cuti duk umah je...penat 5 ari keje & buat keje rmh..cuma ptg Isnin, Anis ajak gi JJ (Jusco)...wow! sempat membeli handbag Giamax! Murah giler...70%! Gi la cepat, sale sampai 22 ni...saya tau kak nik pun hantu handbag kan..!

kakchik said...

amboi kak nik... seronoknya main air. lamanya kakchik tak berkelah dengan keluarga. mungkin 3 4 tahun lepas kali terakhir berkelah.

nampak air kat situ macam best sesangat. teringinnya nak ikut sama.

dS said...

Salam perkenalan Kak Nik. Seronok pulak membaca tulisan Kak Nik di entri, DS juga baru pergi berkelah bulan lps di kawasan air terjun Sagil dan turut mengalami situasi yang sama, memerhati aksi si pencakar air yang tak pernah kenal erti jemu, terus berusaha melawan arus.

Diharap Kak Nik sudi membalas lawatan ke blog DS, ya!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Ain..
Saja layan kerenah anak2. Mmgpn kalau ramai sgt orang boring gak..Tu pn ada insiden yang buang kitaorang bengang tapi wat derkkk je lah..

Woi lah.. kemain lagi ko ek.. shuppin sakan..kopaklah anissopiang hehehe... tak main dah shuppin2 nih.. pakai je apa yg ada..

Kak cik.. mmg seronok. Klu ikut hati nak buat barbeku lagi..tapi peralatan dah rosak. Klu dulu masa kt kb selalu gi jeram linang. Bakar2 ayam lagik..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam perkenalan jugak untuk DS.. (short form untuk apa ek DS tu??) Terima kasih sudi berkunjung ke blog akak.

Nik Fauziah Nik Hussin said...
This comment has been removed by the author.
Ainul Arina Madhiah said...

wah, air terjun!!! lamanya tak sampai sana... sini takde. T_T

MIMIE AFINIE said...

nik... tempat akak ni tak jauh dari ulu yam tp tak pernah sampai pun ke situ. Sebenarnya mcm nik jugak, tak suka tempat ramai orang.Sebab tu suka dok kat rumah aje...

Terliur le bila membayangkan sambal tumis udang dan sotong nik...

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik...
wah..seronoknya dapt berpicnic ngan keluarga...
anak2 ibu pun sume suka air gak...
kalo pergi gunung ke laut ke mesti nak mandi...
ngapa nik x join same ngan ank2 tu???..kalo ibu x lepas peluangnya..
nmpk air jerk mmg x sah kalo x mandi...hehehe
tapi kalo ank2 pergi jauh2, mulalah mulut ibu x reti diam... bukan apa, bimbang...hehehe
tipikal sorg ibu mmg cam gituh...nk vat camne kan...hehehe

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak mimie..
Kalau nak rasa sambal nik, jemputlah ke rumah heheh..boleh nik masakkan!

Ainul..nanti kalau balik cuti, jom dtg rumah akak..kita gi berkelah kat situ.

Ibujunes.. mmg teringin nak mandi tapi mcm segan la plak..heheh! Karang nampak cam dugong lak. Mmgpun bila anak mandi mulut maknya terjerit2. Risau kut dpt bahaya.