RSS

Wednesday, March 11, 2009

Kawin Muda...Ok Tak?

Sebelum saya keluar assignment ke UM petang semalam, saya ditanya oleh seorang adik dari UMP melalui YM. “Kaknik, nak tanya.. apa pendapat akak kalau berkahwin sewaktu masih belajar.”

Saya rasa nak tergelak pun ada… bukan apa, kebetulan pagi sebelum memulakan kerja, saya singgah di ‘rumah’ kak Mimie, cerita pasal anak kawannya berkahwin muda, baru 21 tahun umur kedua-duanya, kalau tak silap saya.

Kemudian, Dayah rakan wartawan, memberi artikel ruangan Generasiku untuk diedit, yang tajuknya Kahwin muda bukan penghalang, berkisar isu kahwin muda atau dalam waktu belajar juga.

Tiba-tiba di sebelah petangnya pula saya dihujani soalan yang sama, kahwin sewaktu masih dalam belajar, memang tergelak saya dibuatnya. Macam berpakat pula dan memberi idea untuk saya menulis.

Kalau ditanya sewaktu saya menjadi pelajar, jawapan saya TAK PAYAH. Habiskan dulu belajar. Pada saya biarlah kita buat satu kerja pada satu masa. Tumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran. Lagipun, waktu alam kampus sebenarnya waktu yang sangat seronok untuk kita menimba ilmu dan pengalaman. Jadi, seharusnya ia digunakan sebaik mungkin.

Namun apabila saya bergelar seorang ibu, jawapan yang akan saya berikan ialah BOLEH DIPERTIMBANGKAN. Alasannya:

1. Kalau rasa ia memberi lebih kebaikan dan boleh menghalang daripada berlaku maksiat, apa salahnya. Itu lebih mendatangkan keberkatan.

2. Kalau rasa sudah berkemampuan dari segi tanggungjawab sebagai suami, isteri dan juga pelajar, (dan mungkin juga nanti sebagai ibu dan bapa) ya, tak salah kalau ingin berkahwin.

3. Kalau berkemampuan dari segi kewangan tentu sahaja boleh berkahwin. Kemampuan dari segi kewangan bermaksud, ada sumber pendapatan sendiri (bekerja atau duit biasiswa) atau ada bantuan kewangan. Ini tentu sahaja memerlukan sokongan daripada ibu bapa kedua belah pihak. Pada saya tak salah kalau ibu bapa yang berkemampuan, sanggup membantu anak-anak mereka.

Jika ketiga-tiga syarat tersebut boleh dipenuhi, maka tak salah berkahwin sewaktu bergelar pelajar. Tentang majlis, buat sekadar kemampuan. Islam itu mudah, jangan dipayahkan. Insya-Allah, sebagaimana janji-Nya, Dia akan membuka pintu rezeki bagi umatnya yang mendirikan masjid.

Bagaimana pendapat anda??

5 comments:

zara said...

KALAU sudah jodoh dan ketentuan Ilahi, apa saja kehendak-Nya pasti boleh berlaku. Begitu juga dengan soal perkahwinan. Zaman sekitar 50-an dan 60-an dulu, berkahwin pada usia muda bukan satu keganjilan. Malah ada sesetengahnya, terutama anak gadis menamatkan zaman bujang ketika usia masih terlalu mentah antara 15, 16 tahun.

Yang penting, jangan berkahwin hanya kerana nafsu dan desakan cinta tetapi kerana sudah bersedia - mental, fizikal dan kewangan. Apa yang pasti, masing-masing baik lelaki mahupun perempuan perlu ada nilai dan peranan untuk menjamin kebahagiaan berumahtangga.

Banyak kebaikan bagi orang yang berkahwin di usia muda antaranya membanyakkan zuriat umat Nabi Muhammad SAW, mengelakkan maksiat zina dan membuang bayi di merata tempat.

Bila ramai pula lelaki berumur berkahwin dengan wanita muda, lelaki muda pulak akan berkahwin dengan Mak Janda, Ibu Tunggal, Andartu dan Wanita Tua.

shelly Yusop said...

Perkahwinan zaman kini bukan seperti zaman dahulu. Walaupun dahulu ada yang berkahwin seawal usia 15 tahun namun cabarannya tidak sehebat sekarang. Di akhir zaman ini banyak perkahwinan yang diakhiri dengan perceraian. Kalau diteliti sebabnya rata-rata tidak mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Itu belum lagi pasal orang ketiga dan mcm2 lagi sebab musababnya...

Perkahwinan yang diakhiri dengan perceraian di zaman kini kerana mereka meletakkan cinta di tangga teratas sekali sehingga apabila cinta itu pudar sedikit demi sedikit maka berakhirlah perkahwinan itu sendiri. Sepatutnya kita perlu meletakkan cinta kepada Sang Pencipta lebih daripada Sang Pecinta...

Yang penting tepuk dada tanya selera....
Waallahualam...

ain said...

saya antara yg kawin dlm usia yg sgt muda, 21 thn. Tetapi alhamdulillah suami saya masa tu 30 tahun. dah cukup matang utk membimbing saya yg masih mentah. Usia bukan lah satu penghalang, yg penting kematangan dn kebijaksanaan dlm menangani segala perkara dn masalah. Komunikasi dua hala juga penting untuk memastikan rumahtangga tidak hancur separuh jalan.

Syahida Izlanin said...

tq k.nik..
smoga pendapat k.nik n smua dpt mnunjuk jalan pd sy n kawan2..mohon sentiasa mbntu n mbimbing sy..
akhir kata, jgn lupa poskn majalah muslimah ye kak.. ;)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Moga2 dapat membantu...
Insya-Allah akan diposkan segera.