RSS

Thursday, March 26, 2009

Selagi jemari masih berbisa...

Semalam saya pergi menziarahi 'rumah' cik Rose..(Cik Rose.. nama awak naik lagi hehe). Baca entry sinopsis TLT. Kata cik Rose, kali ini tulisan dia lain daripada selalu (wonder whether dia guna panggilan 'abang' ker untuk suami.. sebab cik Rose memang alergik @ jaki dengan panggilan abang heheh...)

Kata cik Rose, hasil kerjanya banyak bermain dengan emosi dan air mata. Hmm... kalau membaca karya cik Rose sebelum ini, pasti ramai yang bersetuju ia serba sedikit membayangkan tuan punya badan..agak kelakar, gila-gila dan bersahaja. Bila tengok blog empunya diri, lagi mentashihkan tanggapan tersebut (pada saya memang kena dengan identiti orang seni macam cik Rose). Apapun saya yakin, TLT akan menyerlahkan sisi cik Rose yang berbeza.

Tujuan saya menulis ini bukan nak bodek cik Rose untuk dapat novel free (hahah). Sebenarnya apa yang saya ingin katakan ialah bukan senang untuk mengubah genre penulisan.

Tahun ini merupakan tahun ke-16 saya masuk ke bidang kewartawanan. Sepanjang masa tersebut, saya cuma sempat membuat dua buah majalah iaitu Muslimah dan Dian. Kedua-duanya hampir serupa tapi tak sama. Serupa kerana genrenya majalah Islamik tetapi tak sama kerana satu majalah wanita dan satu lagi majalah ilmiah.

Bukan senang pada awalnya untuk mengendalikan majalah ilmiah kerana pengisiannya agak berat. Apatah lagi apabila saya terpaksa menyambung tugas seorang yang ketokohannya tidak boleh dipertikaikan lagi, Almarhum Datuk Yusoff Zaky, pemikir persuratan Islam. Siapalah saya untuk menghasilkan ruangan editorial sehebat ruangan mikroskop Dian kendalian beliau. Memang tugas yang sangat mencabar buat orang baru seperti saya. Biarpun kini majalah Dian terpaksa dihentikan penerbitannya atas sebab-sebab tertentu, namun ia tetap memberikan saya kenangan manis yang tersendiri.

Mengendalikannya, menuntut saya menajamkan lagi akal dan menambah pembacaan. Mengajar saya supaya lebih berfikiran kritis. Menemukan saya dengan lebih ramai cendekiawan. Saya berasa sangat beruntung kerana berpeluang menambah ilmu biarpun tidak bergelar mahasiswa. Mengingatkan saya kepada seseorang yang pernah ditemubual..katanya "dunia ini universiti saya!" Benar sekali. Tidak hadir ke dewan kuliah bukan bererti kita tidak boleh menambah ilmu. Pengalaman orang, kepandaian orang boleh kita manfaatkan.

Bidang penulisan menemukan saya dengan ramai orang. Ramai orang bererti banyak ragamnya. Tapi yang pasti, menerusi bidang ini saya menjadi seorang yang lebih cuba memahami. Meletakkan diri dalam situasi orang. Mengajar saya untuk melihat sesuatu dari sisi berbeza.

Bidang kewartawanan ini juga mengenalkan saya sifat manusia yang ada kalanya tak masuk dek akal. Penipu, pendendam, pengugut dan segala yang buruk-buruk. Malah menjadikan saya kadang kala takut mendepani telatah manusia yang begitu berani membelakangkan hukum Tuhan.

Bidang yang saya ceburi ini juga pernah menyaksikan saya diugut, dihentam dan diperlekeh. Tak kurang juga yang memuji dan menyanjung. Namun selagi jemari masih bisa mengetuk kekunci komputer dan akal masih boleh berfikir, kecintaan saya akan tetap setia di sini.

Alhamdulillah, bidang ini juga mengajar saya untuk menilai hasil tulisan yang baik atau sebaliknya. Namun ia tidak bermakna saya boleh menghasilkan lebih baik lagi, kerana sebagai manusia saya juga banyak kelemahan. Sebab itulah agaknya, sehingga kini saya masih tidak berjaya menghasilkan sebuah novel. Sebab saya tidak pandai berkhayal untuk memenuhi tuntutan bidang penulisan kreatif! Namun doakan saya supaya berhasil melahirkan novel sendiri walaupun sebuah cuma.

15 comments:

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Kak Nik...kita nak buat novel motivasi kanak2...tajuk dah ada..."Si Daie Kecil"...tp x tau camne nak mula..kena blajo ngan kak Zue ni...hua...hua...hua...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

uih.. ni dah hebat ni.... tajuk dah ada.. apa lagi proceed lar!

ain said...

Kak Nik watrawan ke..???wow, bestnya dpt kenal ngan wartawan!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam ain..
apa yang bestnya?? biasa je mcm orang lain gak..cuma cari makan ngan menulis heheh!

Rose Harissa (NORA) said...

salam kak nik...
Aiseh... naik lagi nama kat sini.. macam kene sebut nama dek pengetua pulak... heheh...
mekasih banyak kak nik... terharu saya... editor tersohor menyebut nama saya penulis bilis ini...

apapun kak... memang betul apa yang akak cakap tu... sangat susah untuk bertukar genre... saya sendiri sampai tahap rasa buku tu tak best... tapi cuba juga bagi beberapa orang lain baca itu yang yakin hantar kat kak yati tu...
tak taulah orang boleh terima ke tidak sebab selama ni duk tulis bahasa selamba sekarang cuba serius lak..

err... terlajak pulak saya mengomel kat sini...

terima kasih sekali lagi kak...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

alar cik rose..editor cabuk je hehe.. skrgnya cik rose dh kluar dari kebiasaan. dah jd luar biasa.. kira oreitt lahtuh..

zara said...

Diharap Nik tabah menghadapi setiap cabaran dalam mengelolakan bidang editing. Tulisan Nik ikhlas, mantap dan tegas. Semoga Nik berjaya menghasilkan novel di masa akan datang.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

terima kasih atas doa ikhlas kak zara..ps: jangan sedih2 lagi tau!!

Ainul Arina Madhiah said...

salam..

wahhh.. kak nik mesti dah terer ya amat bab mengedit dn menulis.. bolehlah jadi tok guru ainul nih.. hehe.. =)

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik....

wah..dah lama nik menceburkan diri dlm bidang nih, kalo anak pompuan org kata dah anak dara...hehehe

Sememangnya pastilah sudah banyak pengalaman yang diceduk dalam usia 16 tahun dibidang kewartawanan.

Ibu amat bangga sekali pada seorang yang bergelar wanita dan ibu yang dapt memberi sumbangan yang amat bernilai dalam apa jua bidang yang mereka ceburi...

ALL THE BEST TO U DEAR...semoga tabah sentiasa hadapi setiap rintangan yang mendatang....
InsyaAllah!!!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam ainul..
biasa je ainul, bak kata orang alah bisa tegal biasa. ainul punya skill menulis pn bagus. keep up..

salam ibujunes,
alamak terharunya dengan doa ibu. semoga ibu pun sentiasa dirahmati Allah. Wanita mmg hebat ibu.. tak kira di mana posisinya selagi dia menjadikan Islam landasan kehidupannya. Bersyukur kita dilahirkan sebagai wanita.

Syahida Izlanin said...

salam..
u r 1 of my idol..huhu. byk en3 akak yg blh mbangunkn balik smngat sy yg kdg2 t'umbang ambing.walau kta di blainan bidang, tp byk yg sy blaja dri k.nik ttg khidupan.blh dikatakn,sy sntiasa mnunggu en3 k.nik saban hari..tahniah kak..jakallahu khaira..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam shikin,
gembira kerana syikin dapat memanfaatkan apa yang ditulis. Semoga shikin beroleh kejayaan!

dhan said...

salam k. nik.. biarlah ape org cakap yg penting nawaitu kita...
at least tulisan2 akak mampu menyedarkan kita yg terlalai...
moga akak beroleh kejayaan Amin...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dhan..
terima kasih atas doa iklas dhan..