RSS

Wednesday, March 25, 2009

Cerita tentang ikan...

(credit to Wikimedia Commons)

Saya sangat suka memelihara ikan. Terasa satu kepuasan yang tidak terhingga kalau dapat melihat ikan berenang-renang dalam akuarium atau kolam. Saya juga boleh duduk melangut depan akuarium menghadap ikan-ikan berenang. Tidak terasa bosan, malah memberikan ketenangan pada saya.

Di rumah, saya ada sebuah kolam ikan berukuran satu setengah kaki tinggi, 4 kaki panjang dan 2 kaki lebar. Harganya RM75. Tambah dengan filter dan beberapa ekor ikan, harganya menjadi RM120.00.

Mula-mula di dalamnya ada 15 ekor ikan kap (koi), tapi mati 6 ekor kerana penyakit. Tinggal 9. Sekarang sudah ada 14 ekor. 10 ikan koi dan 4 ekor ikan mas besar (macam spesis koi juga). Dan beberapa ekor ikan mas yang saya keluarkan dari akuarium di dalam rumah. Akuarium tersebut saya sudah isi dengan ikan guppy pula. Ada 28 ekor (asal 30 ekor tapi mati 2 ekor). Tak taular pulak kalau dah beranak-pinak lagi dalam akuarium tu. Tak sempat nak chek!

Koi peliharaan saya kalau dibandingkan dengan apa yang saya lihat di laman web rasanya dari jenis Yamabuki, Sanke dan Hikariutsuri. Tapi bukan truly Japanese, Malaysian breed. Kalau Japanese breed lagi cantik dan mahal harganya.

Baru-baru ini saya sempat ke sebuah kedai dan showroom ikan (betul ke?) di Shah Alam. Saya pun tak perasan sangat. Tapi nama dia kalau tak silap Akuarium je (tak sempat nak perhati beriya sebab sibuk duk kejar si Efa yang tak sabar nak tengok ikan besar dalam kolam). Lokasinya di sebelah Water World dekat Taman Tasik Shah Alam. Orang Shah Alam mesti tahu punya.
Ruginya…saya tak bawak kamera. Macam-macam ikan ada. Tapi of coz, tumpuan saya mesti pada ikan koi. Geramnya tengok, daripada yang kecil sampailah yang besar. Jinak pulak tu… makan di tangan. Kalau lah saya dapat..(hmmm…).

Saya suka bertanya dengan tuan punya kedai ikan kalau ke sana, macam mana nak jaga ikan dan sebagainya. Saya diberitahu ikan koi, susah nak membesar kalau dalam kolam yang kecil…(huh! Tu buat saya bengang). Kolam yang saya ada dikira kecil lagi. Kalau boleh saya nak tengok ikan saya membesar sehingga 2 kaki macam ikan yang selalu masuk Koi Championship tu..(fuh berangan lar tuh).

Saya melayari internet dan saya seronok sebab jumpa satu video ni.. Dapat juga idea.. kalau nak membesarkan kolam ikan saya.

http://www.youtube.com/watch?v=GspWgT4hGHo
http://www.youtube.com/watch?v=_Q09lqASY8M

Masalahnya ada ke kawasan? Dan apa jaminan anak-anakku tidak turut sama berendam dengan ikan peliharaan umi dia heheh!

12 comments:

ain said...

saya pun ada fish pond gak, tapiii no fish la. Filter rosak, sampai la ni x repair lagi.haiyaaa!!!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

repair cepat ain.. nnti boleh bela ikan koi hehe.. hobi menenangkan

zara said...

Nik,
Akak pun ada bela ikan. Tapi bukan ikan koi. Ikan kaloi sebesar pinggan makan. Ikan tu, akak dietkan dia takut membesar nanti pecah aquarium dibuatnya. Ikan kaloi akak tu garang dan cepat lapar.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak zara..
nik teringat dulu..arwah mak suka bela kaloi sabah. ada tiga kali kot.
ketiga-tiganya masa beli besar 3 jari je.. tapi membesar sampai 5kg.
Ikan tu mmg klu kita letak tangan kat dpn akuarium macam nak terkam.. tapi bila letak tangan dalam air dia takut. heheh
ps: akak pernah bagi makan daun dan pucuk keladi tak?? arwah mak dia bagi makan, jenis keladi telur daun dan batang muda. suka benar ikan tu.. dan jugak kudup bunga kembang pukul 10...!!

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

ala..kita kureng lar bab ikan2 ni...makan bole lar....goren pon sodap!

Ainul Arina Madhiah said...

salam akak..

erm, saya bela ikan time kecik je dulu. Sekarang ada family kucing sahaja di rumah.. ^_^

erm, akak.. nak tanya.. agak2 dah sebulan belum ek akak hantar majalah tu? Kalau belum sebulan, bleh tunggu lagi.. Tapi kalau dah lebih, mcm takde je..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Aya milah.. sampai hati ko nak goreng ikan den... (hmm.. apa rasanya ek??? banyak tak tulang dia?? agak2 klu akak wat experiment ok tak??? hehehe)

salam ainul!
Kenapa yek jd gitu???

zara said...

Nik,
Ikan Kaloi akak beri makan cengkerik aje. Sesekali tu bagi ler dia bunga raya. Itu saja yg dia suka. Pernah akak beri daun keladi dan kangkung. Air aquarium jadi kotor.

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik...
ibu ada x kemana2 pon..hehehe

mmg tenang je kalo tengok ikan tu..ibu pon suke jugak bela ikan ni tapi cam terkilan plak bila bela je mati...
x pandai jaga kot... gaknya kalo blk kg lama sangat tulah ikan tu mati gaknya...
jadi sekarang ibu dah x bela lagi dah...cian sangat kat ikan2 tu.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam ibu..
klu nak balik kg, beli palet jenis keras.. ada jual kat kedai ikan. boleh tinggal seminggu. lebih pn boley tapi kena bagi lebih lar.

kakyong said...

salam kaknik

saya ni dah lama tingin nak ade akuarium sendiri.. tp suami manjang jer cari alasan.. huhu.. plak la ni dok umah jer, pendapatan takde.. tu yg huhuuu sket.... tp tgk ikan org bela, lawooo .. jeles..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kakyong.. tkper..slow2 pujuk hubby heheh...psiko sket kat dia, ckplah blh kasi terapi minda dia penat balik keje hahaha