RSS

Tuesday, March 31, 2009

Yang sedih dan gembira

Semalam dan hari ini, ada dua perkara yang menggembirakan dan menyedihkan saya. Biarlah saya kisahkan perkara yang sedih dahulu. Pukul 11 malam tadi, saya terima mesej daripada kakak saya memberitahu keadaan ibu mertuanya yang semakin tenat.

Beliau bertanya saya surah apakah yang elok dibacakan kepada orang yang nazak selain surah Yasiin. Saya teringat ada ustaz memberitahu elok juga dibacakan surah ar-Ra'd untuk memudahkan roh keluar.

Saya sempat bertanya kepada kakak bagaimanakah keadaan ibu mertuanya. Katanya, cuping telinganya sudah jatuh, begitu juga peluh mula membasahi badannya. Saya menyuruh kakak menggosok permukaan kulit lengan atau kaki ibu mertuanya. Kalau sudah kesat dan tidak lagi mengeluarkan bunyi geseran, maknanya tanda kematian sudah hampir (berdasarkan apa yang saya dengar dan pengalaman menghadap arwah ibu mertua meninggal dunia). Sempat juga saya meninggalkan pesanan supaya jangan dibiarkan ibu mertuanya keseorangan.

Arwah meninggal dalam usia 84 tahun kerana sakit tua. Arwah juga mempunyai penyakit kencing manis tapi tidak begitu serius. Tiga minggu lepas, beliau terjatuh di bilik air. Bermula dari situ beliau terlantar. Namun keadaannya agak pulih tetapi tidak boleh lagi bangkit berjalan. Minggu terakhir ini, beliau kembali uzur sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir sejurus sebelum Subuh pagi tadi.

Sewaktu sakit, saya tidak berkesempatan untuk menziarahinya dan setelah diberitahu kematiannya, saya bergegas ke rumahnya selepas menghantar anak ke sekolah. Saya sempat membantu menguruskan jenazah beliau. Inilah kali ketiga saya menolong memandikan jenazah; pertama kali ibu saya, kali kedua ibu mertua dan kini ibu mertua kakak saya. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Cerita gembira pula, saya telah menerima kiriman novel daripada Kak Noorhalijah atau mesra dipanggil KakNoor. Novel bertajuk Rindunya Kian Membara karya Noor Suraya. Dengan sedikit kreativiti (wartawanlah katakan..) saya telah berjaya menghubungi KakNoor. Seronok bersembang dengan KakNoor. Habis disebutnya nama kawan-kawannya, sebelum saya memperkenalkan diri.

Kata KakNoor, sedapnya suara (hahaha.. jangan KakNoor! Nanti Siti Nurhaliza tak boleh cari makan)! Tu, belum dengar gelak besar lagi... Nanti pengsan KakNoor. KakNoor pun, suaranya macam orang muda. Kata KakNoor dia dah tua tapi selalu rasa muda. Takper KakNoor, janji bahgia hehe.

Sempat juga kami berjanji untuk bertemu di pesta buku nanti. Apa pun, semoga hasrat tersebut diizinkan Allah. Hmm... sebut pesta buku, tak sabar rasanya nak 'berlonggok' dengan geng tingkap hehehe!

8 comments:

ain said...

semoga roh arwah ditptkan dikalangan org yg beriman.

Saya sedang baca novel tajuk selamat pengantin baru isteriku. mcm best.

shelly Yusop said...

salam kak nik,
begitulah kehidupan kita di dunia ini. ada suka ada yang duka. harungilah apa saja yang datang dalam hidup kita ni dengan sabar dan redha.
Mati pasti akan datang.. hanya cepat dan lambat saja. Yang pergi usah kita tangisi. Sedekahkanlah Al fatihah untuk mereka. Yang tinggal lengkapilah diri dengan amalan. Kerana hanya itu sajalah bekalan yang akan kita bawa ke sana nanti..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ain.. terima kasih, doanya semoga begitulah hendaknya. Huhu akak baru habis baca novel lily Di langit cinta.. letih baca citer suami carik lain nih hahaha!


salam shelly..
Hidup itu nikmat..
mati itu hakikat!

♡ Eibu June's ♡ said...

salam nik...
Takziah vat keluarga arwah, moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

nik...
ibujunes nak joint berlonggok dengan geng tingkap boleh ke?...
hehehe...(x malu btuilah ibu nih...)

dhan said...

salam k.nik.. sama ngan saya baru mula baca buku di langit cinta.. xsempat je nk baca..
rasa terawang2 hehehehehe

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam ibu junes..
jomm.. lagi ramai lagi gempak

salam Han..
gerammm je baca novel tuh hehehe

zara said...

Assalamualaikum Nik,
Takziah buat keluarga arwah, moga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah.

Ain Mardhiah said...

salam kak nik..

takziah untuk arwah..

jelesnya tak berkesempatan ikut pesta buku.. T_T