RSS

Thursday, March 12, 2009

Dalam Quran ada Jawa???

Dalam kesibukan mengejar deadline, saya tiba-tiba teringat tarikh hari ini. Dua orang anak buah saya iaitu Najwa Arifah dan Nik Ridhwan menyambut hari lahir mereka. Semalam ulangtahun hari lahir suami, hari ini ulangtahun anak saudara saya. Manakala esok pula ulangtahun hari lahir abang saya.

Najwa Arifah dipanggil kakak oleh mamanya (saya panggil Ipah atau Kak Ipah..kawan dia panggil Wawa..hmm..nama glamor la tuh). Dia merupakan anak saudara yang paling rapat dengan saya (yang lain pun rapat jugak). Rapat kerana mungkin masa kecilnya banyak dihabiskan dengan saya. Dia merupakan anak sulung daripada 5 beradik.

Dia dilahirkan sewaktu saya berada di tingkatan 5. Sewaktu saya menunggu keputusan SPM, saya banyak menghabiskan masa menjaga dia. Kadang kala mamanya meninggalkan dia di rumah ayah dan dia berada dalam jagaan saya. Dia juga lebih rasi dengan saya mungkin sebab rupa saya lebih kurang sama dengan rupa mamanya (kakak kedua saya). Ada juga orang ingat dia adik saya kerana kata mereka rupa parasnya yang sikit lebih kurang macam muka Cukyahnya!

Ipah kehilangan abahnya sewaktu dia berusia 13 tahun. Arwah abahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada hari raya ketiga tahun 1999, empat bulan selepas kematian arwah ibu saya.

Masih saya ingat lagi, waktu itu dia berada di tingkatan satu dan bersekolah di Kota Bharu. Saya yang waktu itu bertugas di sana, secara tidak langsung menjadi penjaganya walaupun dia tinggal di asrama. Bahkan kemasukannya ke sekolah yang terkenal di sana itu juga, saya yang usahakan. Saya melakukannya kerana kesungguhan arwah abahnya yang ingin menyekolahkan anak-anak di sekolah aliran agama dan dia sendiri juga berminat.

Walau bagaimanapun, saya tidak sempat berlama di Kota Bharu kerana dipindahkan semula ke KL. Dia terpaksa saya tinggalkan menjalani kehidupan sendirian di sana. Tapi ternyata dia seorang yang tabah. Dan saya bertambah yakin ujian yang diterimanya, iaitu kehilangan ayah sewaktu usianya baru mencecah 13 tahun itu ada hikmahnya. Ternyata Allah tahu yang dia mampu menghadapinya. Saya selalu meniupkan semangat kepadanya bahawa dia boleh menempah kejayaan. Saya katakan padanya, Nabi juga anak yatim, tetapi lihatlah Allah jadikan baginda seorang Rasul. Usah rasa sedih kerana dirinya menjadi yatim.

Ipah semasa kecilnya agak kelakar. Suka bergaduh dengan saya dan kakak saya, Cikna-nya yang pernah menjaganya sementara mendapat kerja. Kalau bergaduh dia mesti akan menjerit, "Cikna ada kambing, Cikna ada lembu" untuk menunjukkan darjah kemarahannya.

Dia sangat suka menyanyi lagu "Kawan" oleh Ruhil Amani, tetapi yang lucunya setiap kali lagu itu dinyanyikan dalam kereta, dia akan tertidur, tak sempatpun sampai ke bahagian korusnya.

Satu perkara yang cukup menggelikan hati, masa kecil dia sangat marah kalau dikatakan anak orang Jawa (ayahnya berketurunan Jawa. Arwah abahnya bernama Tusiman b. Basiron). Sampai keluar urat merihnya bertekak mengatakan dia anak orang Kelantan (heheh). Yang kelakarnya, pada suatu hari, sedang dia belajar mengaji muqaddam (usianya lima tahun), iaitu ayat ke-16 dalam surah al-Takwir yang berbunyi "aljawa ril kunnas", dia tiba-tiba berhenti. "Eh! Dalam Quran pun ada Jawa yer?". Macam nak pecah perut kami ketawa. Tapi bermula dari situ dia tidak lagi marah kalau dikatakan Jawa.

(Inilah Ipah...dah besarpun!)
Sekarang Ipah sudahpun berada di tahun dua di UIA dalam bidang pentadbiran perniagaan. Doa saya masih sentiasa mengiringinya. Dia masih lagi rapat dengan saya dan sering berkongsi rahsia. Berapa 'balaks' yang dia ada dan juga sebagainya (huhu jangan marah yer?) Katanya sayalah mak selala (makciknya) yang paling sporting. Hmmm??? (Ipah bodek Cukyah ek?? Huh! Sia-sia!!!)

Kepada Ipah.. Selamat Ulangtahun yang ke-23. (Hmmm...dah tua Ipah!) Semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah selalu hendaknya.

9 comments:

ain said...

selamat ulang tahun yg ke 23 utk ipa. comei jee patut le byk balaks.hihi

NIk Fauziah Nik Hussin said...

hehe ain.. kembang la idung dak ifah yang sedia kembang tuh heheh

Anonymous said...

uish...cuyah ni...anugerah tuhan tu...anak selale cuyah jugak kan..huhuhu...seb bek cuyah tak tulis yg hardcore pnye cite...kalo tak..taktaw la nk habaq lagu mana...hua3..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Pah... yang hardcore tu, masuk poket cuyah lar. Klu citerpn banyak yang Ipah dah tak ingat!! hehe.. Satunya...makan jambu batu masak ranum.. mama kata.. brp ekor ulat la Ipah dah telan?? huhuhu...

Anonymous said...

Salam Nik,
Buat Ipah.... Selamat ulang tahun. Tabahkan hati dlm menghadapi dugaan.
Ipah... Ipah... kenapa nak malu jadi anak org jawa... paling tak pun dapat menambah bahasa. Boleh ler tolong translate resepi mak cik yg sampai sekarang tak der oang yg boleh tolong terjemahkan.

Ojo koyo ngono...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Hahaha.. kak zara, dia tak reti cakap Jawa sepatah haram heheh!

Gaya peneroka said...

Saya ada sepupu tusiman bin basirun orang selangor .yang ni orang mana ye..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam..
Arwah mmg asal orang selangor.. Bangan Tuk Khalifah, Lubuk Pusing Sungai Besar kalau tak silap. Adik beradik arwah ada yang namanya Tumiran, Sairin, Jumaah, Maherah dan ada yang duduk di felda Palong (lupa plak apa namanya).

Pengasas said...

Salam Nik,
Mengenai cadangan Nik nak berbual dengan saya pasal kebun anggur tu kita kena bincang dulu. Sebab saya dah tinggalkan aktiviti pokok anggur. Saya mula tumpukan pohon kiwi sekarang ni.
Atau boleh hubungi saya 012-3635658.
Nombor ni tak ada masa saya mengajar Nik di UiTM dulu.