RSS

Friday, March 6, 2009

Pretty Ugly...

Semalam saya keluar untuk menyudahkan tugasan bagi ruangan fesyen. Sebagaimana yang dijanjikan, saya ke rumah Puan Zaiton Alias (Zaiton Alias Collection/ID Perempuan) di Bukit Damansara untuk sessi fotografi.

Telah menanti ketibaan saya, Shafnie dan Fathiyah sebagai model yang akan menggayakan busana Zaiton Alias Collection dan Kay Maria jurusolek merangkap sahabat baik Kak Ton. Alhamdulillah, sesi tersebut berjalan dengan lancar.

Pelbagai busana digayakan oleh kedua-dua residen model Kak Ton. Ternyata kedua-duanya kelihatan cantik menggayakan pakaian yang disediakan. Sewaktu Shafnie menggayakan busana office wear, tak putus-putus mulut Kak Ton memuji penampilan Shafnie. Dengan memakai tudung hitam yang dihiasi batuan Sworski, terserlah wajah Shafnie yang memiliki darah campuran Arab.



"Cantik betul Shafnie...masuk je apa yang dia pakai," kata Kak Ton pada saya.
"Memang kak... alah ingat tak uncle Mike kata.. what ever you wear.. if you're pretty, then you're pretty. If you're ugly, then you're ugly.." Kata-kata saya disambut dengan gelak oleh Kak Ton.

Sebenarnya, saya amat mengingati kata-kata tersebut. Saya mengenali Kak Ton lebih sepuluh tahun yang lalu. Diperkenalkan oleh Datin Melorwati (Kak Melor), adik kepada penyanyi Jay Jay. Kak Ton dan Kak Melor merupakan sahabat baik. Kebetulan waktu itu Kak Ton menggayakan koleksi butik Kak Melor untuk sesi fotografi bagi majalah saya.

Uncle Mike atau nama sebenarnya Mikhail Iskandar Chan Abdullah, ialah suami kepada Kak Ton. Beliau merupakan seorang saudara baru. Saya sempat menemubual Uncle Mike, berkongsi cerita pengIslamannya. Menurut Uncle Mike, dia beroleh hidayah setelah kerap kali mendengar azan yang dilaungkan. Sehingga satu ketika, hampir setiap petang, beliau akan duduk-duduk di hadapan Masjid Jamek di KL sekadar untuk mendengar azan dilaungkan.

Setelah memeluk Islam dan berkahwin dengan Kak Ton, Uncle Mike bersungguh-sungguh mempelajari Islam. Kesungguhan yang ditunjukkan olehnya membuatkan Kak Ton juga turut terpanggil untuk menghayati kehidupan berlandaskan agama.

Teringat cerita Kak Ton, bagaimana dia boleh bertudung. Biarpun tidak pernah dipaksa oleh Uncle Mike, namun beliau selalu menyebut yang bertudung tuntutan agama. Kata Uncle Mike, If you're pretty, you wear tudung you will look pretty. If you're ugly, then you're ugly.

Uncle Mike juga seorang yang sangat menjaga solat. Sekiranya masuk waktu solat, dia akan segera menyuruh sesiapa yang bertandang ke rumahnya untuk bersolat. Begitu juga kalau ada sesi fotografi, dia akan memberitahu isterinya.. Ton, ask them to solat first.

Agak lama sebenarnya saya tidak berjumpa dengan Kak Ton dan Uncle Mike. Selepas mengadakan temubual tentang pengIslamannya pada tahun 2000, kami terputus hubungan. Sehinggalah satu hari pada bulan Februari tahun lepas, saya menghubungi nombor Kak
Ton yang diberi oleh Jamilah Aini, editor Muslimah, untuk bertanyakan tentang sesi fotografi fesyen. Waktu itu saya tidak tahu yang Kak Ton telah membuka butik. Malah nama Zaiton Alias itupun tidak memberi makna pada mulanya. Setelah berbual, masing-masing terasa seolah-olah pernah berjumpa sebelum ini. Apabila saya menyebut bahawa saya pernah menemubual seorang lelaki yang dipanggil Uncle Mike, kami sama-sama ketawa. Kiranya memang kami pernah kenal!

Setelah dibuat temujanji, akhirnya saya dapat bertemu semula dengan Kak Ton dan Uncle Mike. Namun Uncle Mike yang saya jumpa ketika itu sudah pun tidak mengenali saya kerana penyakit Alzheimer dan sudah berkerusi roda. Saya mendapat tahu rupa-rupanya Uncle Mike pernah mendapat stroke. Namun saya diberitahu Kak Ton, biarpun tidak lagi boleh bersolat, Uncle Mike masih lagi tidak lupa waktu solat dan akan menemaninya bersolat. Malah, masih juga menyuruh sesiapa bertandang ke rumah bersolat jika masuk waktu!

Saya juga mengkagumi kesabaran Kak Ton menjaga Uncle Mike. Kak Ton rela membuka butik di rumah dan membawa bersama Uncle Mike ke mana sahaja dia pergi.

Pertemuan saya dengan Uncle Mike hari tu rupa-rupanya pertemuan terakhir kami. Tidak sampai sebulan selepas itu, saya dikejutkan dengan berita yang Uncle Mike telahpun kembali ke rahmatullah. Tambah membuatkan saya terharu, saya diberitahu, arwah Uncle Mike sehingga ke akhir hayatnya masih mengulang ayat yang sama.

"Ton, I'm a staunch Muslim, I'm a good Muslim.. I want to die as a good Muslim"

Alhamdulillah, doanya dimakbulkan Allah biarpun sewaktu di penghujung usianya, ada orang-orang dari gereja yang cuba ingin mengembalikan dia kepada agama asalnya.

Uncle Mike kembali ke rahmatullah dalam usia 75 tahun, setelah mengalami sesak nafas. Sehingga ke akhir hayatnya beliau masih menyatakan yang dia ingin mati sebagai seorang Muslim dan sehingga nyawa di halkum, Allahyarham tidak putus-putus menyebut kalimah syahadah.

Semoga ruh arwah dicucuri rahmat...Al-Fatihah.

14 comments:

ain said...

betul lah kak...klu kita cantik, pakai apa pun tetap cantik. dan bertambah2 cantik bila akhlak pun cantik.

p/s..semoga roh arwah Uncle Mike dirahmati Allah.

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Heheh...
Akak mmg miss ngan Uncle Mike tu.. sebenarnya bukan akak je.. tp wartawan2 yang pernah jmpa dia sumer teringat kat dia. Baik sgt orangnya! Kalah kita yang Islam warisan nih.

Unknown said...

kakchik pernah baca tu pasal kak ton & arwah uncle mike dlm muslimah. rasanya masih ada koleksi tu kat dlm almari.

suka baca kisah mereka terutama ketaatan seorang isteri yg menjaga suami yg tua & uzur. hebat dia!

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Iya kakcik.. mmg terharu dengan pengorbanan kakton. Tapi mcm kakton slalu kata... Kebaikan Uncle Mike dia tak boleh lupa. Tu antara faktor yang mengikat hati dia.
Buat baik balasannya baik kan? Tapi suka dgn lawak uncle mike...
"I want to live together, but I want to die alone..if not then you will still pesturing me! heheh

dhan said...

Untungnya kak ton bersuamikan uncle mike... walaupun mualaf tapi pegangan agamanya sangat kuat.. Moga rohnya dicucuri rahmat hendak-Nya Amin....

K.Nik kalau kita baik memang terpancar kecantikan dimuka.. xyah kita cakap pun org tau.. betulkan...

Anonymous said...

Salam Nik,
Memang benar, seseorang yg cantik itu akan tetap cantik dan bertambah-tambah canti lagi kiranya memiliki budi pekerti dan akhlak yg mulia.

Al-Fatihah buat gemulah Mike. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.

naz ilyn said...

salam...
Alhamdulillah... moga arwah Uncle Mike di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...Amin.

p/s: Shafnie memang seorang yang cantik ditambah lagi dengan tahi lalat di bawah bibir.

Anonymous said...

Salam kak zara..
Cantik di dalam akan terserlah di luar.

Hi Naz...
Shafnie mmg cantik orangnya.. Akak yang duk tgk dia waktu sesi fotografi tu pn terpegun2 tengok dia posing. Tambah pulak ramah dan down to earth orgnya.

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam Nik,
Betul tu, solat mesti dilakukan dalam apa jua keadaan yg tidak uzur. Kalau tak solat, bukan sahaja dimarahi Allah, tapi juga rezeki tidak berkat. Bila rezeki tidak berkat, rumahtangga pun tak bahagia.
Jaminan dari Allah, sesiapa yang menutup aurat akan mendapat kecantikan luaran dan dalaman diri.
Kecantikan dalaman diri membawa bahagia dunia akhirat.
Sorry, jadi lecture pulak?

Anonymous said...

Alhamdulillah.. dapat jugak tambah ilmu lagi Dr.. walaupun dah tak berkesempatan nak masuk dewan kuliah..

TRILLION M&E ENGINEERING SDN BHD said...

is it haziq in that picture..??

Anonymous said...

salam
sy suka kan koleksi kak ton
oh,kak ton ni rupanya iseri uncle mike
sy pernah terbaca cerita uncle mike dlm anis
sy amat kagum dgn kak ton

Anonymous said...

salam..kat mane butik id ni??

Cikgu Ma said...

salam ukhuwah Nik
al fatihah untuk allahyarham uncle mike
terharunya dengan pengorbanan seorang isteri. Besarnya pengorbanan Kak Ton.saya dulu ada terbaca juga kisah ini di majalah.rasanya di Anis dan Muslimah.maaf kalu tersalah.maklumlah majalah nya dah hilang masa banjir dulu..
p/s; salam ramadhan dan aidilfitri untuk sis.terjumpa blog sis ...