Saya selalu merasakan yang saya bukanlah pendengar yang baik. Dalam erti kata lain, saya lebih suka bercerita, meluahkan masalah atau berkongsi pendapat dengan orang lain. Amat jarang rasanya menjadi pendengar kepada masalah orang lain…tapi mungkin juga waktu itu orang lain juga merasakan saya tidak begitu layak untuk dikongsi masalah kerana faktor usia. Tambahan pula di persekitaran kerja saya waktu itu, ada yang lebih berusia daripada saya dan beliau sering dijadikan tempat rujukan.
Memang saya sendiri mengkagumi Kak Ana, kerana dia selalu menjadi pendengar setia kepada sesiapa yang bermasalah. Malah setiap pagi sebelum memulakan kerja, pasti sudah ada yang tercangak di dalam biliknya meluahkan pelbagai cerita; tak kira meluahkan masalah, rasa sedih, berkongsi kegembiraan bahkan ada juga sekadar berborak-borak di pagi hari!
Teringat lagi kata-kata Kak Ana, agaknya kalau Kak Ana kenakan bayaran untuk sesi kaunseling, dah kaya agaknya! Heheh..! Malah katanya mungkin kalau ingin menyambung pengajian ke peringkat master, dia akan menyambung di bidang tersebut.
Seiring masa berlalu, usia saya juga semakin meningkat. Dan saya juga tidak menyangka yang saya akhirnya juga menjadi tempat untuk orang-orang bermasalah meluahkan rasa mereka! (Perkara ini membuatkan saya teringat kepada Kak Ana! Hehehe…)
Rupa-rupanya apabila usia kita meningkat, sifat keprihatinan kita juga semakin bertambah. Kematangan juga bertambah membuatkan kita lebih bersifat empati. Lalu saya juga menjadi seorang pendengar yang baik, walaupun kadang kala saya tidak mampu memberikan solusi kepada permasalahan yang dialami oleh mereka yang mencurahkan masalah.
Tapi saya percaya, ada masalah sebenarnya yang tidak perlu diselesaikan. Cukup sekadar meluahkan sahaja sudah mampu meringankan beban yang ditanggung. Dengan meluahkan sahaja sudah terasa lapang dada yang ketat sebelum ini.
Saya bersyukur kerana dalam mendengar masalah yang diluahkan, membuatkan saya sedar yang saya tidak diuji dengan perkara yang bukan-bukan dan mencabar keimanan saya. Andai kata saya diuji dengan masalah sedemikian belum tentu saya mampu menanggungnya seperti mereka yang melaluinya.
Kesedaran itu membuatkan saya bersyukur bahawa inilah nikmat yang Allah berikan pada saya kerana tidak mengalami masalah sedemikian. Masalah saya cuma bersifat luaran yang kadang kala terbit daripada sifat semula jadi manusia yang sentiasa berkeluh kesah. Pada hal lupa, bahawa banyak lagi perkara lain yang lebih penting.
Benarlah sebagaimana yang biasa kita dengar, usah bandingkan diri kita dengan mereka yang lebih senang, lebih mewah, lebih bahagia atau segala-galanya lebih. Kelak kamu tidak akan tahu bersyukur. Tetapi bandingkanlah dengan mereka yang lebih kurang daripada kita, kerana kita akan berasa betapa mujurnya kita tidak diuji sebagaimana mereka. Sesungguhnya bak kata bekas pensyarah saya a.k.a ayahanda pengasas, Allah terlalu pemurah dengan kita. Dia memberi lebih daripada apa yang kita minta.!
Kepada mereka yang telah sudi berkongsi masalah dengan saya, terima kasih saya ucapkan kerana memberi kepercayaan terhadap saya. Semoga perkongsian tersebut dapat melegakan rasa sesak yang ditanggung selama ini.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
4 days ago
13 comments:
salam kaknik,
betui tu kaknik, kekdg saya pun cari tempat utk curahkan masalah, tp tak minta org selesaikan pun setakat utk meringankan beban di jiwa jer.. selalunya prefer meluah pada yg lebih tua/berpengalaman.. sbb org yg berpengalaman ni dia tak terus kelam kabut nak cari sollution.. & yg berpengalaman ni lebih cool & kalo yg sebaya lebih kpd nak tunjuk yg dia pandey benor dr kita... hehehhh...
Salam kak nik..
Memang dah lumrah kot kan kak nik..?
Saya pun suka meluahkan rasa kat kawan2, bukan nak suruh selesaikan masalah pun...tp lega la skit lepas dah luahan rasa dilakukan. Tambahan saya dah takde mak tempat mengadu domba..hehe..
Terima kasih bebanyak kak nik, dok pos kat saya majalah muslimah lagi..segan plak saya... nak charge kat saya pun takpe...
faktor usia dan pengalaman selalunya menjadi ukuran untuk seseorang meluahkan rasa. ditambah lagi jika tempat rujukan itu mempamerkan sikap yg sgt prihatin dan tekun mendengar. apatah lagi jika penampilan orang yg dirujuk itu penampilan muslimah. sesuai sgt le utk jadi kaunselor. tul tak kak nik???
salam kak nik.. betul tu, kadang2 meluahkan masalah, bukan untuk diselesaikan.. sekadar melepaskan beban di hati...
saya sendiri selalu ceritakan masalah kepada teman rapat, kadang2 rasa tak sabar tunggu pagi sebab nak bercerita kepada dia... :)
(walaupun saya masih muda remaja, perasan! :P), ada juga pelajar2 yang suka menceritakan masalah kepada saya... dan kadang2 minta saya menyelesaikan masalah mereka.. aduh.. susah juga tu. tinggi benar kepercayaan yang diberi...
Salam Nik,
Hmm...orang yang nak menuju senja ni mmg selayaknya dibuat tempat rujukan, heheheh...kekdg wpun bukan dari pengalaman sendiri...dari pengamatan dan masalah orang lain, bolehlah memberi pendapat. Akak pulak wpun single ni...mmg jadi tempat kgkwn mencurah perasaan ttg masalah perkahwinan depa. Bila depa dtg dgn masalah, tak kan ler kita nak suruh depa bercerai...bila suruh bersabar...kawan akak cakap dia dah boring dengan words tu...mana2 pi org suruh sabar...hahaha..mmg tak de tauliah jadi penasihat.
betul tu kak...kdg2 dgn skdr mendengar masalah org, leh jd iktibar tuk diri kita gak...consult them consult us too :)
salam yong n bai..
Akak pun sama jgk.. tapi bila dah tua2 ni dah jarang meluahkan masalah.. ye lah maybe dah stabil kot perasaannya hahahah!
Salam Nik,
Jadi pendengar yang baik lagi ikhlas dapat banyak pahala. Selain itu, umur kita juga berkat. Itulah doa orang-orang soleh.
salam
ain..mungkin lar agaknya.. Tapi terpulang lar pada individu. yang penting ada rasa percaya dan selesa kan?
sya..
akak pun tak reti gak nak selesaikan masalah orang tp akak rasa bila kita mendengar dengan sendirinya kita sudah memberi bantuan kan?
kak mawar..
heheh senja dah kita kan hahahah! iyalah kak..apa yang boleh kita kata selain bersabar. apapun mmg itu lah makna sabar pun... bertahan.
Cuma yang selalu nik bgtau..cuba senaraikan pro dan kontra sesuatu tindakan yg akan dibuat... dan walau apapun kena rujuk kat yang maha Pencipta. Kalau kita rasa tak mampu nak selesaikan masalah berdoalah agar Dia yang menyelesaikannya kerana Dia yang memberi kita ujian, kita pulangkan semula agar Dia yang menyelesaikan kerana Dia yang Bijaksana.
salam nuar..
Betol apa yang nuar cakap. Kdg tu bila dengar masalah orang, banyak perkara yg membuatkan kita berfikir dan akhirnya terlafaz rasa syukur yang tidak terhingga kepada-Nya.
salam dr..
mudah-mudahan ada ganjaran daripada-Nya!
salam kak nik...
hehe.. ida dh sampai KL dah. syoknya balik kampung kak!
Keep smiling, keep shining
Knowing you can always count on me, for sure
That's what friends are for
For good times and bad times
Post a Comment