Salam sejahtera diucapkan kepada semua. Hmm! Agak lama saya tidak mengemaskini blog.. Agak sibuk kebelakangan ini disebabkan deadline majalah. Apapun alhamdulillah, saya dapat kembali mencoret sesuatu di sini.
Baru-baru ini saya sempat bertemu dengan seorang motivator yang semakin mendapat tempat di stesen tv tanah air, Ustazah Asni Abu Mansor al-Hafizah. Temubual tersebut untuk dimuatkan dalam ruangan Citra Wajah.
Banyak juga perkara yang sempat kami bualkan. Alkisah, rupa-rupanya abang ustazah senior saya masa bersekolah. Hmm.. kecilnya dunia kan?
Namun dalam berbual itu, ada perkara yang menarik perhatian saya. Sesuatu mengenai rezeki. Katanya, beliau dan suami (yang juga merupakan ustaz al-Hafiz) berpegang kepada prinsip mencipta kerja dan bukannya mencari kerja. Mereka lebih suka bekerja sendiri biarpun terpaksa berhempas pulas. Bahkan beliau percaya untuk menjadi orang yang hebat, kita perlu bekerja sendiri.
Meminjam kata-kata beliau, “kami ibarat patah sayap bertongkat paruh”. Apa sahaja sanggup dilakukan asalkan halal. Mereka bukan sahaja mengajar al-Quran, malah suaminya yang memang pandai memasak, pernah berniaga nasi lemak untuk menyara keluarga. Sehinggalah kini mereka berjaya menubuhkan pusat pengajian a-Quran dan motivasi al-Quran yang bertujuan untuk membudayakan al-Quran dalam kehidupan masyarakat.
Hikmah di sebalik usaha tersebut ialah keberkatan yang dirasai apabila beriktikad bahawa rezeki itu kurniaan Allah dan bukannya daripada gaji yang diterima. Malah keyakinan yang jitu dapat dipupuk bahawa Allah akan mengurniakan rezeki-Nya tanpa hisab andainya kita bertakwa kepada-Nya.
Apabila kita bercakap mengenai rezeki, berapa ramai di antara kita yang benar-benar berkeyakinan bahawa rezeki itu datangnya dari Allah dan bukannya kerana kita ada kerjaya. Atau rezeki kita datangnya daripada manusia yang bernama majikan, kerajaan dan sebagainya? Berapa ramai di antara kita yang sedar bahawa kerja itu cuma asbab kepada turunnya rezeki? Malah jika disebut rezeki, mengapa kita hanya nampak rezeki tersebut dalam bentuk wang sahaja?
Kita sering terlupa bahawa kesihatan, kebahagiaan rumah tangga, anak yang soleh, jiran yang baik, kehidupan yang aman serta keberkatan yang dirasai itu juga adalah rezeki yang tiada nilainya. Benar… wang dan harta adalah alat yang sangat kita perlukan. Tapi jangan sampai ia menjadi matlamat dalam kehidupan. Jangan kita menjadi alat kepada harta benda. Kita perlukan kebendaan tetapi kita mesti menolak fahaman kebendaan!
Sekadar iktibar; suatu hari Nabi Sulaiman terlihat seekor semut melata di atas batu, lantas baginda merasa hairan bagaimana semut ini hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.
Lalu baginda bertanya kepada semut, “Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu”.
Semut pun menjawab, “Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku”.
Lalu bertanya lagi baginda kepada semut, “Wahai semut, apakah yang engkau gemar makan dan berapa banyakkah engkau makan dalam sebulan?”
Jawab semut “Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan”.
Nabi Sulaiman pun mencadangkan: “Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong”.
Baginda mengambil satu bekas, lalu diangkatnya semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas, kemudian dibubuh sebiji gandum dan ditutup bekas itu. Semut itu ditinggalkan selama sebulan.
Genap bulan, Nabi Sulaiman melihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Sulaiman menempelak semut, “Kamu rupanya berbohong pada aku! Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah”.
Jawab semut, “Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu, aku pasti makan apa pun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa”.
Demikianlah iman seekor semut, bagaimana dengan iman kita yang bergelar manusia?
Sesungguhnya kehidupan ini, bak teka-teki Iman al-Ghazali, amat singkat kerana kematian itu adalah perkara yang paling dekat dengan kita. Kita lahir dengan iringan azan dan iqamah. Dan di akhir kehidupan sebelum dikebumikan, kita akan disembahyangkan. Berapa lamakah jarak antara azan, iqamah dan solat? Sangat pendek. Begitulah kehidupan kita. Amat singkat sebenarnya!
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
17 comments:
Kita perlukan kebendaan tetapi kita mesti menolak fahaman kebendaan
setuju dgn akak. rezeki dpt idup gembira ngan keluarga, rezeki dpt kesihatan yg baek pun etc. sebenarnya rezeki gak kan...selalu kita pndg duit jer lah sumber rezeki kita, pdhal Tuhan kasi nikmat rezeki yg laen...huhu...maceh kak kongsi entry pagi jumaat nih...motivasi sgt...takot pn ada
Salam Nuar
Mmg kita ni namapun manusia..sering lalai dan lupa..
Dan kita jugak selalu lupa yang nikmat dan rezeki yang tiada taranya ialah kita dilahirkan sebagai seorang Islam..apa lagi nikmat dan rezeki yang lebih baik daripada IMAN?
salam nik....
terkesan dengan setiap n3 yang nik paparkan....
time kaseh atas n3 yang bagus2 sumenyaaaa....
masa sahaja yang membataskan segala2nya...maaf kerana sudah lama kita tidak berkesempatan tuk bersembang lama2 (T_T)...
salam buat family...moga kita sentiasa mendapat nikmat rezki yang melimpah ruah dan sentiasa bersyukur denganNya...
cayang cokmo2....
Bergantung sepenuhnya kepada Allah s.w.t.
Diiringi doa, usaha dan tawakkal yang berterusan.
Entri yang sangat menarik.
Salams Nik...
Memang kita selalu lupa bahawa rezeki itu daripada Allah.Terima kasih kerana mengingatkan . Terima kasih kerana jadi kawan saya yang hadir dengan nur keinsafan untuk saya. Saya bersyukur kerana menemukan kita.
rezeki sememangnya ketentuan Allah. kalau bukan rezeki kita, nasi yg nak disuap tu pun boleh jatuh. tp kalau dh rezeki kita... jauh mcmn pun.. dpt juga akhirnya...
Rezeki yang halal pasti membawa keberkatan hidup. tapi kita sebagai manusia mesti sentiasa berusaha.... dan bertawakkal...
salam kakNik,
masa kakyong buat keputusan nak dok rumah fulltime.. ramai yg tak setuju, terutama MIL sbb dia takut cucu dia tak cukup makan & tak dpt mcm anak org lain dpt... tp saya nekad jer, tutup bsness.. dok rumah & buat kerja dr rumah.. *alah buat a/c, yg pntg ade actg s/ware, & printer*
tp bila dah bz sgt dok buat a/c kat rumah, rumah jd cam tongkang karam.. *sbb selalu takdan nak kemas, dok tangguh2 jer*.. so kualiti dgn anak2 rasa mcm takde.. saya stress..
la ni saya stop buat a/c.. & everything seems in-ctrl.. hati pun lapang, anak2 pun ok, boleh plan masa/sch utk anak2 h/school... so saya rasa, rezeki ni lebih baik drp rezeki $$$$ (utk masa ni lah, sbb anak2 kecik & saya takde pembantu..)..
saya rasa kalo saya terus dgn bsness, mungkin masa dgn anak2 kurang & stress akan buat saya jd ibu yg tak produktif & tak berkesan.. & the effect will goes on.. so saya tak nyesal amik kptsn jadi SAHM, sbb itulah usaha terbaik utk masa ini... :D Alhamdulillah.
Salam...
Menarik membacanya... Terima kasih di atas perkongsian
Salam kak nik,
Thanks for sharing kak nik. Suka baca setiap tulisan kak nik.
Sememangnya kita harus bersyukur dengan setiap pemberian nikmat dan rezeki dari Allah swt.
"Sejauh Mana Keyakinan Kita?"
.....TAQWA.....
Yakin dan percaya pada 1, 6, 5 !
artikel yang menarik..insafnya...
betul kak nik...
sebenarnya, setiap kesenangan, kebahagiaan, kesihatan, dan apa2 sahaja kebaikan yang kita terima adalah rezeki dari Allah s.w.t...
dan, pada saya ujian juga adalah satu rezeki. kerana, dari ujian, keimanan kita insyaAllah semakin bertambah... :)
Setiap ujian ada hikmah-hikmah kebaikan dari Allah SWT. Malah, ujian daripada Allah S.W.T ini meliputi seluruh hambaNya yang taat mahupun yang derhaka. Ujian bagi hamba-hambaNya yang taat adalah lebih hebat.
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hambaNya.
Salam Antie
Entri yg menarik. Membuatkn sya rasa insaf. sayu dan sebak usah dikata. Memang mati itu paling hmpir dgn kita. Buatlah amal sebanyak2nya...
Ya Allah, syahdunya di mlm yg sepi2 begini bila baca entri ni!
me insaf dgn kelemahan n kekurangan diri me yg inih.. salamms dr me dikejauhannns
salam
ibu junes..
Yang baik itu daripada Allah jua. gembira dapat berkongsi ilmu
Ayu,
Doa usaha tawakal redha.. insya-Allah bahagian kita ttp ada.
Liza..silaturrahim juga adalah rezeki kurniaan-Nya.. semoga kita mendpt keredhaan dari-Nya.
Ida..
Usaha mmg wajib sebagai asbab turunnya rezeki.. semoga kita redha dengan ketentuan-Nya
Salam
Kak yong
Duduk di rumah menjaga anak juga satu rezeki yang bukan semua orang dpt... menjadi suri rumah juga sebenarnya lumayan kerana tidak perlu terkejar2 membantu kelangsungan ekonomi rumah tangga!
Julie..
Sekadar menjadi 'jambatan' untuk berkongsi ilmu.. terima kasih atas kunjungan ke blog akak!
Has...
alhamdulillah sekiranya apa yang dicoretkan mampu memberikan manfaat. Benar... sangat banyak Allah memberi, tp begitu sedikit kita bersyukur!
Sya... setiap apa yang ada dianggota badan kita adalah nikmat dan rezeki dr-Nya.. Ujian andai dilalui dengan penuh redha maka akan dinaikkan darjat kita!
Aja..
Tahap iman kita masih lagi sekadar ainul yakin.. belum sampai haqqul yakin.. semoga keimanan kita akan terus pasang!
Kak zara..
"Jangan kamu kata kamu beriman sehingga kamu diuji" pasti ada hikmah di sebalik ujian. Cuma doa kita agar jangan diuji apa yang tak mampu kita lalui atau kita dibebani dengan apa yang tak mampu kita tanggung!
Salbie..
Sememangnya kita tertipu kerana merasakan kita akan hidup seribu tahun! Tanpa kita sedar.. sejak lahir maka kita meniti hari2 kematian, semakin hari semakin pendek usia kita.
Salam me..
terima kasih berkunjung.. setiap yang bernama manusia itu lemah dan lalai sifatnya..maka ingat mengingati itu seharus menjadi tanggungjawab kita bersama
Salam Nik,
Kebanyakan rezeki yang Allah berikan melebehi dari apa yang sempat kita mohon. Kita memohon hanya sedikit, tapi Allah berikan lebih banyak.
Post a Comment