Ingat lima perkara sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin
Muda sebelum tua, lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati…
Alunan lagu kumpulan Raihan yang diambil daripada hadis soheh ini memang sangat relevan dengan kehidupan kita yang bergelar manusia ini.
Setelah sekian lama tidak diserang penyakit asthma, tiba-tiba semalam saya mendapatnya semula. Sudah bertahun lamanya setelah saya mengambil ubat homeopati, saya pulih. Namun begitu, sihat atau sakit itu milik Allah jua. Kesihatan yang dipinjamkan-Nya, bila-bila masa boleh diambil kembali. Begitu juga nyawa, yang umpama pelita, bila-bila masa akan habis minyaknya dan akan terpadam jua.
Sesungguhnya, kesyukuran sewajibnya kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi bertuah, hidup di bumi yang aman dan sejahtera ini. Kesakitan yang dirasai ini masih mampu kita mencari penawarnya. Alhamdulillah.
Teringat sewaktu saya berpeluang menemubual Ustaz Abdul Ghani Kasuba dan Ustaz Abu Shauqi, dari Indonesia yang terlibat secara langsung dalam peristiwa kekecohan di Ambon Maluku.
Kebetulan kedatangan mereka pada tahun 2000 dalam misi untuk mendapatkan bantuan daripada umat Islam di Nusantara dan juga sebagai memberi penerangan terhadap apa yang berlaku di Ambon (peristiwa berdarah di mana orang Islam di Ambon telah diserang dan dibunuh oleh orang Kristian sehari selepas hari Krismas).
Kita di sini hanya diuji dengan kesakitan dan sedikit kesusahan. Namun kita masih mampu untuk mencari rezeki, beribadat tanpa gangguan dan juga bebas bersama kaum keluarga.
Teringat kata-kata Ustaz Abu Shauqi, rupanya cara Islam itu akan kembali kepada penduduk Ambon ialah menerusi tragedi tersebut. Biarpun sakit, namun ternyata ada hikmah yang lebih besar lagi. Semua kembali kepada ajaran Islam, setelah tragedi yang menyayat hati itu berlaku. Tak perlu lagi para ustaz berdakwah bermati-matian.
Namun tidak sedikit getir yang perlu dilalui. Bayangkan mereka diperhambat umpama binatang buruan. Kalau sebelah malamnya mereka tolong berjaga kerana ‘sahabat’ mereka menyambut pesta ‘kelahiran anak Tuhan’, esoknya mereka menjadi mangsa umpama nyawa mereka tiada harga.
Dalam keadaan tidak bersedia lahir dan batin, mereka terpaksa melarikan diri demi keselamatan dan untuk menyusun strategi melawan. Ternyata mereka masih diberi ruang untuk menginsafi segala kekhilafan yang telah dilakukan. Juga dikurniakan bantuan yang tidak pernah terfikirkan dek akal.
Lantas saya yang mendengar cerita daripada mereka berdua, turut terpaku. Betapa tidak kata Ustaz Abdul Ghani, andai perang masih berlarutan, insya-Allah orang Islam Ambon akan bisa mencipta bom nuklear. Begitu cepat berkembangnya teknologi, walhal sewaktu melarikan diri mereka hanya berbekalkan parang dan buluh runcing, untuk pertahanan diri.
Siapa sangka kuasa Allah menurunkan bantuan, peralatan perang yang telah lama terbenam di laut, boleh mereka jumpai dan digunakan dalam perang melawan puak kuffar. Ajaib? Memang keajaiban itu milik Allah dan dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Itu belum lagi cerita mereka, puak kuffar yang akhirnya bertindak menyerah diri kerana mereka seolah-olah dikejar oleh orang yang bertakbir! Walhal, tiada seorang pun orang Islam yang mengejar mereka.
Sempat saya bertanya mereka, tak takutkan ustaz untuk syahid? Jawapan mereka.. memang takut sebelum pergi. Tapi di peluru itu sudah tertulis nama siapa yang akan gugur. Seperti kisah tiga sahabat yang ikut berperang.. ternyata peluru itu milik rakan yang di tengah. Menangis dua rakan yang tidak terpilih menjadi tamu Allah.
Justeru, apalah sangat sedikit kesakitan yang dirasai, kerana ramai lagi saudara kita yang terhimpit dengan kepedihan yang tak mampu diungkapkan dengan bahasa dan kata-kata. Semoga ia menjadi penawar bagi setiap kesakitan yang dirasai
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
12 comments:
dan kita selalunya hanya teringat bila sudah dtg yg lima itu.
p/s..semoka kak nik cepat sembuh. jgn mandi mlm lg tau!
sham tersentuh sangat artikel ini, sesekali kt perlu menoloeh kebelakangan agar 'ibrah dan iktibar itu terus segar.. semoga dgn kesakitan itu kak nik, gugurlah dosa-dosa kecil akak, smg cept sembuh =)
salam nik
darling ko kena asma ke? Harap2 semua okay..nak baik dari asma kena makan daging untalah..ha.ha
Apa2 pun semuanya perancangan ALLAH dan terima kasih pada ALLAH yang menurunkan rasa sakit kepada kita kerana itu tanda kasih ALLAH kepada kitakan..
salam ain..
mmg dasar manusia.. dah terhantuk baru terngadah heheh
sham.. t.kasih mendoakan kebaikan untuk akak..
kakyati laling..
Allah nak ingatkan agaknya jgn seronok sgt..
nampaknya kena kirim ngan sapa2 gi umrah nih..
(dulu makan hati unta je...)
Assalamualaikum Nik,
Nikmat merupakan satu anugerah daripada Allah S.W.T. Jika salah satu anggota merasakan kesakitan, anggota lain juga akan mengadu kesakitan. Kesakitan adalah guru terbaik dalam kehidupan. Kesakitan mengajar kita betapa pentingnya satu kehidupan itu.
Maaf, akak tak ada tips penawar athma. Mana tau kalau ada terjumpa di mana2, akak akan beritahu Nik.
memang kan..apalah sangat ujian buat kita pada hari ini...
insafnya,
syukur kerana masih ada lagi orang yang lebih teruk ujian dan dugaan yang perlu dihadapi..
alhamdulillah
salam nik...
moga cepat sembuh...
jangan mandi lewat lagi...
sentiasa ada bekalan ubat walaupun dah lama asma x menyerang...
skema sungguhlah ayat ibu diatas...
cuma nak bagi peringatan....hehehe
sebab ibu cayang nikkkk(~_~)muahhhh..
akak.... ida pun ada athma tapi tak kuat.. bila dtg batuk ni.. datanglah athma ni.... tp betullah apa kata akak tu.. yg kita alami ni.. sikit aje.. ada yg lebih teruk... ALHAMDULILLAH....
kak nik... semuga cepat sembuh. Take care!
Salam nik,
Tersentuh hati ini bila baca n3 nik ni. Apa-apapun harap nik cepat sembuh...
salam kaknik,
dah sihat harap nyer.. dah masak ke ikan puyu kering nyer...:D
salam..
kak zara...t.kasih kerana slalu prihatin. Slalu cuba bg tips untuk nik tq kak.. cayang akak
aja, idasm..
yerlar sakit kita ni tak seberapa berbanding kesakitan yang dialami saudara2 kita di Gaza, Afghanistan dan negara2 bergolak kan?
ibu
tq3...sayang ibu jgk..
has n kak mimie.. tq doakan kesihatan nik..
yong... blom lagi.. cadang hujung minggu ni..masak apa tatau lagi.!
Post a Comment