Di antara anak-anak dara saya, Nurul Huda, Nuruliman Aufa dan Nurul Ieffah, si adik Efa agak tidak begitu pandai berkawan. Tapi yang pelik, dia boleh berkawan dengan orang yang lebih tua.
Sebab itulah setelah hampir tiga bulan bersekolah, kawan-kawan sebayanya adalah dalam tiga empat orang. Itupun sangat memilih. Setiap hari kalau ke sekolah, mesti menangis dulu di hadapan pagar sekolah, walaupun dalam kereta boleh bergelak ketawa dengan saya dan abahnya. Katanya, apapun dia tetap mahu menangis dulu. Mujurlah cikgu-cikgunya penyabar. Kalau saya yang jadi gurunya.. ada yang kena sentet! Hehehe (itu sebab agaknya saya tak layak jadi cikgu walaupun saya pernah dapat tawaran KPLI sewaktu anak sorang dulu. Tak terbuka hati walaupun saya lulus ujian bertulis dan ujian lisan di UIA).
Setiap malam sebelum tidur, Efa mesti cakap, “umi esok adik tak nak sekolah. Letihlah. Asyik sekolah saja. Bila nak cuti lama-lama. Kat sekolah budak-budak ramai, bising! Adik tak suka. Asyik belajar ABC je.”
Alahai anak, nama pun sekolah! Mana ada sekolah yang tak ramai budak. Memanglah peringkat umur 4 tahun banyak bermain daripada belajar. Tapi yang dia pula sangat excited untuk belajar. Cuma cikgunya beritahu saya, Efa cukup suka mengaji. Hari-hari minta nak mengaji dengan cikgunya. Kata cikgunya lagi, Efa tidak begitu berkawan dengan budak-budak sebayanya. Hmmm.. pening juga dibuatnya.
Tapi apabila saya dan abahnya usik untuk berhentikan dia, menangis bagai nak rak pula. Cuma saya perhatikan, dia agak cepat menghafal doa-doa dan ayat-ayat lazim yang diajar di sekolah.
Selalu juga Efa mengadu, katanya dia tak ada kawan. Dia ada menyebut beberapa nama kawannya; Ain, Aishah, Farah dan Ain Maisarah. Dia memberitahu, Ain nak berkawan dengan dia tapi dia tak mahu. Apabila ditanya mengapa katanya, “Ain gedik!”
Allah, Allah macam-macam si Efa ni!
Semalam sewaktu dalam perjalanan balik ke rumah selepas dia dan abahnya mengambil saya dari pejabat, Efa bercerita kepada saya. Katanya Ain nak kawan dengan dia, tapi dia tak mahu. Saya katakan pada dia, mana boleh macam tu, tak baik nanti Allah marah.
Tapi jawapannya membuatkan saya dan abahnya terkedu dan kemudiannya ketawa.
“Adik tak nak kawan dia sebab dia tak soleh!”
Aduhai anak! Apalah ukuran yang digunakan untuk mengatakan soleh atau tidak seseorang.
Kenapa pulak tak soleh, tanya saya.
“Iyerlah.. dia tak soleh sebab suka buka tudung kat sekolah! Cikgu kata budak perempuan jangan buka tudung. Cikgu kata kalau sapa tak soleh nanti cikgu rotan!”
Sambil bergurau saya katakan pada dia, “adik selalu tak pakai tudung kalau keluar bermain atau berjalan, tu tak soleh lah yer?”
Sambil menjerit marah, dia menjawab.. “Adik kecil lagi.. nanti dah besar adik pakailah tudung!”
Aduh, aduh! Agaknya dia pun tak sedar yang kawannya itu juga kecil dan sebaya dengan dia! Macam-macam lah si Efa ni...
Pendidikan Melangkaui Peperiksaan
3 hours ago
13 comments:
pandainya Efa.kecik2 dah tau psl baiknya bertudung ni ekh. pandai akak didik anak2 ye. bagus la kak, klu dia tau kewajipan tuutp aurat ni. sng bila besar nanti.
Salam nik, hehehe ini baru sikit kerenah anak2.i jd guru tahun 1,1991.kemudian sampai sekarang duk tahun 3456.Then tahun 2006, i disurh ajar tahun 1 balik...tensen.dah la projek kebangsaan KIA2m baru nak mula,penat.lps tu i give up handle tahun 1. Bosspun x nak bg,sebab i bg pilihan kat dia, nak i duk tahun 1 atau tahun 6 upsr? i serik 2006 kena duduk dua2....x aci la.Bgtahu efa kalau malas g sekolah, aunty x nak bg game best2 lagi.nanti aunty g kl aunty bg program pandai membaca...efa mesti nak jd lebih bijakkan ?????so, be a good girl.
Salam
Kadangkala cikgu mengajar pun kena ada pendekatan supaya anak-anak tidak terkeliru. Tetapi silapnya sistem pendidikan kita tidak holistik, mengajar sesuatu tapi tidak diterang sepenuhnya. Kanak2 potensinya pun berlainan tapi tadika kita mengajar semua kanak2 dgn cara yang sama...
Dan sebagai emak sebenarnya walaupun sudah menghantar anak ke sekolah, tetapi peranan kita masih besarkan..kasihan Effa, kasihan Ain..kerana kedua2 sudah kelirukan..he.he..
hmm..bagusnye Efa...sejuk perut ibu dia..sejuk lagi hati nya...
semoga jadi anak solehah
Salam
Ain.. setakat cuba yang termampu.
Liza..
budak2 mmg mcm2 kerenahnya, tp kalau mmg minat liza di bidang pendidikan pasti itu semua bukan halangan kan!
Kak Yati..
Dah sihat yer (alive and kicking..heheh). Itu sesama diorang.. Blom lagi yang kat rumah dibawa keluar atau yang luar dibawa ke rumah.. pening kita. Kadang2 anak-anak pun confius bila nilai yang kita berikan di rumah berlainan daripada di luar. Ibarat radio... kena adjust tuning dia selalu!
aJa..
mmg doa tak putus semoga anak-anak menjadi anak yang solehah...mmg bukan senang sbb kita tak mampu nak ikut ke mana dia saja dia pergi! Doa saja mengiringi setiap langkah anak.
hahaha...i like this kind of entry! :D
salam kaknik,
brp umur ain.. wah pandai nyer dia...
kaknik, jemput ke blog amik hadiah hari ibu
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/makbonda-ku.html
kak nik.. ida seronok membaca kesah akak n anak2 akak... walau mcm2 karenah diorang.. tp hakikatnya diorang lah penghibur hati kita kan... pengubat jiwa duka kita...
mcm kata kak yati.. kesiah diorang keliru... hehe... nak buat mcmn...
salam yong..
dua-dua empat tahun..
ida,
mmg betol,kerenah anak2 mmg hiburan bagi kita... dan mereka amanah Allah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Berat dan besar tanggungjawab mentarbiyah mereka.
Salam Yah.
Alhamdulillah anak-anak ni kalau faham (walaupun masih belum sepenuhnya...)...anak Yah tu bunyinya macam finy anak kak Yati juga,..tak ramai kawan dan asyik tanya bila nak cuti saja. Finy tak ramai kawan sebab cakapnya terlalu 'straight forward' tak kira walaupun kenyataan itu pahit atau manis...
Bila dinasihati,katanya "salahkah Finy cakap perkara yang benar, kalau Finy cakap baik benda tak baik tu kan namanya menipu?"..
Anyway, kirim salam kat Efa..pesan makcik Yati nasihatkan Efa kena rajin pergi sekolah kalau maahu jadi anak soleh/solehah.
salam kak nik...
bagus anak akak, kecik2 dah pandai.. :)
semoga dengan kepandaian si kecil, dapat membuka mata yang lain... :)
saya dapat blog kak nik dari kak yong... :)
Post a Comment