Sempena hari ibu yang akan disambut pada 10 Mei nanti, semua sahabat blog pasti mendedikasi sesuatu buat ibu masing-masing.
Sebenarnya sepanjang hayat arwah mak, seingat saya, tidak pernah saya ucapkan selamat hari ibu kepada mak. Mungkin sebab saya tidak meraikan satu hari yang khusus untuk mak saya dan ia bukan budaya kami sekeluarga. Bagi saya, mak tetap istimewa setiap hari dan sentiasa teratas di hati saya.
Tapi setelah mak tak ada, saya terasa satu kerugian yang besar kerana tidak pernah melafazkan ucapan selamat hari ibu untuk mak. Apatah lagi sudah tiga tahun berturut-turut saya menerima hadiah istimewa daripada anak kedua saya Iman. Sejak di tahun satu dia membuatkan kad hari ibu untuk saya.
Iman anak saya yang agak nakal, brutal dan lasak.. tapi rupa-rupanya dia seorang yang sangat sensitif. Tahun lepas dia memberikan saya satu teddy bear kecil yang diperolehi sewaktu bermain di pusat permainan di Carrefour dengan kakak, adik dan abahnya. Kata Iman, ini hadiah hari ibu untuk umi dari dikman, kaklong dan Efa.
Tahun ini, sekali lagi Iman tidak lupa memberikan saya kad buatannya sendiri. Walaupun ia merupakan kerja pendidikan seninya, tetapi saya amat tersentuh dengan kata-kata yang ditulis Iman. Katanya ayat tersebut dia yang tulis sendiri.
Assalamualaikum Umi,
Dikman mengucapkan terima kasih kerana:
memberi kasih sayang
melahirkan Dikman
memasak makanan kegemaran Dikman
menjadi contoh kepada Dikman
menjadi ibu yang baik hati
Dikman Sayang Umi
I love you Umi
Iman memang mempunyai bakat menulis. Malah sejak dari darjah 1 lagi, dia akan mencoretkan sesuatu di dalam buku tulis mengenai apa-apa perkara yang tidak disukai atau sekadar menyatakan perasaan gembiranya.
Sewaktu pesta buku baru-baru ini, beriya-iya dia mahu membeli note-book di gerai Ana Muslim. Rupa-rupanya note-book itu dijadikan buku catatan peribadinya.
Sebenarnya saya sangat terharu kerana menerima hadiah yang tidak ternilai ini daripada anak-anak saya (kaklong dengan caranya yang tersendiri dan sentiasa cuba memahami keadaan saya dan abahnya, Efa pula menghiburkan kami dengan gelagatnya), dan ia membuatkan saya terfikir adakah saya telah memberikan yang terbaik untuk arwah mak?
Semoga arwah mak sentiasa diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
"Ya Allah, ampunilah dosa ibuku dan kasihanilah ia seperti mana ia mengasihiku sewaktu kecilku, masukkan dia di kalangan orang-orang yang beriman. Jadikan setiap teguk air susunya yang pernah aku hisap sehingga dengannya aku dewasa ini, sebagai pahala baginya Ya Allah. Sampaikanlah pahala kebaikan yang aku kerjakan Ya Allah sebagai hadiahku kepadanya. Amin ya rabbal aalamin."
6 comments:
kecil2 dah membuatkan hati ibu terharu...yg membaca pn rasa terharu apatah lagi akak sendiri :) so sweet
kak nik...bergenang dah air mata sham baca entry akak ni, moga mak akak ditempatkan bersama para solehin, moga akak dan keluarga diberi kesempatan untuk berhimpun di taman syurga nanti.ameen moga anak-anak akan menjadi insan yang bertaqwa berjaya dunia akhirat dan akan meberi yang terbaik dari mereka untuk ummi meraka....
Kak, dalam menulis ada kepuasan..cepat sungguh anak merasai kepuasan dalam menulis..moga ia menjadi bakat yang bermanfaat untuk islam..
akhir sekali selamat hari ibu kak..
Salam nuar...
Mmg terharu giler... bermakna sgt rasanya walau dicoret sekadar atas kertas A4
Sham..
akak masa buat n3 ni air mata meleleh-leleh. Isk2 da tua2 ni sensitif benar.. tambah bab mak ni.. walau mak dah pegi 10 thn lebih.. rasa mcm baru smlm mak pegi dan ingatn terhadap mak ttp kukuh.. huhu akak nangis lagi nih!
Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu,dimana kita kembali diingatkan akan jasa-jasa seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Hiba dan terharu hati membaca post dan juga kandungan penulisan anak-anak Nik. Semoga mereka sentiasa menghargai pengorban ibu yang tak ternilai harganya itu.
nik,,berapa eh agak nye usia nik.ntah ntah kita sebaya..thun 65 akak dilahirkan kedunia oleh arwah mak..tul lah nik akak pun baca n3 nik ni terkedu sejenak.mmg tak dpt disangkal yg dah pergi selalu mmbawa kenangan yg tak terucap di lidahkan..pernah tak nik mimpikan arwah mak....yg tak sangka sekali ghuper nyer nik ni penulis muslimah yer...alhamdulilah ade kerjaya yg bermenafaat...moga ikatan kita ni diberkati Allah swt..
salam kak zara..
mmg kita sebagai ibu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak. Dan kita walau sudah bergelar ibu..ttp rindukan kasih sayang ibu.
kak asma..
nik da 40 umurnya..heheh. mmg kak rindu pd mak tak pernah padam. Ada jugak mimpi tp sekali tu selepas sebln mak meninggal, nik mimpikan mak. dia duduk kt ruang tamu, kami anak2 duk berhimpun keliling dia mcm biasa bercerita..dia senyum je. Sedar dari tido, nik nangis bagai nak rak..rindu sgt kat dia.. lepas tu jrg dah mimpikan dia.
Tp bila balik kg paling terasa. ssb rumah tu rasa tk cukup sesuatu.. puas pusing tp rasa mcm tak lengkap sbb ibu rumah takde..huhuh
Post a Comment