RSS

Saturday, May 16, 2009

Aktiviti Hujung Minggu




Hari Sabtu, seperti biasa masak-masak time. Tapi takde lah special pun! Resipi mudah..alar-alar orang malas gitu heheh!. Kurma ayam. Lawannya dengan goreng sayur campur dan telur masin.. cukuplah, janji cukup zat hehe.

Seperti biasa hujung minggu layan pokok-pokok bunga dan kolam ikan. Yang sedihnya hari ini, 6 ekor ikan saya mati. Sedih sungguh... yang besar-besar pulak tu. 4 ekor ikan kap dan 2 ekor ikan mas besar. Huhuhu. Agaknya terlebih makan dan airnya terlambat tukar. Cadangnya memang pagi ni akan tukar, malangnya dah mati. Tapi projek menukar air tetap dibuat, pagi-pagi lagi sebelum ke pasar tani. Tak sampai hati pulak nak snap gambarnya.

Seperti biasa kalau ke pasar tani, saya mesti jejak ke gerai bunga. Apa lagi layan bunga roslah! Hari ini warna putih alar pink lagi. RM10 saja sepokok.


Yang ini pula saya beli hari Khamis di pasaraya Giant. Jingga dan hujung kelopaknya ada warna merah sikit. Tapi tak berapa tahan sangat dengan cuaca panas. Tengahari mulalah tangkap lentok. Hmm.. tah kenapa. Sebelum ni ada saya beli sepasu di sana juga, elok aja. Harganya RM13 sepokok. Apapun layan!!



Yang ni pun beli di pasar pagi. Jenis kelopak kecil-kecil dan padat, warna pink. RM10 je.

Yang ni pun RM10 gak, warna kuning lembut.

yang ini jenis kelopak padat kecil-kecil, warna jingga. Harganya? RM10 juga.

Sebelum lupa... selamat hari guru untuk Liza Bujang, Kak Ziekiera (Kak Zie), kawan blogger Pija, Kawan ex-masscomm saya yang jadi cikgu, Elly, Azura, Kak Anim, Kak Yan, Laili, Ati, Rosnah dan semua guru-guru yang menyinggah di blog saya!

10 comments:

Kakasma said...

Nik suka bunga ros ghupernye yea..akak ade gak tanam pokok berdaun hijau aje..tupun hidup segan mati tak mau.hihihi..bile tingat baru laa siram..laa harap ujan jer gitu kot...ikan pun ade bela.tapi suami ngan anak2 yg minat.akak tumpang kacau jer..

ain said...

akak nik...lawanya bunga ros akak!!!
sy pun suka bunga ros gak..tp aisehmen, x pernah dpt hidup lama la kakkk. mesti kiok saya kerjakan.huwaaaa!!!!!

kakyong said...

salam kaknik,

byknyer koleksi pokok bunga Ros... taman saya kering kontang... pokok2 segan nal hidup.. minta che abe buatkan teduhan, sampai hari ni dia dok sibuk g mancing jer...

kak nik, gulai kurma lawan dgn telur asin... fuuhh, saya suka.. lebih lagi nasi panas2... :)

My-Hasla said...

salam kak nik.

semalam kak nik masak kurma ayam yek. Hari ni has masak nasi daging ngan kurma daging + ayam masak merah for our lunch! :D

idasm said...

salam kak nik...
tima kasih bg petua madu kat ida. ida tgh amalkan.. lega sikit tekak lepas hirup madu...

wah... meriahnya taman rose akak... seronok ida layan. untung berumah di atas tanah kan.. boleh buat xtvt menyihatkan ni...
tp kesian pulak bila dpt tau ikan akak dh mati 6 ekor... sabar yea kak, dh ajalnya...

Pengasas said...

Salam Nik,

Kenape lerrr tunjuk makanan tu. Lapar pulak sayer. He he..

Tentu Nik masih ingat failasuf Islam kata: Bungaan itu habuan mata dan keharumannya habuan akal.
Mata dan akal juga wajib diberi habuannya kan!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam
kak asma.. sesaja je, cuba2 tanam dengan sedikit penjagaan hidup pulak pokok tu.

Ain.. bunga rose ikut kata expert la.. dia nak kena letak tmpt redup dan nak banyak air. pastu letak la baja sket.

Yong... orang lelaki mmg gitu lambat no kalau disuruh. Akak ni nasib baik rumah dah ada peneduhnya..

Has.. wah3 meriahnya lauk has yer..

Ida..
harap ida cepat sembuh ya.. amalan makan madu tu bagus untuk kesihatan.. yang penting dpt pahala lagi sbb ikut sunnah.
Hmm.. nak buat mcm mana dah ajalnya. Lepas ni kena cari yang baru pulak lah agaknya..

Salam Dr.
sekali sekala pamerlah keboleh memasak walaupun resipi orang malas heheh.
Betul Dr. yang penting buat hilang stress.

Lizabujang said...

Salam Nik kalau i gi rumah awak...jaga2....nanti i petik semua roses tu ...macam2 kaler ada. hehehehe....nak buat jambangan roses bagi pada kakak NB. uikkk ..hehehe.jangan nangis sudah...jgn risaulah penyamun sarawak ni x la bahaya sangat.

zara said...

Huaaa... sedapnya lauk... lapar la Nik... macam mana nak 100gm karbohidrat sehari ni...

Nik, setiap kali bila semua bunga ros tu dah gugur, gunting batangnya biar bertunas lain. Nanti dia rajin berbunga lagi. Jangan biarkan saja macam tu... nanti tak berbunga.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam liza...
janganlah petik.. sayang!! heheh

kakzara..
makan je klu ada selera hehe.
a'ah.. mmg nik potong bila bunga dah agak tua.. tu yang dia makin banyak bunganya.