RSS

Sunday, May 10, 2009

Hadiah daripada Kak Long

Hari ini merupakan hari anugerah 2008 sekolah Kaklong. Awal pagi lagi Kaklong Huda sudah bangun, malahan dia rupa-rupanya tidur-tidur ayam saja semalam. Katanya takut kesiangan, bimbang lewat ke sekolah.

Memang excited sangat dia. Maklumlah hari ini dia akan menerima dua hadiah, pertama kerana mendapat tempat pertama dan kedua peningkatan mata pelajaran (bahasa Arab Komunikasi, Feqah, Tauhid, Nahu Sorof, Sirah dan Hadis… Kaklong memang lebih menyerlah dalam pengajian agamanya.)

Kaklong mula masuk ke Sek. Men. Agama Arab Ilmi, pada bulan Julai tahun lepas. Sebelum itu, dia bersekolah di Sek. Men. Agama Chenor di Pahang. Namun disebabkan faktor jauh dan sukar untuk kami berulang alik melihatnya, maka akhirnya dia kami pindahkan ke Kuala Lumpur semula. Tambahan pula apabila di asrama, Kaklong agak ketinggalan dari segi pelajaran. Alhamdulillah setelah kembali ke rumah, pelajarannya semakin baik.

inilah hadiah-hadiah yang Kaklong dapat

Dari hari Jumaat lagi dia sibuk bercerita tentang hari anugerahnya. Alhamdulillah, banyak juga hadiah-hadiah yang dibawa pulang oleh Kaklong. Cukup bermakna untuk dirinya. Kami sebagai ibu bapa, tumpang gembira. Sebenarnya saya dan suami tidak pernah meletakkan sasaran untuk anak-anak capai. Apa yang kami selalu tekankan belajarlah kerana ingin menambah ilmu dan mencari keredhaan Allah. Berusaha bersungguh-sungguh dan terima apa jua keputusan dengan dada lapang.

Sewaktu mengambil Kaklong dari sekolah, sempat dia menghulurkan hadiah sempena hari ibu untuk saya. Patutlah dari semalam katanya ada surprise untuk umi. Terharu rasanya. Inilah hadiah daripada Kaklong.




Apa yang membuat air mata saya bergenang ialah kad ucapan yang dibuat sendiri oleh Kaklong.

Kad ini ditujukan khas untuk umiku tersayang. Tujuan k.long menulis kad ini adalah untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada umi. K.long nak minta maaf jika k.long mengecilkan atau menyakiti hati umi. K.long harap umi memaafkan apa yang pernah k.long lakukan pada umi.
K.long ingin mengucapkan terima kasih kepada umi kerana mendidik dan menyayangi k.long sepenuh hati umi. K.long bersyukur dikurniakan seorang ibu yang sangat baik dan sangat memahami k.long…
Selamat hari ibu..umiku!


Apa lagi yang dapat seorang ibu katakan? Terharu..terharu.. terharu..

Untuk Kaklong, tidak ada satu kesalahan pun yang umi tak maafkan. Kaklong sentiasa menjadi tangan kanan yang membantu umi dan abah menguruskan adik-adik!

11 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

terharunya...sayu jeh...

kretip betul anak2 akak nih... :)

Shams Ali said...

tahniah pd kak long..kak nik smg akak akan terus berjaya menjadikan anak2 akak insan yg berjaya...touching sngt entry akak ni, x sabar pulak nak jadi ummi ;)

ain said...

tahniah untuk kak long. semoga kak long akan lebih cemerlang lagi.

sayu kan bila dapat kad ucapan dr anak2. masa ni rasa mcm nak jadi mak yg tak marah2 lg.hehe

aJa said...

tahniah kak long..

tahniah jugak untuk kak nik kerana menjadi ibu yang BEST !

Unknown said...

salam kaknik..

terharu nya kakyong... semoga anak2 daku nanti pun menghargai daku,walau tidak terucap dgn kad.. tp kalo dpt, mesti lah best kan kaknik..

tahniah kaknik.. berbahagia lah ibu2 yang punya anak2 yg spt kaklong...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Nuar, mmg sayu dan terharu.. betapa bertuah menjadi seorang ibu.

Sham..
semoga Sham juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah

ain.
mmg pun.. klu boleh nak jd ibu yang baik sepanjang masa.. tapi anak2 faham kenapa kita marah.

aJa..
Akak yakin setiap yang bergelar ibu akan cuba menjadi yang terbaik di mata anak2...

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Yong..
Berikan yang terbaik untuk anak-anak. Insya-Allah diri kita akan dikenang sentiasa.

Syahida Izlanin said...

salam k.nk..
mgkn btul ckp akak.ble suami steri yg btul2 nk hdupkn islam dlm kluarga n didik anak2 dgn acuan yg betul,insya allah anak2 akn mpamerkan corak kepada acuan yg baik 2..tahniah kak nik..moga kebahagiaan ni kekal dunia akhirat..wssalam

idasm said...

bertuahnya akak mempunyai permata hati yg begitu santun akhlak dan budi pekertinya.... seronok ida membaca coretan akak... semoga ida jua bisa menikmati saat2 indah seperti akak satu hari nanti... insyaallah...
akak.. ida ada call akak semalam dr restoran tp akak x jawab... takpelah.. lain kali ada rezeki kita jumpa yea....

MyHasla said...

Tahniah untuk kaklong dan umi nya!

Ain Mardhiah said...

slmat hr ibu kak nik!