Pernahkah terfikir betapa beruntungnya kita dilahirkan sebagai seorang Islam? Celik mata mengenal dunia, kita dapat lihat ibu dan ayah kita bersolat. Paling tidak, kita mesti ingat ibu mendodoi kita dengan tasbih, tahmid dan selawat.
Apabila mula bersekolah, kita diajar untuk bersolat dan berpuasa. Saya pasti ramai di kalangan kita yang merungut kena solat dan puasa. Alhamdulillah, berkat leteran ibu bapa, ada yang lekat solat dan puasanya hingga ke hari ini…tapi ramai juga yang tidak baligh-baligh sampai dah tumbuh uban. Sebab itulah agaknya masih tak solat dan puasa!
Disebabkan Islam warisan, tidak hairan ramai di kalangan kita yang ambil mudah terhadap kehidupan beragama. Malah lebih menyedihkan, ada yang kini berasakan Islam tidak lagi praktikal, tidak moden dan akhirnya memilih untuk tidak lagi menjadi seorang Islam. Astaghfirullahalaziim!
Teringat saya sewaktu mengendalikan ruangan hidayah untuk majalah. Saya berkesempatan bertemu dengan ramai saudara-saudara baru. Bertemu mereka membuatkan saya insaf dan berasa bertuah kerana dilahirkan sebagai seorang Islam.
Pelbagai kisah yang dikongsi bersama. Ada yang terpaksa menyembunyikan keislaman mereka semata-mata mahu menjaga akidah. Teringat saya suatu kisah seorang saudara baru perempuan yang dikurung kerana hatinya terpikat dengan Islam. Alhamdulillah beliau berjaya melarikan diri dan kemudian mendapat perlindungan dari sebuah keluarga angkat Melayu.
Begitu juga dengan kisah seorang lagi saudara baru perempuan juga, yang terpaksa melarikan diri setelah memeluk Islam kerana ayahnya merupakan orang yang dihormati di bandar tersebut. Berita keIslamannya membuatkan ayahnya sangat meradang sehingga sanggup membunuhnya. Namun Alhamdulillah, berkat keyakinan dan kesabarannya, akhirnya beliau diterima keluarga setelah berkahwin dan mempunyai anak.
Memeluk Islam satu perkara, tetapi bagaimana pula dengan keluarga yang masih tinggal dalam agama asal? Apatah lagi jika sebagai anak, tegakah melihat ibu bapa masih dalam kesesatan? Tentulah seboleh mungkin, akan diusahakan agar ibu bapa juga berhijrah bersama. Namun apakan daya, hidayah itu milik Allah. Sedang Nabi s.a.w pun tidak mampu mengIslamkan Abu Talib, bapa saudara yang sangat dikasihi dan banyak membantu perkembangan Islam.
Saya pernah diberitahu, seorang pendakwah bebas yang terkenal menangis tersedu-sedu apabila sewaktu berceramah di sebuah sekolah berasrama, tiba-tiba seorang pelajar bertanya mengapa ibunya dan abangnya tidak mahu memeluk Islam. Apakan daya, hidayah itu milik-Nya jua.
Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon daripada seorang wanita yang membahasakan dirinya Kak Gie. Tujuan asalnya untuk mempromosi perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat tempat dia bekerja. Namun sembang punya sembang, macam-macam ceritalah pula yang keluar. Saya sekadar menadah telinga membiarkan dia bercerita. Ada satu perkara yang sangat menarik dikongsi oleh Kak Gie. Katanya semasa dia bersekolah, ada seorang kawan berbangsa Melayu beragama Islam tiba-tiba menyatakan hasrat untuk menganut agama Kristian. Mengucap panjang dia yang mendengarnya. Setelah diselidiki puncanya, kawannya itu banyak membaca bible.
Alasan untuk bertukar agama itu kerana kononnya dia bermimpi melihat kebakaran yang sangat besar dan dahsyat. Apabila dia lari menyelamatkan diri ke kuil, kuil terbakar. Apabila ke tokong, tokong juga terbakar. Malah apabila lari ke masjid, masjid juga menjadi tidak selamat dan turut terbakar. Cuma apabila lari ke gereja, dirinya selamat. Berbekalkan mimpi tersebut, dia berasa yakin mungkin itulah agama yang benar. Astaghfirullah!
Menurut Kak Gie, dia bukanlah dalam kategori orang yang warak tetapi agak aktif juga dengan persatuan pelajar Islam. Malah diberikan jawatan sebagai setiausaha persatuan. Mujurlah juga kawannya ini memberitahunya hasrat tersebut. Kak Gie dengan sedikit kesedaran yang ada, berusaha memujuk rakan tersebut bergiat dengan persatuan pelajar Islam. Setelah berbincang dengan Ustaz, Kak Gie dengan rela hati melepaskan jawatan yang disandangnya dan menyarankan rakan tersebut diberikan tanggungjawab tersebut. Tujuannya supaya rakan tadi lebih dekat dengan Ustaz. Alhamdulillah, usaha tersebut membuahkan hasil. Rakan tadi akhirnya tidak jadi menukar agama, malah mengatakan entah bagaimana dia boleh bertindak bodoh sebegitu. Cuma apa yang pasti latar belakang keluarga juga banyak menyumbang ke arah tindakannya.
Itu baru secebis kisah yang dikongsi, bagaimana pula kisah-kisah yang tidak ketahui dan telahpun berjaya dimurtadkan. Malang bukan??
Teringat sewaktu membaca affidavit Aishah Bukhory… sedih, geram dan bermacam-macam perasaan. Terbayang lagi tangisan Hj. Bukhory yang merayu anaknya supaya kembali kepada keluarga dan Islam. Begitu juga kisah Hartina Kamaruddin yang berkahwin dengan lelaki beragama Hindu dan telah menukar agama mengikut suaminya. Terbayang perjuangan Hj Kamaruddin dan anak lelakinya yang ketika itu berusia belasan tahun. Belum lagi kes Lina Joy dan beribu-ribu kes murtad yang lain.
Apa yang nyata keimanan bukan boleh diwarisi. Kalau ayah seorang alim, warak, faqih dengan Islam belum tentu anaknya menjadi sebagaimana dirinya. Kalau tidak masakan Nabi Nuh tidak berjaya mengIslamkan anaknya.
Lalu saya ingin bertanya tidak bersyukurkah kita dilahirkan sebagai seorang Islam? Atau malukan kita bergelar Islam? Dan akhirnya, cukupkah dengan Islam yang kita ada, pada nama, dalam ic tapi tidak tertegak sebagai addeen?
12 comments:
Salam Nik,
Syukur kerana Nik banyak pengalaman dan ilmu yang bermanfaat. Selain itu Nik juga pandai menulis. Tulislah pengalaman itu untuk dikongsi oleh orang lain. Nik pun faham yang tulisan adalah media dakwah yg sungguh berkesan. Penulis adalah pendakwah.
Tahniah! Salam pada suami Nik.
Salam kak Nik.
Semoga dirahmati Allah.
Teruskan menulis dan menulis.
Salam Nik,
Meremang tengkuk akak baca tulisan nik yang ni..betul laa nik kekadang kita tengok anak2 melayu macam tak kisah akan pegangan agama.melepak hingga kemaghrib,tanpa hirau akan azan..kemana ibubapa mereka ye..risau melihat pekembangan anak2 kita sekarang..malam sebelum tidor akak selalu fikir apa akan jadi pada anak anak aku..Hanya doa dapat dipanjatkan semuga Allah merahmati dan melindungi kami sekeluarga..hehehe nak jadi penulis mcm nik juga ler..best gaknyer ye...
Salam, kak nik..dalam keadaan kepala sham diamuk dengan persoalan akidah masyarakat muslim hari ini, tulisan akak tampil sebagai salah satu bahan. Suka sham nak kongsikan artikel ustaz hasrizal yang terkini dengan akak/. Artikelnya bertajuk antara Iman dan kufur, sedih sham membacanya, dan akhirnya sham sampai pada satu konklusi yang sangat konkrit, hidayah milik Allah dan yang sudah punya Hidaya tugasnya adalah menyampaikan kepada yang lain dengan cara yang 'hikmah', 'hikmah' dalam erti kata kaedah yang bersesuai melihat kepada kelompok sasaran dan punca masalah hari ini yang tak cukup segala jari jemari ini untuk mengiranya. Belum semua yang sedar betapa untungnya menjadi Islam warisan. Sungguh kak nik, semakin lama sham melihat dunia ini semakin sham mengerti kena perlu kita sentiasa perbahrui syahadah kita. Moga Allah pelihara hidup mati kita dalam Iman dan Islam..(nak menitik air mata pulak)
http://saifulislam.com/?p=5639#more-5639
bagus tulisan kak nik kali ni, utk sekian kalinya membuat saya berfikir lagi cukupkah Islam yg saya ada kerana terrlalu byk lg kelemahan dan kekurangan saya. Insyaallah saya cuba memperbaikinya secra perlahan lahan bermula dgn kualiti solat 5 waktu saya.Insyaallah.
Salam k.nik...
rindu ngan akak....
Sayu hati saya baca tulisan k.nik kali ni....
bertuahnya k.Gie kerana dapat menyelamatkan rakan daripada terjerumus ke agama lain...
moga cerita ini lebih menginsafkan kita semua...Amin
Thanks k.nik....
A'salam kak nik,
ya lah kak, sebenarnya kita wajib bersyukur kerana telah di lahirkan sebagai seorang islam..
cuma kadang2 kita kena tengok juga kan..tak kiralah bagaimanapun mulanya kita tetapi dimana kita dan bagaimana kita di pengakhirannya...
insafnnye..
Nik, betul ler nik cakap, tulis lah dari hati...kerana ia akan menyentuh hati yang lain....haa, kan dah banyak yang tersentuh..he..he..he..
Hmm...org yg berusaha mencari Islam akan lebih menghargai dan memahami Islam dari org yang "take for granted" yang dia mmg dah islam, tapi kefahaman ttg agama sendiri cuma 30% kut....
Asalamualaikum Nik...inilah jihad seorang penulis. Bukan hanya menulis kerana nama dan wang tetapi mengajak pembaca berfikir ke arah kebaikan.Anak2 yang sesat jalan kerana mereka kurang membaca.Sosial sekeliling membuatkan mereka lupa dan alpa.Kalau u nak tau semasa i di sekolah rendah i bermain dengan simbol salib dan nazi.MasyaAllah...kini i takut sangat, takut benda ini jadikan i tersingkir.Namun i tahu Allah lebih tahu hati i, iman i dan akidah i.Masih perlu untuk kita membaiki amalan kita.
salam dr..
terima kasih di atas dorongan yg diberikan. Insya-Allah saya akan terus menulis, walaupun tak banyak ilmu harapnya dapat jadi jambatan pun tak mengapa.
Doc PG,
Insya-Allah akan terus menulis.. doakan akak terus menulis untuk 16 thn lagi. semoga PG jgk dirahmati-Nya
Kak Asma..
Mmg tak dpt dinafikan realiti anak remaja kita. Akak sekadar melihat segelintir, dengan bidang yang nik ceburi ni, kadangkala terpaksa berdepan dengan hakikit yang lebih menyakitkan dan menggerunkan.
Jangan lupa untuk doakan anak2 kita dan keturunan kita.
Nak jadi penulis..? Boleh apa salahnya. Kalau minat semuanya best kan? Yang tak best pn banyakkkk.. hehe
Salam sham..
Akhir zaman kata Nabi umatnya ini ada yang pagi beriman petang kufur, begitular sentiasa...
Sbb tu kita kena sentiasa perbaharui syahadah. Mohon agar diri kita sentiasa dalam jagaan-Nya
" ya muqallibal qulub..tsabbit qalbi 'ala deenik - WAHAI TUHAN YANG MAHA MENGGOYAHKAN HATI, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMAMU"
Alhamdulillah ain, andai tulisan ini dapat memberi manfaat, syukur dipanjatkan ke hadrat-Nya.. Kita manusia kena selalu muhasabah diri. Andai selesai urusan solat, insya-Allah selesailah juga urusan kehidupan yang lain.
salam Dhan..
ke mana dhan menghilang? akakpun rindu ngan dhan..
Iyalah, tp akak ttp terkenangkan kes-kes yang tak dpt diselamatkan! Terbayang mak Hartina yang menangis2 sewaktu Muslimah temubual. Begitu juga ngan Haji Bukhory yang juga sempat ditemubual. Kalau kita di tempat mereka?? Nauzubillah.
salam aJa..
mmg kita tak tahu apa kesudahan kita, namun jgn putus harap berdoa agar mendapat husnul khatimah..
salam kak mawar,
nak sentuh hati orang kita kena rasa dulu..tu pengalaman nik lar, dan itu yang selalu cuba diaplikasikan pun... insya-Allah
Mmgpun kak, mengadap saudara baru kita ni.. rasa malu sangattt. Mereka ni faqih lagi tentang Islam daripada kita. Boleh quot ayat Quran dan boleh bagi tazkirah lagi malah jadi ustaz dan ustazah pun!
Teringat masa intrvw Kak Marlena Wong(kalau tak silap surname dia wong) Allah tak pernah lupa pada hamba Dia, malangnya kita cuma ingat Allah bila kita dalam kesusahan, kesakitan dan kesedihan..aduss terkena sebijik!
Liza.. besarnya perkataan jihad tu..rasa mcm tak layak.. cukuplah sekadar saham untuk dibawa kesana..insya-Allah
salam kaknik,
entri ni memang mnyentuh ke hati kakyong.. kakyong mbesar dlm keluarga yg tdk gitu beratkan solat, tp kalo tak pegi mengaji dirotan. * bukan nak bekung dada org tua * tapi kesannya dari situ memang byk..
kakyong belajar solat dgn betul semasa di MRSM... tp bila balik rumah, hati sedih tgk org tua tak solat.. ;(
10 tahun sudah, terberkenalan dgn kakwani.. Alhamdulillah, kakwani ler yg byk nasihat & ubati hati saya yg kecewa ni.. mak skrg ni ALhamdulillah solat, tp ayah... hmm, ntah lah... adik2 remaja saya... hmm malu nak citer, kalo dinasihat, kita pulak yg ditempelak balik...
dlm hati saya masih ade duri yg tak dpt dibuang.. sedih tak dpt nak bawa adik2 remaja ke jalan yg baik..
Post a Comment