Cuti hujung minggu yang bersambung dengan hari pekerja. Apa lagi..masa berhujung minggu dengan anak-anak. Seperti biasa, aktiviti yang disukai Iman dan Efa, ke Tasik Titiwangsa bermain basikal. Kebetulan Kaklong ada ko-kurikulum silat di sekolah. Selepas hantar Kaklong, kami ke Tasik Titiwangsa.
Lihat aksi Iman dan Efa...! Tengok anak-anak gembira, kita pun tumpang seronok. Tak ada apa yang lebih membahagiakan melihat mereka bahagia dan gembira.
Melihat kereta kuda yang membawa pengunjung, Iman dan Efa juga tak mahu melepaskan peluang mencuba. Abah dan anak-anak saja, uminya tak ikut. Tukang ambik gambar saja.
Kaklong releks sambil baca buku selepas habis ko-kurikulum. Bila disuruh posing, tersengihla dia.
Sambil-sambil baca novel dan releks, sempat juga gambar diambil oleh Iman!
Sebelah petang pula, kami ke Bangi Kopitiam. Seperti biasa, Kaklong tidak mahu ikut serta. Ada agenda sendiri di rumah. Inilah hidangan yang kami pilih. Layan!!!
Iman dan Efa...nasi ayam
Hubby... mee rebus
Saya... asam laksa (rasanya sendiri bikin lagi sedap hehehe!)
Minuman pula... ni abahnya punya..kiwi JB
Iman.. tiramisu chocolate coffee with jelly
dan saya... coffee special. Efa order softee orange tapi takde la plak gambarnya sebab dia tak bagi ambil gambar minuman dia!
Semuanya RM49.20 berbaloi la.. malam tak makan dah!
Waa.. sempat posing lagi...
6 comments:
salam nik...
Dah lebih 20 tahun kerja kat KL tapi tak pernah sampai Taman Tasik Titiwangsa.Taman Tasik Taiping selalu sangatlah...
wah beshnyer jengjalan...yg air gelas panjang tu air haper kak? sedap jeh nmpk! nyum2!
seronok kan bdk2 ngan akiviti yg cam ni. kita pun dpt relax2 sekali.
Bestnya.... dah lama tak buat aktiviti camni... gi bwk anak2 jalan gi tasik or taman reakreasi ke. Tasik Titiwangsa pun dah lama tak jejakkan kaki. Kak nik duduk area bangi ke?
salam
Kak mimie.. wa yang jauh boleh pegi.. lepas ni kak mimie kena 'ziarah' tmn tasik ttwangsa. heheh
Nuar,
tu special coffee. Akak suka kopi.. so sedap lar..
mmg pun ain..
saja layan dorang, tgk dorang hepi kita pun hepi... tak payah kuar duit banyak pn..hehehe
sesekali beraktiviti mcm ni mmg best has.. akak duk kat taman selasih gombak
sonot nyer... what a happy family....
Post a Comment