Dalam menjalani kehidupan seharian, sahabat semua sedar tak, ada banyak perkara yang sebenarnya mudah tetapi payah untuk dilaksanakan. Sebagai contoh jika ingin kurus, mudah sebenarnya. Kita cuma perlu kurangkan makan dan lakukan exercise! Tapi kenapa payah sangat untuk melaksanakannya?
Begitu juga, kita sering mendengar ustaz/ustazah memberitahu, wanita nak masuk syurga sangat mudah. Bagi yang bersuami, tunaikan segala suruhan Allah (sembahyang, puasa, tutup aurat), tinggalkan larangan-Nya dan taat pada suami. Tapi mengapa ramai wanita yang menghuni neraka?
Bahkan kalau ingin masuk syurga juga formulanya mudah, ikut segala suruhan-Nya jauhi larangan-Nya. Namun sebahagian besar manusia menjadi penghuni neraka!
Ramai yang sanggup berjaga malam kerana menonton perlawanan bola sepak MU vs Liverpool. Tapi tak ramai sanggup bangun untuk qiamullail. Mengapa selimut yang beratnya tak sampai pun setengah kilo, terasa berat berpikul di kala dinihari yang ditaburi gerimis sehingga tak larat untuk bangkit melangsaikan kewajipan solat Subuh?
Begitulah sifat kita sebagai manusia, sangat lemah dan mudah terjerumus. Namun Allah SWT dengan sifat Rahman dan Rahim, tetap mengasihi hamba-Nya. Dengan sifat A’fuw – Rauf sentiasa memberi peluang untuk hamba-Nya bertaubat dan menerima taubat mereka.
Malangnya, keterbukaan sifat Allah yang menerima taubat itu pun, masih tidak mahu kita pergunakan. Ramai yang menangguh untuk bertaubat kerana merasakan masih punya waktu yang panjang atau merasakan belum sampai seru!
Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w sangat-sangat beruntung kerana tidak dikenakan syarat ketat untuk bertaubat. Umat-umat Nabi lain, kalau ingin bertaubat ada yang perlu menyediakan sesuatu korban sebelum taubat mereka diterima. Malah dalam syariat yang lain, ada yang perlu membunuh diri sebagai tanda bertaubat. Agaknya kalau kita dikenakan syarat sebegitu, tentu lagi liat untuk bertaubat. Syukur kita dijadikan sebagai umat Nabi Muhammad yang banyak keistimewaannya!
Umat Nabi Muhammad juga dilindungi daripada pembalasan segera. Berkat permintaan daripada Baginda agar umatnya tidak dibayar tunai perbuatan mereka, sebaliknya ditunda kemudian serta diberi peluang untuk menebus kesalahan.
Taubat itu juga mudah, meninggalkan perkara yang keji, menyesali diri kerana melakukannya dan bersungguh-sungguh berikhtiar untuk tidak mengulanginya lagi. Mudahkan? Tetapi ia tetap payah untuk dilakukan!
Begitulah kita, disebabkan terlalu diberi ‘kemanjaan’ akhirnya kita tetap kalah dengan nafsu...Banyak perkara mudah tapi akhirnya menjadi payah!
Apa yang ada jarang disyukuri,
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak kumampu mengumpul dua cinta
hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
8 comments:
Salam sahabatku.
Terimakasih kerana sering mengingatkan dan menyedarkan saya yang sering terleka ini.Hanya kekuatan dan disiplin saja yang dapat menyedarkan kita untuk melakukan sesuatu yang mudah tertapi payah itu. Buat perlahan-lahan supaya ia berkesan untuk selamanya.jangan secara drastik tetapi hangat-hangat tahi ayam.
nik.nak kurus payah, jenuhlah makan berjaga..jogging keliling padang 7 kali..tapi tubuhku masih gadang..ha.ha..
hehe.. betul kata kak yati tu, bukan senang nak kurus.. hehe. akak.. suka tulisan akak yg saling ingat mengingati ni...
Dear Kak,
Thanks for sharing this.
Mm. Thanks for ur support Kak.
dik dah ok.
thanks ya..
Great day!
salam leeza,
betol tu za... sikit tp istiqamah itu lebih disukai-Nya!
kak yati laling..
hehe..mmg susah nak kurus..tp senang bila kononnya kata nak kurus...!
ida..
menulis untuk ingatan diri sendiri yang selalu lupa..klu ada manfaat untuk org lain alhamdulillah.
hi lol
semoga lol terus gembira!
Nik....
Terima kasih....memang betul...nak buat sesuatu yg baik sukarrrrr sangat...tapi kalau yg menyongsang... ckp je terus jadi...insyaAllah...akan cuba dan terus cuba menebus kekhilafan masa muda2...
salam kak zie..
semoga kita terus istiqah melakukan kebaikan
Post a Comment