Tiba-tiba pagi tadi, suami saya membawa perkhabaran perihal isteri sahabatnya menyerang seorang ustazah! Nak kata tak terperanjat, macam terperanjat juga, nak kata terperanjat rasa macam dah expect benda ni akan jadi.
Sudah lama saya mendengar ura-ura sahabat suami saya (kita namakan dia A), ingin menikah lagi. A seorang peniaga, saya rasa pendapatannya agak oklah (kalau tak masakan nak buka cawangan baru…kan??). Isteri A, kak J ni lebih berumur daripada A.
Kata suami, kak J merupakan janda anak dua sewaktu A menikahinya. Setelah berkahwin dengan A, mereka dikurniakan 6 lagi cahayamata dan sudah remaja kesemuanya.
A seorang yang baik. Kak J juga begitu. Tapi satu perkara yang saya agak kureng, A sangat suka melawak untuk 'menambah cawangan'. Kalau tiap kali saya dan suami ke tempat dia berniaga untuk membeli barang keperluan, mesti dia akan mengusik saya supaya menjaga suami kerana katanya suami saya berhajat nak buka cawangan baru! Dan suami pula menyakatnya untuk buka cawangan baru.
Saya tahu, lelaki memang suka sangat bergurau perkara poligami. Malah kata suami, lelaki kalau tak ada angan-angan pasang dua tu, kira macam tak normal lah! Nak buat dengan tak buat sahaja yang membezakannya.
Cuma pada saya, perkara sebegitu tak usahlah selalu dibuat mainan. Bimbang kalau sekalipun tak berhajat, dek kerana selalu disebut-sebut di mulut, kelak jadi doa pula. Terbuka pintu langit, tak ke haru jadinya. Kalau benar-benar mampu tak mengapalah, tapi kalau sudah isteri pergi menyerang orang, bukankah itu menjatuhkan maruah suami!
Saya bukanlah anti poligami, tapi tidak juga menyokong. Saya tahu suka atau tidak, Islam membolehkan perkara tersebut. Ada sebab Allah membenarkannya. Justeru, sebagai hamba-Nya, tiada hak untuk kita mempersoalkannya. Namun perlu juga diingat, perkara tersebut hukumnya pada dasarnya adalah harus. Justeru, ia harus dibuat tapi kalau tidak dilaksanakan pun tak ada salahnya.
Teringat kata-kata Dr. Mashitah Mahmud dalam rancangan Halaqah di tv 9. Wanita yang berkahwin ini umpama tawanan perang. Dia hilang kebebasan dan perlu berkhidmat dalam rumah tangga. Gerak-gerinya perlu mendapat izin suami. Silap langkah, dirinya terjerumus kepada nusyuz.
Justeru apalah salahnya jika suami ‘bersimpati’ sedikit dengan nasib seorang isteri. Apa salahnya ‘memandang’ sedikit jasa wanita yang bergelar isteri itu, yang telah berkhidmat sekian lama; bersusah-senang bersama, melahirkan zuriat untuknya, menyediakan makan pakai dan mendidik anak-anaknya.
Kalau dulu, tiada siapapun yang memaksa dia menikahi isteri tersebut. Terlebih terkurang, sendiri yang memilih. Maka usah dipandang kekurangan yang terlihat, kerana itu pilihan sendiri. Apabila isteri sudah tidak lagi ‘bergetah’ atau terasa sudah jemu, apakah semudah itu juga pilihan lain dibuat. Sedangkan isteri, walau suami terkedang sakit dan dia terpaksa membanting tulang membantu ekonomi keluarga, tetap juga bertahan!
Memang lelaki berhak untuk berkahwin dua, tiga atau empat. Tapi tak salah jugakan merendahkan sedikit ego dan bersifat rahmah atau belas kasihan terhadap isteri! Fikir-fikirkanlah…
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
8 comments:
Salam Kak..
Bos saya selalu cakap nak bini baru.
tak tahu lah dia sekadar cakap ke apa tapi mcm tak best jek dia selalu ckp walhal isteri dia sangat baik, sopan santun dan kira isteri solehah lah..
LOL selalu cakap kat bos
"cian bini bos.."
hi dik LoL..
mmglah...org lelaki suka no melawak benda gitu! tu sbb agaknya Allah bagi dorang kawin lebih..dah gitu nature dia kut hahaha!
owh,tak normal ker kalau xsebut?
macam tu gua kena sebutlah kak nik
haha
ntah
gua belum melalui ini fasa
Konon2nya gitulah hans, tp takyahlah hans...sorang pun tak tentu boleh jamin bwk ke syurga, kan..?
Emm..saya suka tag akak tu "Saya bukanlah anti poligami, tapi tidak juga menyokong"
Tapi saya punya tag camni- "Saya bukan anti poligami, tapi sangat-sangat tidak menggalakkan"..kekeke..aci tak?Yelah..seorang ni pun belum tentu terdidik untuk sama-sama ke syurga, inikan dua, tiga & empat.Itu tak termasuk dengan tanggungjawab menjaga/memelihara & mendidik anak-anak lagi..kan?
salam Ana..
hehehe.. yelah, perkara yang Allah halalkan kita tak boleh haramkan.. tp mohon padanya jangan ditimpa ujian sebegitu untuk kita..kan? Tulah maksudnya... bukan anti tapi tak menyokong.
ada seorang sahabat saya siap warning lagi suami dia awal2.
"awak nak keluar pergi mana2, nak balik pukul bape, nak pergi meting berapa kali pun saya tak kisah. Janji jgn sebut pasal 'benda' tu.."
itulah agaknya ketakutan seorang isteri kan..
kdg2 suami ni cuma fikir nafsu utk berkahwin, tetapi tidak berfikir soal nafkah dan pelbagai risiko lagi stlh berkahwin lain. Begitu juga bercerai, anak masih dlm tanggungan suami lagi..
tanggungjawab suami berat, sebab itu setiap keputusan perlu dipandang berat bukan boleh redah je, dan main2 sebut je..
ha ha..
bagi je kalau dia nak kawi lai..
baru dia tau..
laki ni , kalau dihalang-halang lagi dia seronok..
bagi jer...
Post a Comment