Seperti biasa, apabila kita membuka tafsir al-Quran yang menceritakan balasan kebaikan atau kejahatan, kita pasti akan berjumpa dengan ayat yang bermaksud, “mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.” Iye, selama-lamanya! Sama ada di dalam syurga atau di dalam neraka (nauzubillah).
Kalau difikirkan, perkataan selama-lamanya itu memang selalu menjadi idaman kita semua. Kalau boleh kita ingin hidup di dunia ini seribu tahun (mungkin boleh dikatakan selama-lamanya lah tu kan?)lamanya.
Kalau boleh kita ingin senang tanpa ada kesukaran yang hadir. Itu pun boleh diistilahkan selama-lamanya jugakan? Begitu juga, kesihatan, kejayaan, kemewahan dan segala yang baik-baik, mudah-mudah dan indah-indah ingin kita nikmati selama-lamanya! Betapa Maha Mengetahuinya Allah yang mencipta hamba-Nya yang lemah ini.
Namun satu masa dahulu, saya pernah tersentap apabila seorang kawan bertanya, “Nik, Allah janjikan dalam Quran, kalau kita buat kebaikan kita akan masuk syurga dan kekal di dalamnya selama-lamanya. Dan ada juga dijanjikan ada dosa yang dibuat, menyebabkan manusia kekal di dalam neraka selama-lamanya. Pernah tak terfikir..how lama is lama?”
Memang tersentap sungguh apabila mendengar pertanyaan kawan saya itu. Serta merta, terasa roma saya berdiri. Terasa hati saya begitu kecil dan seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi. Sentap yang amat dahsyat. Sampai sekarang apabila mengingati kembali pertanyaan tersebut masih membuatkan roma berdiri dan terbit peluh dingin. Ya..HOW LAMA IS LAMA? Berapa lama yang dikatakan lama itu?
Memang benar tugas kita sebagai hamba Allah di bumi ini ialah beribadat kepada Khaliq Yang Maha Esa. Menyediakan diri untuk kembali menghadap-Nya. Namun dalam pada itu, kita tetap perlu menjalani kehidupan di bumi ini sebagai khalifah yang diciptakan oleh-Nya. Merancang kehidupan agar beroleh keselesaan di dunia dan keberuntungan di akhirat.
Jadi tidak hairanlah jika ibu bapa begitu menitik beratkan pendidikan anak-anak, kerana pendidikan merupakan satu bentuk aset yang dikatakan menjamin kebahagiaan dan keselesaan hidup. Ada kebenarannya, sebagaimana kata Imam Al-Ghazali, barangsiapa yang menginginkan dunia, hendaklah dengan ilmu. Barangsiapa yang inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu. Dan barangsiapa yang inginkan kedua-duanya sekali, hendaklah dengan ilmu.
Malah Allah SWT berfirman dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud; “Allah mengangkat darjat orang yang beriman antara kamu dan juga orang yang menuntut ilmu itu beberapa darjat”.
Sebab itulah ramai ibu bapa yang ghairah untuk melihat anak mendapat deretan A dalam setiap peperiksaan besar. Pelbagai ikhtiar dibuat. Memberi kelas tambahan, membuat latih tubi dan bermacam cara lain tanpa melupakan doa. Begitu sekali ibu bapa bertungkus lumus membuat persediaan atau perancaangan jangka panjang untuk masa hadapan anak-anak.
Namun pernahkah terlintas di fikiran kita semua, perancangan masa hadapan atau perancangan jangka panjang yang kita usahakan untuk anak-anak kita itu, untuk masa hadapan yang mana sebenarnya?
Tak dinafikan kita mahu anak kita menjadi doktor, lawyer, engineer, ahli korporat dan apa-apa sahaja yang kita rasakan menjamin masa hadapannya. Namun adakah ia berhenti atau cukup setakat itu?
Memang dalam pada kita memberi mereka ilmu dunia, kita tetap menyelitkan ilmu akhirat dan iringan doa agar mereka menjadi anak yang soleh/solehah. Namun kalau kita muhasabah kembali, apakah usaha kita untuk menjadikan anak-anak insan yang soleh/solehah itu sama mantapnya dengan usaha kita untuk menjadikan mereka sebagai golongan profesional atau ahli korporat berjaya?
Adakah kita menghantar mereka ke tusyen untuk menjadi anak yang soleh/solehah? Adakah kita memberi mereka kelas tambahan agar anak-anak menjalankan tanggungjawabnya menutup aurat atau berupaya menjadi hafiz/hafizah atau mempunyai akhlak dan akidah yang mantap?
Sedar atau tidak, ramai di kalangan kita sebenarnya menyediakan anak-anak untuk jangka panjang yang pendek sebenarnya! Kita sebagai ibu bapa bimbangkan nasib anak-anak kita untuk masa hadapan yang singkat sebenarnya. Kita lupa untuk menyediakan diri kita dan anak-anak untuk masa hadapan yang sangat panjang, masa depan yang kekal selama-lamanya, yang kita sebenarnya tidak tahupun BERAPA LAMA YANG DIKATAKAN LAMA ITU! Astaghfirullahalazim.
Allahua’lam.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
1 week ago
11 comments:
kalau fikir period of time berapa lama is lama tu mmg pening sbb itu ilmu Allah. ada2 je soalan menduga minda yg diberi org kepada akak kan...dari minachi dalam bas smpi ke entry yg ni...hihi =D
Salam Kak,
Kadang manusia terlalai lebih mementingkan masa akan datang untuk di dunia sahaja dan terlupa pentingnya masa akan datang di akhirat..
Kujuga tergolong dalam insan yang lalai.
Thanks for sharing this Kak.
Happy Friday.
Happy Weekend!
Nik...definasi lama di Sana dengan lama di sini sangatlah berbeza. Tapi sebab manusia tak nampak yg ghaib...amaran Allah tu macam tak diperdulikan.
salam nuar..
Tu lah..tapi pertanyaan tu buat akak sentap gak!
Wallahu'alam bi sawab! Itu aje yg kita mampu ucapkan. Banyak sebenarnya yg tercicir dlm sibuk2 kita membina keluarga. Apatah lagi dgn desakan hidup yg lbh mengutamakan duit, status, pangkat dll.
Salam LOl
mmg kita manusia yang sering lalaikan?
Kak Mawar..
bila bersangkutan ngan perkara sam'iyyat ni kita ni masih lagi duk takat ainul yaqin.. payah nak haqqul yaqin tuh..lemahnya iman kita..astaghfirullah!
salam Ds..
Kita mmg mudah sgt hanyut...lemahnya makhluk yang bernama manusia..moga ada keampunan Allah untuk kita!
bila baca tu memang takut bila fikir dosa2 kita buat kan
kak nik.....
salam nik... awak buat saya fikir semula apa yang saya nak buat .Selalu kita abaikan hal ini...lama itu walau sesaat di nerakapun kita dha boleh agak azab seksanya. Jadi kembalilah ke jalan yang benar. Lupakan segala sakit hati.
Nik, cute Al Quran itu ,senang nak bawa ke mana2. Camner nak order?
kak nik sham tolong jawabkan ea..utk order quran tu, sila isi order form di http://eternalbeautyshoppe.blogspot.com
:)
Post a Comment