Salam sejahtera untuk sahabat semua. Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Semoga ibadah korban yang sahabat lakukan mendapat ganjaran pahala dari-Nya.
Alhamdulillah, saya berpeluang menunaikan solat sunat Aidil Adha di Markaz Tarbiah Taman Melewar. Suka rasanya untuk berkongsi sedikit pengisian khutbah yang disampaikan oleh seorang ustaz muda.
Seperti biasa, apabila bercerita mengenai hari raya korban dan ibadah korban itu sendiri, pastinya kita akan diimbas kembali kisah pengorbanan Nabi Ibrahim serta keluarga baginda. Kisah betapa tegarnya hati seorang ayah dan taatnya seorang anak serta kesabaran seorang ibu dalam menjalankan perintah Allah SWT. Inilah kisah yang sering diungkapkan semula dalam khutbah Aidil Adha, yang rasanya sudah dihafaz oleh setiap kita.
Namun, signifikan daripada kisah tersebutlah yang seharusnya diambil iktibar oleh umat Islam hari ini. Sama ada kita sedar atau tidak, kisah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ismail sebenarnya mencerminkan sikap seorang muda yang sanggup berkorban demi agamanya.
Justeru, generasi muda hari ini seharusnya mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan ini kerana di bahu merekalah kesinambungan kegemilangan Islam disandarkan. Ini kerana kejayaan sesebuah negara 10 tahun akan datang dinilai daripada sahsiah anak mudanya hari ini. Jika mereka berkeperibadian yang mantap maka akan mantaplah pemerintahan negara tersebut.
Cuma apa yang dibimbangi ialah sebagaimana hadis Nabi s.a.w yang antara lain bermaksud umat Islam akhir zaman hanya tinggal Islam pada namanya. Justeru generasi muda Islam hari ini hendaklah sentiasa memastikan mereka bersahsiah dengan sahsiah Islam sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w , beriman dengan sebenar-benar iman di samping mengisi dada dengan ilmu. Juga tidak melupakan tanggungjawab berdakwah iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Dan paling penting ialah mengikat diri dengan jemaah Islam agar mereka sentiasa saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Ibarat lidi, mudah patah jika sebatang. Kalau segengam, bukan sahaja lebih kuat tapi boleh digunakan untuk menyapu kotoran. Bandingan umat Islam ibarat bangunan yang saling menguatkan antara satu sama lain. Hanya dengan mengikat diri dengan jemaah barulah kedaulatan Islam akan dapat direalisasikan kembali.
Wallahua’lam.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
4 days ago
3 comments:
salam aidiladha k.nik.
terima kasih atas perkongsian khutbah korban tu. kakchik dpt dgr khutbah tokguru dari rumah je. tapi segala intipatinya ada byk disedut oleh media.
terima kasih ya hari tu k.nik singgah di blog kakchik. tuan blog pula takde. semoga k.nik sekeluarga berbahagia selalu.
budak2 sekarang kak nik dah pelik2
tak tahulah
makin hari makin teruk kan termasuk gua
apalah nasib masa depan
Salam aidil adha jgk untuk kakcik.. hmmm, seronok dr rumah boleh dgr khutbah tok guru. Harap kakcik sekeluarga pun sentiasa dlm peliharaan Allah.
Hans,
pintu hidayah Allah sentiasa terbuka. Carilah ia untuk persiapan di masa hadapan. Org mukmin yang baik itu, hari ini lebih baik dari semlmnya, dah hari esknya lebih baik daripada hari ni..
Post a Comment