RSS

Friday, November 13, 2009

Tanam-tanam.

Cuaca sekarang agak tidak menentu. Boleh dikatakan setiap hari hujan turun mencurah-curah. Negeri-negeri di Pantai Timur juga sudah ada yang mengalami banjir.

Ramai juga yang mengeluh hari-hari hujan. Iyelah, kain baju yang dibasuh walaupun menggunakan mesin, ada meninggal bau yang semacam. Maklumlah cuaca lembab. Tapi pokok-pokok kelihatan segar. Kalau sebelum ini, cuaca terik kering, pokok-pokok macam terbantut pembesarannya. Sekarang, segar-bugar.

Begitulah janji Allah, yang mengatakan "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbir-Nya), lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya (akan hal ehwal sekalian makhluk-Nya)" al-Hajj: 63

Hujan yang diturunkan bukan sahaja bertujuan memberikan sumber minuman tapi juga untuk menumbuhkan tanaman. Atau sesekali buat membasuh bumi yang dicemari manusia serta menjadi peringatan buat manusia yang suka berbuat maksiat!

Sejak musim basah ini, sebenarnya tak banyak aktiviti luar yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Nak dibawa ke taman pun, bimbang hujan turun mencurah. Untuk menghilangkan kebosanan di hujung minggu, sekarang cuba-cubalah pula bertanam sayur di dalam pasu. Menggantikan pokok bunga ros yang rosak akibat cuaca panas sebelum bulan puasa dulu.

Benih terung dan tomato serta bendi sempat saya bawa balik dari Kedah sewaktu hari raya dulu dan cuba-cuba semai di dalam pasu dan polibag. Tak sangka tumbuh subur pula. Ditambah dengan musim hujan ini, makin subur pula. Tak lupa juga, baja tahi ayam yang diperam bersama air dalam botol semalaman..ha.ha.ha!

Pokok cili api pula hasil semaian sebiji cili kampung yang masak ranum. Tak sangka pula dari sebiji cili tersebut, tumbuh banyak juga. Tak sempat lagi nak salin ke pasu yang lain!

Malang sungguh, pokok bendi saya yang sudah lebih sekaki tingginya, patah dihempap motosikal. Geram sungguh! (Kerja si Efa dan Iman lah yang suka memanjat motor yang diparkir abahnya bawah porch).

Ikan-ikan peliharaan yang ada sepuluh ekor pun sudah semakin besar. Seronok pula melihatnya. Nampak gaya kena cari kolam baru ke? Biarlah dulu!.

Si Iman pula bertanya… “umi, ngape tak bela ikan yang boleh kita makan? Ikan keli ke? Ikan tilapia ke?”. Isk..isk..isk.. sayur bertanam, ikan berbela..Wah esok-esok boleh bina apartmentlah uminya sebab tak payah keluar belanja dapur! Ha. Ha. Ha.!

tomato

terung

cili - belum dialih lagi

cili api sudah dialih sepokok - harap tak matilah

ikan-ikan kesayangan!

7 comments:

ain said...

betullah kak...pokok2 saya pun tgh subur2 sekrg ni. seronok tengok!! time2 ujan ni lah time yg baik utk bercucuk tanam.hihi

nik2konsep@gmail.com said...

Ain,
Tu lah kan..rahmatnya hujan.

Suhana Shahril said...

Mmm..menyahut seruan kerjaan sungguh akak ni.kekeke...

anak k.nik said...

salam umi...
alah umi...tak mati punya umi punya pokok cili...
along kompomm punya...
huhuhu....

sya said...

saya suka musim hujan.
sebab bila tidur tu rasa lena sikit.. :P

bab basuh baju tu memang lah...
dah lah bahagian spin mesin basuh tu dah rosak.. terpaksa lah kipaskan baju yang disidai supaya cepat sikit kering.. hehehe

aJa said...

wah bagus nih..nak cuba tanam-tanam jugaklah...macam best je tengok pokok2 jiran sebelah umah tu menghijau...lebih2 lagi tak payah sibuk2 ke pasar kan?...hmmmm

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Ya.. memang hari2 nak hujan tapi setakat ni xde banjir lagi tapi sedikit menyulitkan pergerakan.
Tapi ada baiknya. oleh duk rumah jek. Hehe..

*Ikan2 tu chanteQ jek.

Salam Hari Khamis Kak.
Take care.