RSS

Wednesday, March 16, 2011

Sakit mata, sakit tutt....

Semalam sewaktu berada di ofis, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari along.

"Umi..Iman ni ha, dia kata sakit mata.." Dalam hati saya apa hal pulak si Iman nih. Iman ni kalau bab sakit, memang kuat sikit autanya. Tak tau dia sakit betul atau main-main.

Kelmarin, dia mengadu sakit kepala. Memang dia ada migraine dan matanya perlu pakai cermin mata. Tapi kalau tengok tv, suka sangat mengadap dekat-dekat dan kalau dibiarkan berjam-jam depan komputer. Mahunya tak sakit kepala.

Saya panggil Iman dan bertanya dengan dia, sakit macama mana. Kata Iman mata dia merah, gatal dan pedih. Hmmm...mungkin dapat sakit mata lah tu..

Bila saya balik dari kerja petang semalam, memang mata Iman sudah kelihatan merah. Hmm.. memang betul sakit matalah tu..

"Sakit lah umi mata adik, rasa gatal sangat..!"
"Alah, biasalah tu.. dah nama sakit mata.."

Teringat orang tua-tua suka pesan..kalau jumpa orang sakit mata dan dia kata sakit mata, kita balas sakit bontot hehehe.. Kononnya untuk mengelakkan daripada berjangkit. Entahlah, betul ke tidak petua tu.

Tapi ada satu petua yang boleh digunakan.. Caranya, ambil segelas air (air paip pun takpe). Bacakan al-Fatihah sekali, selawat atas nabi 3 kali dan baca "Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali". Basuh muka dengan air tersebut dengan meratakan ke bahagian mata.
InsyaAllah dapat mengurangkan sikit sakit. Wallahua'lam.

2 comments:

aJa said...

hehehee...

tuutttt...

diyanordin said...

Kak Nik,

cerita pasal sakit mata. Teringat nenek saudara cerita masa dia di Mekah.

Kebetulan sebilik dengan dia, ada seorang makcik tu sakit mata. Nenek saudara cakap begitulah. Kau sakit mata, aku sakit bontot.

Nak dijadikan cerita, masuk ke dalam bilik air untuk angkat wuduk. Dia terjatuh. Katanya, sakit betul bontotnya.

Kata nenek saudara, betul la.. di apa saja cakap di mulut langsung jadi doa. Dengar ceritanya, Diya tertawa. Tapi fikir-fikir balik, betul jugakan. Kata-kata itu doa. Tapi itulah, petua orang tua-tua dulu. :)