RSS

Monday, March 21, 2011

Jom baca...


Dalam sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk majalah bulan April, saya sempat membelek-belek sebuah buku. Chicken Soup for the Soul - Mother and Daughter. (gambar dari cik google)

Sebenarnya saya tak perasan pun kewujudan buku ini, entah macam mana kebetulan sambil-sambil mengemas rak buku Efa yang bersepah, tiba-tiba terpandang buku tersebut. Saya tanya Along dari mana dia dapat buku tersebut (Along memang suka beli buku-buku motivasi), katanya dia pinjam dari Ciknanya.

Bukunya tidak begitu tebal, dalam 400 mukasurat sahaja. Lalu dalam duk tension dan stuck buat kerja, saya capai buku tersebut dan mula membaca. Hmm... memang sukar untuk dilepaskan! Memang banyak inspiring stories di dalamnya. Kerap kali juga air mata saya bergenang membacanya. Kisah ibu dan anak merakamkan kenangan sudah pasti menyentuh hati.

Saya baru sahaja menghabiskan 135 mukasurat. Ada satu kisah yang agak menyentuh hati saya..tajuknya Things I Never Told My Mother di halaman 75. Memang dalam kehidupan, kita sering ambil mudah atau take things for granted. Atau kita rasa tak perlu disebut kerana ia sudah difahami atau kita mengelak untuk menyebutnya sebab kita rasa tanpa menyebutnya ia takkan berlaku.

Contohnya mengungkap kata sayang kepada ibu - kita rasa tak perlu sebab kita beranggapan perkara tersebut sudah diketahui. Atau kita sudah pamerkan melalui perbuatan. Tapi sebenarnya kita tak sedar apabila diungkapkan, ia menjadi lebih bermakna. Dan setelah ketiadaan orang yang kita sayang baru lah kita sedar, kita tak akan mampu lagi menyatakan kepadanya. Hmmm...begitulah, bila kita tersedar kita sudah tak mampu lagi nak mengungkap kata-kata "emak, saya sayang mak sangat2".. Sedihkan??

Kalau anda berkelapangan, boleh lah baca buku ini... pada saya it's a must read book. Banyak pengajaran yang boleh dikutip.

4 comments:

Marzalina said...

kak nik...intan selalu rasa mcm nak ungkapkan perasaan dan kata2 sayang buat emak dan ayah serta keluarga, tapi sayangnya..perasaan malu sering mengatasi menyebabkan rasa itu hanya tersimpan di dalam hati...dan airmata saja yg mampu mengalir sbb tak punya kekuatan utk mengucapkannya :(

sya said...

salam kak nik...
saya memang suka sangat baca chicken soup tu... cerita2 dalam tu banyak sangat menyentuh jiwa....

Packy @ Mawar Merah said...

Salam Nik...betul tu Nik, ungkapkanlah selagi berkesempatan. Macam Marzalina kata, kak kdg2 malu juga nak cakap. Tapi, kalau duduk sebelah mak, suka urut paha dan belakang mak...one of my way to tell her that i love her very much.

dhan said...

salam kak nik ni yg buat saya teruja nak baca... nak carilah.. hik2 buat motivasi biasalah saya ni dok ngan mak byk kena baca buku motivasi agar tak stress paham2lah hehehehe