RSS

Thursday, August 6, 2009

Di Mana Keprihatinan Kita?

Dalam minggu ini sahaja, kita digemparkan dengan dua berita kematian bayi; satunya dijumpai di dalam mangkuk tandas (tandas guru) di sebuah sekolah agama di Gurun Kedah. Manakala satu kes lagi, lebih menyayat hati, mayat bayi yang telah dibaham biawak di Sg Peramu Kuantan.

Bayi pertama disyaki dilahirkan oleh pengawal keselamatan, manakala bayi kedua pula tidak diketahui jantina atau keturunan. Sebenarnya, sudah terlalu banyak kes kematian bayi (yang dibuang kerana status tak sah taraf atau dengan kata lain, anak zina) dilahirkan oleh wanita Islam.

Itu baru kes pembuangan bayi, belum lagi kes-kes gejala sosial lain yang melibatkan orang Melayu yang beragama Islam. Pasti sahabat semua masih ingat kes dua beradik yang mati kemalangan selepas melakukan kes ragut. Alangkah malangnya 'menempah' kematian sebegitu rupa!.

Justeru, tidak hairanlah jika ramai di kalangan orang bukan Islam memandang serong kepada umat Islam hari ini. Teringat sewaktu mengedit artikel untuk ruangan hidayah, bulan lepas, seorang saudara baru menyatakan, Islamnya dia kerana hidayah Allah. Kalaulah dilihat kepada perlakuan dan sikap umat Islam yang ada, maka tidak pernah teringin dia untuk memeluk Islam.

Hal yang sama juga pernah disuarakan oleh isteri kepada seorang tokoh politik tanah air. Beliau memeluk Islam sewaktu menuntut di UK. Teringat lagi dalam temubual kami pada tahun 1993, katanya, kalaulah beliau berada di Malaysia, beliau tidak akan memeluk Islam. Namun ternyata, Allah memberinya hidayah setelah melihat Islam di bumi UK.

Saya tidak menyalahkan mereka andainya begitu pendapat mereka. Betapa ramai umat Islam hari ini yang mengambil mudah dengan ajaran agama. Kita juga semakin hilang perasaan kasih sayang sesama kita. Jika tidak mengapa masih ramai di kalangan umat Islam di negara kita yang hidup menderita dan disaluti kedhaifan.

Dan terbaru, saya menerima emel dari adik saya Sham. Emel yang cukup mengejutkan. Mungkin ada di kalangan sahabat yang telahpun mendapat emel tersebut. Kisah pesakit Aids/HIV positif yang dijaga oleh gereja. Bayangkan apa jadi kesudahan hidup mereka dihadap oleh paderi? Memang mereka ini dari kalangan penagih dadah, namun sebagai saudara seagama (kita meyakini bahawa umat Islam bersaudara) di manakah tanggungjawab kita?

Isu ini memerlukan keprihatinan semua..dan kami di Muslimah sedang dalam usaha untuk menjejaki mereka. Doakan kami berjaya!

12 comments:

Suhana Shahril said...

Nauzubillah. Ana tak sanggup nak tgk gmbr baby yg kena mkn biawak tu. Tak sampai ati. Kiter ni nak dpt sorang anak pon..seksa sgt2..alah la..sakit sana sini..baby kecik la,air ketuban x cukup la, bila time nak beranak dh hal lain pulak, lmbt bukak la..mcm2 lg.Depa yg berzina ni, mudah sgguh masa mengandung, mudah sgguh time bersalinnya..lgsung xyah jumpa doktor.Kita ni siap nak cari doktor pakar sbb takut jd apa2 kalo disambut doktor pelatih.terpaksa kekang simpanan utk bayaran kos yg mahal semasa bsalin.Depa senang2 jer beranak dlm tandas.xyah kuar duit.tp depa x hargai kesenangan masa mengandung & masa bersalin.Depa buang jer.Ingat anak tu anak binantang ke?Itu lah ..pelikkan..Moga ada hikmah di sebalik kesusahan dan ksukaran yg kita lalui..

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

speechless... =(

redaksi muslimah mau kupas isu gereja dan pesakit hiv tu yer kak? hint kt blog tau =)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam Ana..
mmg lar kes bayi dibuang/dibunuh ini cukup menyayat hati! Dari satu dosa, mereka tergamak membuat satu lagi dosa. Begitulah jadinya apabila nafsu merajai hati..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

Salam nuar..
Insya-Allah, dengan izin-Nya.. setakat ni da dpt sumber yang pernah menjengah ke situ. harapnya tiada halangan untuk kami ke sana..doakan kami yer..

sya said...

hmm, betul2 tak tahu apa nak jadi dengan umat sekarang... diorang yang buang bayi tu, memang rasa dah tak kenal dosa dan pahala... kalau tak, takkan sanggup nak buang..
semoga ada balasan dan hidayah kepada orang2 ini..

dan, semoga warga muslimah dipermudahkan urusan.. :)

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam sya..
mudah2an.. tq.

Dearie Pearls said...

Salam..

LOVE is What Binds US Together..

Dearie Pearls said...

Salam Kak..
Sedikit info:

http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tempat-perlindungan-di-gereja.html

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam pagi lol.
mmg sepatutnya kasiah sayang menyatukan kita..namun ramai yang lebih bersikap individualistik...

ain said...

salam kak nik...tak tau lah apa nak jd ngan dunia sekrg ni. berzib\na pandai, bila dah beranak..main buang gitu2 aje. akak ada baca tak dlm metro semlm..bdk sek men lahirkan baby kat tandas sek, pas tu baby letak dlm beg sekolah. baby meninggal bila dh sampai klinik. cikgu pun tak tau ada baby dlm bag. ngeri bila dengar benda2 cam ni. mereka sungguh berani sampai buat cam tu.

kebykkan kita ni islam sebab warisan sbb tu masalah sosial berleluasa. tiada penghayatan sebenar ttg agama.

Dida... said...

Salam Kak Nik..

Hurm.. rumah baru.. very nice n cool.. :)

Apa yg ingin saya comment utk kali ini ialah saya kecewa dgn sikap manusia yg tidak berhati perut itu.. moga Allah membalas perbuatan terkutuk mereka itu..

Ya Allah moga Engkau lindungi akidah dan iman pesakit HIV yg dilindugi oleh Gereja itu.. dan memberi jalan agar mereka terlepas dari belengu kafirun..

NIk Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
hmm seronok dida dah kembali..mmg tak berhati perut mereka yang membuat perkara terkutuk tersebut.
Dan doa kita semoga mereka sentiasa dlm peliharaan Allah