RSS

Monday, August 31, 2009

Benarkah Dia???

Telah lama saya tidak mendengar khabar daripada dia. Dia yang saya kenali sewaktu sesi temubual lebih sepuluh tahun yang lepas. Seorang personaliti tv waktu itu. Saya berasa kagum kerana walaupun dari kalangan bangsawan, namun ternyata beliau sangat menjaga pekertinya dan menjaga auratnya.

Waktu itu beliau sudahpun mendirikan rumah tangga selama lebih dua tahun, namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Sesi temubual dibuat di rumah ibu bapanya di sebuah kawasan perumahan elit dan beliau memang tinggal bersama ibu bapanya.

Setelah setahun berlalu dari tarikh temubual tersebut, saya masih lagi berhubung dengan beliau, walaupun saya telah berpindah ke Kota Bharu. Kadangkala beliau menghubungi saya bertanya khabar atau sekadar memberitahu yang dia sekeluarga akan bercuti di luar negara. Ia bukanlah perkara yang pelik kerana beliau sendiri menghabiskan usia persekolahannya di luar negara, setelah menamatkan pendidikan awal di sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota. Begitulah rutin kehidupan beliau sekeluarga.

Setelah saya kembali semula ke ibu kota, saya tetap menghubunginya. Daripada stesen tv, saya diberitahu beliau telah bertugas sebagai guru Bahasa Inggeris di sebuah sekolah antarabangsa.

Seringkali juga apabila berkesempatan berbual, beliau menyatakan kesedihannya kerana dirinya didiskriminasi lantaran bertudung. Walaupun pentadbir sekolah tersebut seorang Melayu beragama Islam, beliau tidak terlepas daripada ‘ditegur’ dan dikutuk hanya kerana beliau bertudung dalam usia yang dianggap muda oleh pentadbir tersebut.

Saya yang mendengar cuma mampu beristighfar dan menasihatinya agar bersabar dengan kerenah manusia yang sebegitu. Di samping meniup kata-kata semangat, saya juga menggalakkan beliau mencari kerja lain kalau benar-benar tidak lagi suka dengan situasi di situ, memandangkan beliau berkelulusan dalam bidang perniagaan (kalau tak silap saya).

Setelah itu agak lama kami terputus hubungan, hinggalah suatu hari terlintas untuk kembali menghubunginya. Banyak perkara yang mengejutkan berlaku. Beliau telah bertukar kerja dan yang agak menyedihkan saya diberitahu rumah tangga yang dibina sekian lama telah menemui keruntuhan. Seperti diduga, alasan anak menjadi punca penceraian. Apalah yang mampu saya katakan selain daripada meluahkan perasaan simpati di samping doa agar dia terus tabah.

Hubungan kami akhir terus terputus. Ada juga saya cuba menghubunginya, namun beliau sempat membalas dengan mengatakan yang beliau sedang sibuk dan meminta berbanyak maaaf kerana tidak dapat berbual dengan saya. Lalu terputuslah hubungan kami…

Namun, kelmarin saya berasa sangat terkejut sewaktu menonton tv sementara menunggu waktu berbuka. Rancangan yang memaparkan bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur sedang bersiaran. Dan tiba-tiba, mata saya terpaku pada sesusuk tubuh yang ditemubual pengacara… Benarkah itu dia??? Kalau dilihat dari nama yang terpapar memang dia. Malah nada suara dan iras wajah ternyata dia. Namun benarkah dia yang saya kenal selama ini?? Mengapa tiada lagi sehelai kain yang menutupi rambutnya yang diwarnakan perang?? Tersentap sungguh hati saya melihat dia! Andai benar itu dia (dan saya yakin memang itu dia), apakah yang telah terjadi selama ini??

Alangkah sedihnya hati saya sebagai seorang sahabat dan kakak melihat adik yang saya kagumi dan sayangi sebagai saudara seagama berubah sedemikian rupa. Sememangnya hati yang berbolak-balik itu milik Allah jua. Semoga dia akan kembali diberikan hidayah oleh-Nya..

“Ya muqallibal quluub, thabbit qalbi ‘ala diinik”
‘Wahai Tuhan membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu’

19 comments:

Dida... said...

Salam Kak Nik....

Hati ini meronta2 ingin mengetahui siapakah personaliti tersebut... tp takpelah.... :)

Saya juga sedih memikirkan nasib beliau hingga beliau berubah drpd menjaga aurat kpd sbaliknya... betul kata Kak Nik.. moga Allah SWT memberikan hidayah kepada beliau spy berubah kembali...

Mama Nazhan said...

Salam ramadhan buat kak nik sekeluarga...
rasanya rancangan samsul ghau2 tu ke kak nik? sapa ekk?
kak nik buat kuih raya?

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hati berbolak-balik tu yg sgt nuar takut... =(

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dida..
hmm siapa dia..biarlah rahsia! Cuma sebagai orang yang kenal rapat dgn dia, terasa sedih sgt melihat perubahan dia..semoga Allah memberi dia hidayah dan memelihara diri kita.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam ramadan buat Bai sekeluarga jgk...kaknik dah lama tak buat kuih raya...klu buat pun rempeyek ngan kuih sarang tebuan je.. siapa dia..hmm..biarlah rahsia..

Nuar,
Mmg btol nuar, iman kita ni nipisnya bak kulit bawang, pasang surutnya bak ombak..sbb tu nabi s.a.w ajar kita berdoa sebagaimana yang akak catatkan kat bawah n3..cuma untuk betol makhraj chek doa dlm jawi ye dik!

haiza najwa said...

Salam subuh Nik..hati orang sapa tau. Mungkin dia diconfusedkn oleh dilema dan kemelut rumah tangga yg berantakan. Tudung x mencerminkan hati seseorang biarpun I sndiri bertudung. Mmglh ianya aurat dan amat brdosa. Tp ada certain stage or phase in our life kte akn buat kslpn n dia masih muda..slg blom ajal -ada jalan kembali. Ad silap yg bley diperbaiki.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak haiza...
Sebenarnya terlintas perkara yang sama di minda..adakah kerana masalah yang dihadapi mengubah dia...
Semoga dia akan bertemu jalan kembali..itu doa nik pastinya!

Shahabudeen Jalil said...

Cantik gaya penulisan akak ni.. teruskan usaha. terima kasih.

ain said...

saya pun takut jika hati saya juga berbolak balik satu hari nanti!!!

Mujahidah said...

kak, sham ada seorang kawan yang lebih kurang dengan kisah ni, bezanya sekarang kami semakin rapat..yang sham pohonkan pada Allah adalah ALlah buka hatinya semula utk bertudung. Tudung walaupun sekadar sehelain kain cuma tapi ia signifikan yang besar bagi seorang muslimah. Alhamdulillah shabat sham itu telah mula dengan solat malam dan solat fardhunya dia berusaha untuk menjaga..apa yang mampu doa sham kirmkan untuk dia, biarpun bukan rumahtangga masalahnya, tetapi masalah dia juga bersangkut paut dengan teman yang di jangka akan menjadi teman hidup dan dia pernah jatuh sakit dek buatan orang apa pun moga Allah sinari jalan pulangnya dengan sekuntum hidayah yang bakal memaknakan seluruh kehidupan insani...

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
Dik juga spt Dida..
Tertanya, siapakah gerangannya beliau?

Namun siapapun dia, semoga menyedari apa yg benar..

kakyong said...

ohhh ruginya sbb kakyong memang jarang tgk tv... habis layan kartun dgn anak2.. dah mula nak masuk dapur..

walau siapa pun dia, semoga ALlah bukakan hatinya utk kembali menutup aurat..

memang lah org kata tudung itu hanya sehelai kain.. tp itu lah pakaian muslimah.. kakyong mungkin tak sebaik mana, bukan tahap muslimah solehah.. tp rasanya nak cabut tudung tu.. rasa mcm malu.. kurang2 malu lah dgn org sekeliling, & malu dgn Allah..

sya said...

hmm..
kenapa ye jadi begitu..
ramai juga yang telah jadi begitu..
mungkin ada desakan dari dalam diri dia yang menyebabkan diri dia berubah, dan iman yang tipis tidak dapat menahannya dari berubah... jadi, pokok pangkal, biarlah tanamkan iman supaya apa2 pun yang melanda, diri kita tetap teguh.. :)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Shahabudin...
alhamdulillah, sedikit pengalaman dan kurniaan Allah.

Ain..
iyer ain..kerana hati itu milik Allah juga. Mohon padanya agar kita ditetapkan dlm iman.

Sham...sama2lah kitap panjatkan doa buat mereka.

Btol LoL...
Moga dia temui kebenaran dengan izin-Nya.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Salam kak yong.. itulah doa akak semoga dia diberi-Nya hidayah. Dan juga kita terpelihara dan dalam jagaan-Nya sentiasa..

Sya..
berdoalah kita juga sentiasa dikuatkan iman dan tidak diuji dengan apa yang tak mampu kita tanggung...

Shahabudeen Jalil said...

Ejaan nama saya Shahabudeen Jalil.

At last, dapat juga cari kelemahan penulisan akak ni. he he he.

Kelemahan orang kita mudah cari, kelemahan diri susah kita nak nampak. Oleh itu, dalam cerita di atas pun, kita kena rasa gerun kalau2 kita jadi macam orang dlm cerita tu.

Kita kena pandang org tu dengan kasih sayang untuk bebaskan dia dari penjajahan ideologi lain yang membuatkan dia tidak menutup aurat.

Kita tak boleh pandang hina dan jijik org seperti ini. Apapun, dia masih saudara seIslam kita.

Terima kasih atas reply.

ziekiera said...

Salam nik...
Kak zie amat x setuju buka tdung krana kemelut rtangga..ooo klau dah bercerai berai buka tudunglah biar saham naik..apa pkai tudung saham jatuh ke...tngok janda akil hayy sikitpunya lawa brtudung n berjubah..klau dah cantik pakai apa pun ttp cantik..klau dah x cantik x pkai baju pun org meluat tengok..hehehe

Shahabudeen Jalil said...

cantik tu bukan pada rupa paras semata-mata. Cantik itu pada keseluruhannya.

Jika fizikal cantik, perangai macam setan pun tak cantik gak.

Tapi kalau fizikal tak cantik, budi pekerti mulia. Nampak cantik juga akhirnya.

idasm said...

salam kak nik.. lamanya tak singgah kat sini.. sejak2 bergelar student dia.. masa begitu terbatas.

mcm2 hal berlaku di dunia ni. takpe kita doakan semoga pintu hatinya terbuka kembali utk bertudung dan beramal.... insyaallah...