RSS

Monday, August 3, 2009

Singkat...Tapi Mengujakan!

sawah padi..sayup mata memandang, ada yang sudah boleh dituai, ada yang sedang memberat dan ada yang baru berbunga.

Gunung Jerai nampak berbalam.

Cantik tak gambar pemandangan ni? Ni gambar-gambar sewaktu saya balik ke kampung suami di Kedah. Memang sudah lama saya tidak ke sana. Kali terakhir setahun yang lalu. Anak-anak saya suruh mereka ponteng dua hari. Tak mengapa, kerana mereka memperolehi ilmu yang tidak boleh ditimba di sekolah.

Kami sekeluarga bertolak pada hari Sabtu, 1 Ogos, jam 1 tengahari. Sebelum ke rumah abang ipar di Taman Gurun Jaya (di kaki Gunung Jerai), kami singgah di rumah nenek saudara suami di Pondok Pokok Sena, Kepala Batas, Penang. Ini sebenarnya kali pertama saya dan suami mengunjunginya setelah kami berkahwin. Teringat pesanan arwah mak mertua yang menyuruh kami menziarah bapa saudara yang memeliharanya sewaktu umurnya 7 tahun sehinggalah arwah mak berkahwin.

Bapa saudara arwah mak bernama Tuan Guru Hj Ahmad Tuan Hussin al-Banjari. Arwah bersama ayahnya yang mengasaskan Pondok Pokok Sena ini. Dan arwah juga merupakan ahli parlimen PAS pertama (Kerian) pada tahun 1955. Isterinya yang kami ziarahi bernama Hajah Sofiah Hj. Idris (kami panggil toksu). Umurnya sudah menjangkau 101 tahun. Alhamdulillah, ingatannya masih kuat, matanya juga terang. Masih boleh membaca Quran tanpa memakai kaca mata. Cuma dia tidak lagi boleh berjalan kerana lututnya sudah tidak kuat dan pendengaran juga sudah kurang. Mungkin amalannya yang selau mengaji (beliau merupakan guru Quran) membuatkan ingatannya masih kuat.

inilah toksu Hjh. Safiah Hj Idris..masih maniskan walau usia sudah 101 tahun

Beliau sibuk menyuruh kami makan malam di rumahnya. Menurut anaknya, Hjh. Zainab yang kami panggil panggil Mak Anjang, toksu akan meluahkan rasa terkilan kepada anak-anak kalau tetamu tidak makan di rumahnya.

Kami tiba di rumah abang ipar jam 11 malam setelah lebih 2 jam di Penang. Hari Ahad, bermulalah aktiviti berjalan-jalan. Kami membawa anak-anak ke kampung kakak ipar di Kangkung selepas aktiviti makan laksa di Teluk Kechai (Jalan Alor Setar-Kuala Kedah). Menariknya laksa di Teluk Kechai ialah kuahnya ada sambal kelapa (kata kakak ipar saya, sambal tersebut campuran kelapa parut, udang kering dan cili kering digiling). Kuahnya laksa menjadi lebih lemak dan sedap.

laksa Teluk Kechai yang menyelerakan.. kami pergi sepuluh orang order laksa 11 pinggan..hehehe

hmm.. kenduri laksa! 11 pinggan laksa, 10 gelas air teh o ais, 3 pinggan pulut inti (10 biji setiap pinggan) dan 10 biji telur rebus...baru RM51.50, murahkan??

Sampai di Kg Kangkung, anak-anak bukan main seronok kerana mereka mendapat pengalaman melihat sawah padi dan memancing. Langsung tidak kisah matahari terik di atas kepala. Terjerit-jerit sewaktu dapat ikan haruan dan lampan (dua ekor je setelah berjam-jam di tepi tali air belakang rumah Tokwan Ahmad heheh). Ada sesi minum air kelapa muda. Anak sulung abang ipar, Khairi Laila Suhaida yang jadi tekong.. Ala bekerja di Mayban Tasek Gelugor, Penang. Kebetulan cuti hujung minggu memang dia selalu balik ke Gurun. Kami turut mengheret dia ikut serta!

halaman rumah Tokwan Ahmad..rumah tepi sawah..memang best.

gambar pokok padi yang diambil oleh kaklong.

kelapa ini agak unik..Tokwan Ahmad kata namanya nyiur kelubi, ada rupa tandan kelubi kan?

kaklong, Iman dan sepupunya Abg Am yang mencuba nasib memancing. Tak dapat pun. Yang dapat ikan Kakcik Nurul Wahida.

Setelah itu pergi pula ke air terjun Perigi.. sesi mandi manda pun bermula! Sempat dua jam mereka berendam. Saya dan kakak ipar cuma jadi pemerhati. Hmmm percutian singkat yang mengujaka!

air terjun Perigi..memang tinggi sungguh

21 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

oh terujanya pd 5 perkara ni..

sawah padi

toksu

laksa

suasana kampong

air nyiur muda

oh jelezzz =D ngeee...

miesha said...

salam.
bestnyer menikmati suasana kampung yang ada sawah padi lepas tu jumpa lak ngan toksu...gi memancing lagii
dan yang best...makan laksa tuuu...bestnyer laksa...

ain said...

cantiknya air terjun tu kak Nik. seronok klu dpt mandi manda.

psst...saya lum pernah nengok sawah padi dekat2. teringin gak nak nengok. tp tak tau kat mana johor ni ada sawah pd.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Nuar, mmg besssst sgt! Kat blkg rumah tokwan Ahmad nak keluar ke tali air, dia buat pangkin..angin dari sawah bertiup punyalah segar best sangat..akak rasa taknak balik duduk blkg tuh..heheh

meisha.. salam
mmg best.. bukan budak2 je sronok akak pun terlebih sronok heheh! Laksa tu mmg kelasss!

ain..
rasa akak kat melaka, dekat area Bachang ada sawah. heheh..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak...
Rindu kat kampung halaman plak..
Mesti best jer kan...

RIndu sawah padi, nenek, makanan kg, mandi manda, mancing..
aiseh...
rindu serindu rindunya...

NORHAYATI BERAHIM said...

Nik.best2..terutama part memancing tu, dapat tak sepat ronggeng?

mawar merah said...

Nik..dah dekat ngan tempat akak tu pondok pokok sena...naper tak cakap, kalau tidak boleh ker jumpa.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

hi lol..
mmg best, akak rasa akakpun akan rindukan suasana kat kg Kangkung ni..

salam kak yati..
mana lar org pancing sepat.. mulutnya kecik lar.. hahaha! tapi sepat ronggeng (org kedah kata sepat kedah) tu dah payah nak dpt. begitu juga sepat benua..sepat yang besar tu..sbb benih ikan tu banyak dah mati kena racun padi..

Lor kak mawar kat situ ker.. masa ni nik kat Gurun lagi nih.. esk baru nak balik hehehe.

sya said...

bestnya makan laksa...
kak nik, saya pernah panjat gunung jerai...
teringat lagu yang ada sebut gunung jerai, pantai merdeka tu... :P

Lily Haslina Nasir said...

bestnya tu....
kita memang suka sangat kalau cik lan ajak gi kedah/perlis rumah sedara ayahnya..

nak pulak kalau musim pelam.. best banget gitu!

laksa belah sana pun.. emmm... boleh buat meleleh air liurlah..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam sya..
mmg best laksa tuh..hmm kaknik pernah naik Gunung Jerai masa baru2 kawin dulu je.. owh..akak tau gak sket2 lagu tuh..hahaha..

lily..
mmg bestlar..especially makan2 nih hehehe.

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Kita mkn laksa Teluk Kechai time malam....malam pun bukak ek...mmg pemes laksa Tluk Kechai nih...

Suhana Shahril said...

kak nik..kat pokok sena..ramai adik beradik ana sblh mak.pondok kat pokok sena mmg tkenal.akak jarang balik sblh utara ye?nnti mai perlis pulak..musim buah pelam/mangga harum manis start bulan 3.hehe..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam
Milah.. mmg dia buka sampai malam..
laksa teluk kechai tu mmg terkenal. Akak pun baru beberapa kali je sempat makan sbb jarang balik kedah.

suhana..
mmg jarang balik utara sbb mak dan ayah mertua dah tak ada.. akak pernah sampai perlis. insya-Allah boleh pi makan pelam bila2..heheh

zara aluwi said...

Assalamualaikum Nik,

Negeri yang paling akak suka kunjungi adalah KEDAH. Tiap-tiap tahun akak ke sana sambil melawat kakak angkat yg tinggal di Kota Kuala Muda. Semua tempat di Kedah akak dah habis round. Memang seronok sbb segalanya ada di sana. Terutama sawah padi dan air terjunnya tinggi2. Laksa di Pantai Merdekanya pun best. Peristiwa menaiki bot dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai ada akak selitkan ke dalam novel Belahan Jiwa. Hehehe sungguh mencuit hati.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak zara..
mmg best kan..tak puas tgk sawah padinya.. air terjun hmm..
sebuah rumah tepi sawah..mmg best rumah pakcik ahmad tu..!

az_abrar said...

salam kak nik. air terjun perigi tu kat mana ? gurun ke ? cam nak p je...

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam az..
Dekat Yan..pegi lar. mmg cantik....

diyanordin said...

Salam...

Kedah...

Diya rindu kedah!!! Dulu masa kat U, selalu drive g gunung jerai. Naik sampai atas. Curi-curi pergi sana tak bagi tau mak ayah. Uhu...

Rindu nak bau bendang, rindu nak hirup udara pantai yang berbau selut, rindu nak dengaq orang cakap kedah.

Rindu nak balik kg..!!

uhu...sob sob sob...

sedihnya tak dapat sambut puasa kat sana lg.

p/s: Terima kasih bertandang ke blog diya. =)

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam diya..
tq buat kunjungan balas...
mmg best diya berada di suasana perkampungan dan sawah ..tak tergambar ngan kata2

Fir said...

Salam,

Tok su ingat lagi sejarah lama kak? seronok saya baca kisah dia ni...subhanallah,...dipanjangkan umur...