RSS

Thursday, August 27, 2009

Pertemuan…

Salam untuk semua! Sudah lama saya tidak menulis di blog. Kekangan masa dek kesibukan mengejar deadline untuk majalah, ditambah ketandusan idea membuat saya terpaksa melupakan seketika untuk menulis.

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada semua.

Awal Ramadan kali ini dan dua minggu sebelumnya, merupakan minggu pertemuan dengan sahabat-sahabat lama.

Dua minggu sebelum bermula Ramadan, saya diziarahi oleh adik saya Rabiatul Adawiyah atau Bie. Bie sekarang bekerja di Ipoh dan datang bercuti di KL. Antara agendanya ialah melawat kakaknya ini… Bie datang bersama kakak angkatnya, Sya. Sempat bersembang dan minum dengan Bie. Hmm…entah bila dapat berjumpa lagi dengan Bie dan adik yang dua orang lagi, Ria dan Qema, sahabat baik Bie..Rindu saya dengan mereka.


Sehari sebelum puasa, saya telah berkesempatan bertemu dengan sahabat lama yang telah terpisah 23 tahun lamanya. Nyaris tak kenal. Terkejut juga apabila mendapat panggilan telefon daripada Che Sal pagi itu mengajak bertemu di Sogo. Salbiah, merupakan sahabat sewaktu bersekolah menengah dan berjumpa kembali di Facebook. Aduh hai..makan hati tengok Che Sal maintain ayu! Hahahah…


Dan di awal Ramadan, saya tak sangka sebenarnya akan balik berbuka hari pertama di kampung. Percutian yang tidak dirancang sebenarnya. Kebetulan, suami terpaksa balik ke Kedah untuk menguruskan hal tanah pusakanya. Apabila dioffer untuk balik kampung dan dia membelikan kami tiket bas, sememangnya peluang yang tidak wajar sama sekali ditolak. Agak lama juga saya tidak balik ke kampung dek kesibukan. Alhamdulillah, dapatlah berbuka puasa dengan ayah dan kakak kedua saya dua hari berturut-turut.

Amacam?? Anak ayah tak saya nih? Sebenarnya saya sangat suka kalau orang kata saya anak ayah, walaupun banyak perkara yang kontra.. of coz..ayah lelaki, saya perempuan; ayah tekun dan berdisiplin, saya..ngeeee!!; Ayah pandai menjahit, saya cuma pakai baju yang ayah jahit! Cuma saya ni pandai mengaji macam ayah (iyer ker???) dan yang penting saya anak ayah hua! hua!.

Sekadar mencoret sedikit kali ini…melepas tension, sebelum saya kembali bergelut dengan deadline. Adusss!!

Ps: Terima kasih buat sahabat yang sudi berkunjung ke blog saya walaupun tiada cerita terbaru. Dan buat kak Haiza Najwa yang sering berkunjung, terima kasih di atas support yang diberikan.. harap puas hati walaupun sekadar catatan peribadi!.

15 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

alhamdulilah...dapat berbuka 1st day puasa tu kira dah best lah tu kak...kejar deadline tu jgn x kejar...hikhikhik =D selamat berpuasa kak =D

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam nuar..
iyah...mmg kejar pun..
selamat berpuasa unt nuar jgk..

Nik Fauziah Nik Hussin said...
This comment has been removed by the author.
Hz Njw said...

untungnyer masih ada ayah..junjungan kalbu

Dida... said...

Salam Kak Nik..

Memang anak ayah la Kak Nik ni.. serupa sangat.. waa.. ayah akak pandai jahit baju?? hebat tu... abah saya pulak, pandai masak.. kalau lelaki yg ada kebolehan spt wanita ni di anggap hebat la kan..

Semoga akak berbahagia selalu..

Salam Ramadhan dari saya... :)

ain said...

salam kak Nik..hopefully akak n family sihat2. lama x dengar citer akak. sibuk upernya.. sy pun nak ucapkan salam ramdhan al-mubarak utk kak nik sekeluarga!!!!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Kak Haiza..
alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur ayah, walaupun uzur.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam dida,
Bestnya bila org kata muka akak serupa ayah hehehe... alhmdulillah, ayah mmg pandai menjahit tp sekarang dah tak menjahit lagi sbb dah tak sihat. Ayah akak mmg pandai menjahit, memasak dan bertukang. Anak dia je yang kureng!!
Salam ramadan untuk dida jgk..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

ain.. alhamdulillah akak sekeluarga sihat seadanya. Selamat menyambut ramadan jgk untuk ain sekeluarga!

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Sis..

keja paling menyakitkan ialah yg mengejar deadline..

ku fahami..

Salam Ramadhan Sis..

Mujahidah said...

Salam Ramadhan kak nik... nampaknya kita ada persamaan suka digelar anak ayah, walaupun kontranya boleh tahan, and yes memang sham pon anak ayah :) and ayah sham pandai memasak..kalau dia masak memang best..dah kahwin ni dapat abah pon memang pandai masak..alahai beruntungnya diri di kelilingi insan2 hebat.. Alhamdulillah

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam LoL...
Lol sihat ker..t.kasih..
hmm..mmg penat dik.. tp itulah keseronokan bekerja..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

sham..
hahaha..mmg bangga digelar anak ayah kan?? suka sgt kan.. tapi sayang mak tetap sayang kan..

dS said...

Salam Ramadan Kak Nik!
Amboi, siap tangkap gambar dgn ayah kesayangan.. sikit lagi nak masuk kat celah ketiak! Hehehe... semenjak anak dah besar2 ni, DS rasa segan plak nak bermanja dgn ayah lagi.. huu huu!

Nik Fauziah Nik Hussin said...

dS..
nak bermanja masa dia adalah..apa nak disegankan..kan ayah kita..heheh