RSS

Tuesday, August 11, 2009

Dunia Tanpa Sempadan...

Pasti ramai di kalangan para sahabat tahu mengenai Facebook. Saya sebenarnya tidak begitu mahir sangat dengan pelbagai kemudahan IT ini. Teringat di awal pembabitan dalam penulisan blog. Setelah digesa oleh rakan-rakan penulis, barulah saya ‘terhegeh-hegeh’ membuat blog.

Sebagaimana yang pernah saya beritahu dulu, saya rasa tidak begitu memerlukan blog kerana saya sudah ada ‘media’ saya sendiri. Namun akhirnya lahir juga blog Kembara Seorang Penulis ini, dengan pertolongan adik saya Dayah. Dan yang manisnya, menerusi blog ini saya dapat bertemu dengan saudara saya Ibu Junes.

Sewaktu ‘dijemput’ untuk memasuki facebook oleh Farrah Adeeba Mohd. Asyraf, saya agak keberatan juga. Pertamanya, saya tidak begitu mahir IT dan kedua saya sudah cukup selesa dengan blog saya. Tapi ajakan tersebut saya sambut juga meskipun jarang-jarang benar saya membukanya. Namun tanpa saya sangka, sekali lagi kemudahan IT works its miracle.

Siapa sangka saya akan bertemu semula dengan kawan-kawan sewaktu persekolahan dahulu. Saya agak terkejut apabila pertama kali disapa oleh sahabat baik saya sewaktu di Asrama Felda Kuala Lumpur (AFKL) dan di MGS KL, Liz Mashod. Ia membawa kembali kenangan sewaktu kami sama di tingkatan satu. Menitis air mata saya mengingatkan kembali saat tersebut. Siapa sangka sahabat saya itu kini telah pun bermastautin di Connecticut sudah 14 tahun lamanya!

Dari situ juga saya bertemu dengan senior-senior saya sewaktu di AFKL Lumpur. Kak Aminah Hashim yang pernah sebilik dengan saya, kini bergelar seorang doktor. Kak Noorhashimah Ismail, cikgu Kimia yang pekat lagi loghat ‘Nogorinya’ walaupun mengajar di Perak. Kak Norana Maulud a.k.a Kak Yus, yang juga pernah sebilik dengan saya, kini mengajar di Felda Penggeli Timur. Saya sempat berbual menerusi telefon dengan Kak Yus minggu lepas. Kak Yus masih lagi kelakar orangnya dan suka membuat lawak spontan tetapi dia maintain selamba!

Begitu juga Norlaila yang mengajar di Sekolah Islam Adni dan Salbiah yang bekerja di bank. Pendek kata, ramai lagi kawan-kawan lama yang muncul di facebook saya.

Dan pagi ini, saya telah disapa oleh seorang lagi rakan sekelas sewaktu di MGS. Wong Pooi Yee, seorang rakan berbangsa Cina yang sangat peramah dan baik hati. Teringat saya, beliau pernah berlatih nasyid bersama kami untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam MGS. Kini beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki (berdasarkan gambar beliau…tapi saya sudahpun mengirim emel bertanya lanjut tentang dirinya).

Benarlah kemajuan teknologi hari ini, telah ‘menyempitkan’ ruang lingkup perhubungan. Dunia kini sudah tiada sempadan lagi!

10 comments:

Cik Anis Safira said...

Cuyah.. mintak facebook cuyah...

Mujahidah said...

kak, sham sendiri bertemu semula dengan sahabat2 sekolah rendah melalui facebook..memang rasa nak menitik air mata mengimbau perjalanan hidup zaman kanak2.tak dapat nak diungkapkan dengan kata2.malah seorang dr kawan saya tu kini seorang peguam..Subahanallah hebat singguh kuasa Allah tu kan..

ain said...

bestnya jumpa rakan2 lama. saya belum lg jumpa sapa2. may be sbb saya tak aktif di FB.

mawar merah said...

akak pun dpt jumpa kwn2 lama thru facebook, baru balik dari reunion dinner yg dijayakan dengan pertolongan facebook jugak...lawat ler entry akak ttg pertemuan semula tu...

Dida... said...

Salam Kak..

mcm best je bunyi nya... nak juga buat facebook.. tp nak handle blog pun rasa berat.. InsyaAllah, kalau diberi kekuatan.. nak juga ada FB sendiri..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

Ya.. cuyah dah bagi tu..nnti jgn lupa update story..

Sham..
mmg tak dpt dinafikan seronok sungguh dpt tahu perkembangan kawan so far ada tiga kawan sebaya yang dah jd doktor. Tengah dok cari lagi hehe.

ain.. mmg best jmpa kawan lama (tp terasa ramainya kawan akuuuu!!hehehe). Tak per ain pelan2..nnti dah jumpa mesti excited

waaa..kak mawar mesti bestkan? Nik baru dpt tahu smlm ada reunion kat MGS Sabtu nih heeheh..

Dida.. klu nak cari kawan2 yang MIA tu..mmg ok rasanya tru fb nih heheh..

LotsOfLove-Pearls said...

Salam Kak..
Facebook?
Tagged?
Friendster?
Myspace?

Tapi LoL dh jatuh cinta ngn Blog. Hehe..

ader banyak web yg membawa kita ke seluruh dunia dengan syarat pergunakan sebaiknya.

Dan kepada Kak, tahniah coz bertemu ngn kwn2 lama..

Nik Fauziah Nik Hussin said...

LoL dear..
mmg tak dinafikan.. akak pn lebih jatuh cinta dgn blog..
tp di fb rasanya mcm best untuk cari kawan2 hehehe..

sya said...

salam,
saya pun ada FB.. tapi, lebih fokuskan pada blog dari FB.. hehehe..
sebenarnya tak berapa mahir lagi facebook ni..

tapi, memang seronok bila terjumpa semula kawan2 lama.. :D

kakyong said...

kaknik,
memang dgn FB byk dpt jumpa semula kwn2 lama.. :D
cuma kekdg tak terlayan nak amik tau al kesah semua org... ahaksss...
btw, memang satu jaringan yg bagus..