Sudah teramat lama rasanya bertapa daripada menulis blog! Sejak balik dari Kota Bharu, saya benar-benar diselubungi penyakit malas (heheh macam diselubungi misteri la plekk!). Serba serbi malas, hinggakan terasa seperti nak duduk dan tidur sahaja sambil layan novel (tapi mana boleh kan?? Amanah mesti dijalankan). Walaupun sebenarnya terlalu banyak yang ingin dicoretkan untuk berkongsi dengan para sahabat semua, tetapi dek ketiadaan mood, hari ini barulah dapat saya mengerjakan sesuatu.
Pada hari Khamis minggu lepas saya telah menaiki bas untuk ke pejabat. Alhamdulillah, orang tidaklah ramai, hanya saya dan dua orang wanita India di perhentian bas berhadapan masjid di Karak Highway itu.
Tak sampai lima minit menunggu, bas U2 dari stesen bas Greenwood berhenti di hadapan kami. Setelah memasukkan duit ke dalam mesin, saya segera mencari tempat duduk single. Bas tersebut tidak ramai penumpang, maklumlah telah lama waktu sesak berlalu. Setelah melabuhkan punggung, saya segera mengeluarkan novel untuk mengisi masa perjalanan. Kalau naik bas, saya memang suka membaca. Pertama untuk mengelakkan perasaan jemu dan kedua mengelakkan daripada tertidur di dalam bas!
Baru saja saya membuka buku, tiba-tiba wanita India yang naik bersama saya dari perhentian tadi menegur saya. Dia duduk di belakang tempat duduk saya. Terpaksa saya menoleh ke belakang, untuk memastikan apa yang ditanya olehnya.
Setelah menjawab, saya kembali menumpukan perhatian kepada novel di tangan. Tiba-tiba wanita tersebut bercakap lagi. Rupa-rupanya dia ingin berbual dengan saya. Katanya dia sedang memikirkan bagaimana jenazah Micheal Jackson akan dikebumikan.
“I was wondering how aaa.. they are going to bury Micheal Jackson? They said he’s a Muslim. But aaa.. my children said over there, they don’t care lah.. not like Malaysia..”
Saya hanya tersenyum mendengar celoteh Aci tersebut. Dalam hati terasa lucu pun ada. Tapi tidak dinafikan, sayapun sebenarnya tertanya-tanya bagaimana jenazah Micheal Jackson atau nama Islamnya Mikael akan diuruskan kerana tidak ada sebarang kenyataan dibuat mengenainya (sehinggalah pada Jumaat lepas, keluar berita mengatakan yang jenazahnya akan diuruskan secara Islam).
“You know, I rasa kesianlah dengan dia..”
Ya Allah! Aci ni tak habis lagi rupanya memperkatakan tentang kematian Micheal Jackson.. hahaha..! Terpaksalah saya menyengetkan kepala untuk mendengar celotehnya.
“Dia cari Tuhan tapi tak jumpa..Dia sangka masuk Islam dia akan jumpa Tuhan tapi tak jumpa. Itu sebab dia ambik dadah.” Saya hanya tersenyum memandangnya sambil membiarkan dia terus bersuara.
“I seldom go to temple…but I always teach my children every morning to thank God. Night before sleep too. Thank you for giving us life. Kita ni nothing tau,” katanya bersungguh-sungguh
Hmm.. memang betul apa yang dikatakan oleh Aci tersebut. Kita ni tiada apa, nothing!
“You cari Tuhan mana-manapun tak jumpa tau…kuil ke, church ke, masjid ke.. Tuhan ada dalam diri kita. Itu sebab Micheal Jackson tak tenang! I kalau orang tanya, I ni Hindu ke, I jawab I believe in God. Hindu, Islam, Chirstian ka, is just a religion,” ngomelnya lagi.
Saya sekadar tersenyum mendengar hujahannya. Tiba-tiba dia bertanya saya, mengapa ramai orang Islam yang melakukan perkara yang tidak baik.
“Kalau betul Islam agama baik kenapa mereka bunuh orang di Kashmir, Bali. You tau kan, ada satu hari saya naik bas. Ada dua orang perempuan duduk depan saya. Pakai tudung. Lepas tu ada satu orang tua naik. Saya tengok, itu perempuan tak bagi pun tempat duduk pada orang tua tu. Saya pun sudah ready mau panggil orang tua tu, tapi ada satu budak Melayu tak pakai tudung, dia panggil itu orang tua. Lepas orang tua tu turun, saya tanya budak itu. Apa pasal you tak pakai tudung. Dia kata panas dan dia tak ready. Tapi saya kata you baik tolong orang tua tu”
Saya agak terkedu mendengar ceritanya. Dalam hati terasa sedih pun ada, betapa setiap daripada kita sebenarnya menjadi syiar kepada agama yang kita anuti. Jika buruk perlakuan kita, maka yang ternampak buruk adalah agama kita. Sebab itu di zaman solafussoleh, akhlak para sahabat seringkali dikatakan sebagai Quran yang berjalan. Malangnya ramai di kalangan kita yang tidak sedar, perangai dan kelakuan kita jika tidak kena caranya akan menjadi fitnah kepada agama yang kita cintai.
Belum sempat saya menjawab pertanyaannya, Aci tersebut berkata lagi, “pada saya tak perlu kita tunjuk-tunjuk. Selalu pegi kuil pun tak guna kalau Tuhan tak ada dalam hati you. Itu pasal saya takde pakai tanda putih dekat dahi atau ikat tali pada tangan. No use kalau hati tak baik. Kenapa aa you pakai tudung?” tanyanya tiba-tiba.
Inilah peluang untuk aku menjawab, kata saya dalam hati. “Auntie, semua orang boleh mengaku Muslim. But there’s a difference between a Muslim and a practicing Muslim. Saya pakai tudung, sebab Islam suruh. I’m a Muslim and I tried to be a practicing Muslim, a good and pious Muslim. Kalau betul orang tu mengaku Islam dia akan ikut apa yang Islam ajar. Sama juga macam orang Hindu, mereka akan ikut ajaran Hindu. Because like you said, we believe in God. There's God in us. So we have to follow what God says, right?”
“Yeah.. you are right. Tapi saya selalu pesan dengan anak saya kalau boleh jangan kawin orang Islam. Nanti dia kena masuk Islam. Nanti dia tak boleh balik pada saya,” ujarnya lagi.
Lalu saya memberitahunya, kalau anaknya betul-betul mengamalkan ajaran Islam dan ‘menghidupkan Tuhan’ dalam dirinya, anaknya akan jadi lebih baik daripada sebelumnya.
Dia terdiam seketika. Kemudian dia terus berkata, “anak saya ada tanya kalau dia kawin orang Islam saya marah ka? Saya kata kalau sudah begitu saya tak marah. I have to accept faith. Saya tak buang dia. Tapi saya takut sebab lelaki Islam boleh kawin sampai empat.”
Hmmm..itu rupanya ketakutan yang dirasai oleh seorang ibu. Tak salah kalau dia berfikiran begitu. Dari perbualan kami, saya dapat rasakan yang dia tidak pernah mendengar cerita kebaikan Islam. Dan seperti yang saya pernah katakan dahulu, ramai di kalangan saudara baru yang saya temui menyatakan kekesalan kerana tiada siapa yang pernah memberitahu mereka tentang keindahan Islam.
Kesempatan bersama Aci tersebut juga tidak banyak yang dapat saya perjelaskan. Jangka masa yang singkat ditambah dengan kelemahan diri untuk berhujjah juga menjadi penghalang. Terfikir di waktu itu, alangkah ruginya saya kerana tidak memiliki ilmu perbandingan agama agar dapat saya berhujjah dengan Aci tersebut.
Semoga dengan sedikit hujjah yang saya berikan dapat membuka mindanya untuk terus mencari kerana seperti katanya, dia suka membaca mengenai agama-agama lain. Dalam hati, saya sempat berdoa agar Allah memberinya hidayah, sebelum kami berpisah.
Apapun saya akui kata-katanya, kalau Tuhan ada di hati, kita akan temui ketenangan dan kebaikan. Dan bagi kita yang Islam ini, di situlah letaknya peranan Iman dan Ihsan.
16 comments:
Salam Kak Nik..
Terubat kerinduan dgn penulisan kak Nik ini... betul kata akak... kalau Allah bg kesempatan akak duduk lama dgn Aci tu.. dan akak dpt berhujah dgn lebih dlm lagi.. gerenti Aci tu terbuka fikiran dia ttg Islam.... kalau difollow up balik tu... InsyaAllah hidayah Allah pasti dtg...
Harap2 satu hr nanti.. kalau bkn akak orgnya... ada lah org yg akan membuka fikiran aci tersebut ttg kebenaran ajaran Islam.... sbb cara berfikiran ttg kepercayaan pada Tuhan tu dah ada.. tinggal kita nak twist sikit je....
hmm, saya antara yang hari2 jengah blog ni menunggu untuk baca entry baru.. :P
hmm, betul kak nik..
kalau Allah ada dalam hati kita, segala suruhanNya pasti kita akan ikuti dan gentar untuk melakukan apa yang di larang..
memang ada yang kata, "aku yang tak pakai tudung ni lebih berhati baik dari orang yang pakai tudung", atau pun, ada yang kata, "nama je bertudung labuh, tapi perangai, hampeh.." macam mana? kita adalah cermin kepada apa yang ada dalam diri kita..
hmm, entry kak nik yang ni terkesan dalam hati saya...
kalu nuar pn ada dlm situasi akak pn, blank jugak kpaler ni mau jawab aper...yelah...pkiran kiter tgh set nak balik tup2 dpt soklan cepuemas lak...
kalu betul macek india tu rajin mencari 'jawapan', satu hr nnt ketemu juga dgn izin Allah
tp kalu soklan dia sbnrnya berniat tak baek sblknya...atau dgn erti kata laen mahu menduga akak sbgi seorang muslim...harus kena cepuk itu macek...
emosi d situ...ngeee
salam kak nik , like the entri... memang betul bila dlm situasi begitu , rasa2 mcm nak terbang balik ambik buku kitab atau masuk sekolah semula ty ustazah huhuhuhu.. kalu ikutkan hati nurani saya kan...nak je cakap kat depa tu confirm jadi kayu api ! isk tak educated langsung pulak bagi hujahan... kang ada yang kena pelangkung huhuhu...:) peace...
Hmm..bagus nye nik! jwb dengan berhemah dan tenang, nak berdialog dengan non-muslim bila ada pertanyaan mcm tu, tak leh sensitif...baru ada ruang utk perbincangan. tapi akak sendiri kdg2 tak leh tahan kalau yg bertanya tu tujuannya nak ngentam jer.
Pernah sorang nasara tanya akak pasal apa pakai tudung, tak panas ker, tak rasa nampak kolot ker? akak pun cakap, "u tak rasa ker bertudung tu elok, sebab i tengok dalam agama u pun, wanita yg u anggap pious yg memduduki biara u pun tutup aurat..naper dia org tak pakai macam u pakai"...eh! betul ker aku jawab ni???hahaha...tu jwpan org sensitif kut.
Salam dida..
Perkara pertama akak terfikir masa tu sama mcm dida.. konsep ketuhanan tu dah ada. Harapnya semoga Allah memberikan hidayah buatnya!
salam sya..
terima kasih sudi masuk blog akak. Akak setuju dgn sya. bak kata orang tua, daripada buah kita kenal pokoknya.
Mmg ada yang bertudung boleh dipertikai akhlaknya tp sekurang2nya kewajipan menutup aurat tu dah terlepas kan??
Tapi yang terbaik seiring menutup aurat, tutuplah juga diri daripada akhlak yang buruk kan??
Nuar,
tak dinafikan mmg terkedu gak. tambah tetiba plak bercakap pasal agama kita. tp berdepan dengan mereka ni kita tak leh emosi.. dengar dan layan dulu..sambil tu dalam kepala susunlah strategi.
salam sheila..
mmg bila ditanya macam tuh, terasa sgt diri kita ni tak bersedia. tapi bila yang bertanya tu dalam nada yg baik, kita kenalah layan yang dengan baik.
kak mawar..
ditanya dek aci tu, sebenarnya nik rasa tercabar gak. tapi bila difikirkan balik kita tak boleh nak marah.. tu lar realitinya. Lagi satu sifat semulajadi nik kut tak reti nak berperang mulut hahaha!
Cuma masa tak mengizinkan nak bercakap lama ngan auntie tuh.. nak juga diterangkan kenapa asyik nampak orang Islam membantai orang kuffar? sedangkan org Islam duk kena tibai selalu depa tak nampak..
ye lar kan..Islam tu cantik..klu org asyik pelangkung kita, kita pun boleh balas balik kan?? takkan kena tenyeh selalu, jawapan kita pun asyik tq..tq.
Tapi terpaksa berpisah sbb nik da sampai ke stopping port nik hahaha!
salam kak Nik...
saya mengikuti beberapa penulisan kak Nik yang terbaru banyak berkait dengan diri saya...dari awal kenal di blog ni... lepas tu kak Nik menulis mengenai Dayangku Intan bertudung...saya tika tu nak memberi komen...tapi saya delete dan tak publish komen tu... Tapi apa yang saya nak komen tu dalam posting yang ni semuanya ada di sini....
Pernah tak rasa kadang kita kelu daripada nak bercakap tapi lepas tu ada petunjuk yang menjelaskan semua yang kita nak cakap tu...
Salam Nik,
Bagus cerita pengalaman begini. Pengalaman jadi pengajaran.
Tahniah.
Salam kak Nik. Sihat..??Lama betul akak menyepi...jd terindu2 le pulak.
saya selalu berdoa semoga Allah benar2 hadir dlm diri saya. Dgn itu saya boleh menjadi hamba yg solehah. Dpt mngelakkan sy melakukan dosa. Ikhlas dlm mengerjakan suruhannya.
Hahaha.. apela cuyah ni... malas sgt.. kekeke.. Ya fhm.. slalu gak Ya mcm tu.. lg2 kat australia ni... msk winter.. lgla mls nk kluar..
Mmm.. stakat ni xde lg kwn2 kelas tny Ya knp pakai tudung.. in fact dierg lyn mcm biasa jer.. siap bleh peluk2.. and stakat ni xde lg yg bertny knp Ya bertudung..
But bbrp minggu lps Ya gi umah kwn sekelas Ya.. org canada tp dh 6 thn dok australia.. dh jd penduduk ttp. Ya gi umah die sbb final project. masa die amik Ya kat bus stop anak die 2 org ada skali. lps siap2 cari brg utk projek die ajk gi umah mkn lunch. mula2 mcm brt hati gak sbb tkut die hidang benda yg kite xleh mkn. terkejut gak Ya bile die tny 'You only eat halal meat, right? Let's go find some at the supermarket, ok?' Anak die tny halal tu ape.. so die jwb "It's meat that can only be eaten by Muslim and done through a special ritual, right?" Die tny Ya. Ya angguk je. Kagum gakla sbb die tau and die amik berat psl benda tu. so gi lah cr. tp x jmpa kat kwsn umah die tu. last2 die beli fish filet je ngan chips pastu mkn ngan brocolli rebus. tula mknn mat salleh. kikiki.. dah mcm mana Ya x lose weight? haha..
Alhamdulillah stkt ni xde lg kena kutuk or gelak kat blkg mcm kwn2 Ya dok cerita. and hopefully xdela jd. kwn2 Ya siap kena kutuk sbb bertudung and ada gak yg tudung kena conteng masa naik bas. eee... tkut gak.. tp tula dugaan dok kat negara org ni ek?
salam Dr. Alya,
mmg kdg kala terkelu tu selalu sangat, tambahan pula mcm akak yang ilmu tak sebanyak mana nih. tp mcm dr cakap..Allah membantu terutama bila niat kita nak menyampaikan kebenaran.
salam Dr,
saya menulis berdasarkan observation dan apa yang dilalui seharian. Alhamdulillah diberikan Allah kelebihan bermain ayat2.
Ain..rindu ain jgk. Vitamin M banyak sgt hehehe. Ia ain, semoga kita sentiasa merasakan yang Allah 'ada' dlm diri kita.
Ya...
semoga ya terselamat dari bencana kejahatan manusia. rindu kat Ya.
kaknik,
memang sgt mencabar nak mjawab soklan aci tu..
seingat kakyong juga pernah ditanya soklan camtu.. kenapa bertudung, kenapa org islam byk buat jahat..
jwpn kakyong ' semua agama ajar yg baik.. dlm semua agama ade yg jahat & ade yg baik.. ni semua terletak pd amalan seseorg itu.. jika dia ikut anjuran baik, maka dia baik lah...
so tak semestinya islam sajer yg ade bad muslim, agama lain pun sama..
semua agama ajar arak tu tak boleh & dilarang.. tp tak kira kristian, hindu, islam pun ade yg minum arak.. "..
tp jwpn kakyong tu bila dikaji2 balik.. mungkin harus guna pendekatan lain yg lebih baik.. tp itu lah jwpn org yg cetek ilmu agama ni... & kurang memahami perbandingan agama...
btw, kakyong suka jwpn kaknik tu.
islam semakin ditakuti kerana kita umatnya semakin jauh dari syiarnya. semoga kita tak dituntut di akhirat kerana tidak berdakwah kepada mereka
salam k.nik... rindu sesangat...
suka sangat n3 kak nik ni.. betul tuh.. semua orang bleh mengaku Islam tapi sebnarnya the way kita mengamalkannnya yang membezakan kita ngan orang lain....
kengkadang saya malu sbb adakalanya alpa dalam mengerjakan suruhan_Nya... moga kita semua sentiasa dilindungi Allah hendakNya Amin....
salam kak nik.. lama ida tak jenguk blog akak ni.. hehe.. sibuk jalan2..
yelah kak, bila simpton malas dtg melanda.. rasa nak relax teruskan.. ida pun pernah mcm ni.
ida suka bc kisah akak dgn aci tu. betul kata akak, penambilan cermin peribadi. sebolehnya.. biarlah kita sentiasa berbuat baik selagi mampu kan kan...
Post a Comment