(pic dari blog Kak Haiza_haizanajwa.blogspot.com)
Dalam tempoh sebulan ini, saya sempat membaca beberapa novel. Salah satu novel yang agak mengesankan ialah Novel Kalimah Jiwa oleh Haiza Najwa, yang berkisar tentang kisah seorang wanita dijadikan pelacur oleh suaminya. Mengesankan kerana ia mengingatkan saya kepada golongan kelkatu malam ini. Sepanjang kerjaya saya, saya pernah come across satu kisah wanita yang berasal dari negeri Perak, dijadikan pelacur oleh bapa saudaranya, setelah kematian ibu bapanya. Beliau anak tunggal, yang kemudiannya 'dikendurikan' oleh bapa saudaranya sebelum dijual kepada seorang bapa ayam.
Hiduplah dia sebagai pelacur, jatuh dari satu tangan ke satu tangan sehinggalah dijual kepada seorang taukey di Singapura. Nasibnya agak baik kerana akhirnya dia telah dibebaskan, setelah diberitahu kisah sebenarnya. Dia kemudian berhijrah ke ibu kota dan bekerja di sebuah firma. Malangnya, ada yang mengetahui kisah hidupnya (bekas pelanggan) dan bermulalah episod sedih. Dia diganggu, di'harrash', diugut dan akhirnya kerana tidak tahan, dia mengambil jalan singkat kembali ke lorong hitam.
Kisah hidupnya dikongsi dalam satu seminar (pada tahun 1996), oleh Pink Triangle sebuah NGO yang menjaga kebajikan golongan pelacur dan golongan Mak Nyah.
Berhadapan dengan kes sebegini memang menyentuh perasaan. Siapa yang harus kita salahkan? Bagaimana peranan yang harus kita mainkan untuk menarik mereka keluar dari cara hidup menyimpang daripada lunas agama ini?
Begitu juga dengan kisah pelacur kelas pertama, yang terdiri daripada pelajar universiti. Mereka mengambil jalan singkat untuk menikmati kemewahan atau jalan penyelesaian masalah kewangan di kolej dengan menjadi call girl.
Itu belum lagi masalah keruntuhan akhlak remaja perempuan. Teringat sewaktu melawat pusat pemulihan di Negeri Sembilan. Ada satu kes seorang gadis berusia 15 tahun yang ditahan di situ, apabila mendengar kisahnya..tak tahu siapa yang harus saya salahkan. Kata Aishah (bukan nama sebenar), dia dimasukkan ke situ kerana ditangkap dalam satu operasi. Dia anak tunggal dalam keluarga yang agak berada, dibesarkan oleh nenek sehingga berumur 12 tahun. Kemudian diambil oleh ibu bapanya untuk tinggal bersama. Disebabkan kebosanan sering ditinggalkan sendirian, dia mula berkawan dengan kawan-kawan yang merupakan school drop-out. Juga sebagai protes kerana berpisah dengan nenek. Dia mula menjadi liar, melepak di rumah kawan. Tidak balik ke rumah sehari dua. Ibu bapa tidak mengambil pusing. Lalu beliau menghilangkan diri selama seminggu melepak di Central Market dengan kawan yang tidak tentu arah. Sewaktu itulah dia hilang mahkota kegadisannya setelah tidak sedarkan diri diberi minum oleh seorang rakan lelaki. Kehilangannya dikesan oleh ibunya dan kemudiannya dibawa balik ke rumah. Dia memberitahu perihal keadaan dirinya yang dinodai rakan. Jawapan mudah daripada ibunya, tunggu sama ada dia mengandung atau tidak. Setelah tidak mengandung, dia kembali bebas keluar rumah. Hingga akhirnya dia ditangkap dalam satu operasi dan dihantar ke pusat itu.
Begitu juga dengan kisah remaja-remaja terlanjur di Raudhatussakinah. Mereka bukan sahaja dari kalangan yang tidak habis belajar, malah ada di kalangan penuntut universiti. Dek kerana terpesona janji manis teman lelaki, akhirnya tergadai body.
Dalam menemubual mereka, tersangat sukar sebenarnya untuk mengungkap pertanyaan, "Bagaimanakah kamu boleh ternoda" atau "Adakah kamu telah tercemar".. walaupun saya sudah berkahwin dan beranak-pinak tak tergamak untuk diluah pertanyaan sebegitu!
Namun melihat perut mereka yang membengkak, terbit rasa sedih dan kesal... mengapa dik kamu biarkan dirimu menjadi mangsa?
Teringat kata-kata pentadbir rumah tersebut kepada 'anak-anak jagaannya', "jangan kamu rasa kamu tak mengandung kamu bernasib baik atau bijak, sekurang-kurangnya kawan kamu yang mengandung ini lebih bernasib baik kerana diberi ingatan oleh Allah agar tidak mengulangi perbuatan yang dibenci-Nya. Kalau kamu rasa kamu bijak, kamu tak akan menjadi penghuni di sini."
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
5 hours ago
6 comments:
kesian gadis itu. dah ada kerja tetap difirma tp akhir kembali ke lorong hitam jua.. rasanya kat situ masyarakat yg bersalah sebab tak bagi peluang utk dirinya yg dah sedia berubah, sebaliknya dimalukan dan dihina.
kisah remaja zaman sekarang yg mudah tergoda dgn janji manis lelaki... selain diri sendiri yg tak kuat pegangan, asuhan dan perhatian ibu bapa juga penting...
nauzubillah hi min zalik....wallahu aklam...
Salam Kak Nik..
Cerita2 mcm ni selalu membuat saya geram.. geram dkt lelaki yg mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita...
Mengapa ya kak.. anak2 muda sekarang terlalu mudah terjebak.. apakah kesalahan ini harus ditudingkan pada ibu bapa mereka yg gagal mendidik anak2?
Saya rasa.. bukan setakat ibu-bapa.. malah persekitaran dan badan2 yg bertanggungjawab harus membuat sesuatu di atas penularan budaya yg tak sihat ini... alangkah bagusnya jika negara Islam spt Malaysia ini betul2 mengamalkan budaya & ajaran Islam.. pasti perkara ini takkan menjadi2...
Salam Nik,
Bukan semua pelacur wanita sukarela. Ada yang terpaksa dan ada yang dipaksa. Oleh manusia dan keadaan lain. Itu sebabnya kita perlukan pelaksanaan syari'at dalam negara ini. Orang yang memaksa dibawa ke muka pengadilan; dan jika keadaan yang memaksa maka kerajaan akan menyelesaikannya. Wanita berkenaan dapat dimurnikan.
volotirdua kali bc, dua kali brhiba. spttnya gds 2 mlwn blik ejekan mereka dan kte, jgn gggu perempuan yg dh bertaubat atau kamu hendak trjrmus ke neraka jahanam. Apa pun, ckp memg mudah. hny yg menggung tau btp perih dan dukanyer. easier said than done. ALLAH pst membnt mereka. TQ ya Niik..
salam Nik...
speecless....itu bagi golongan yang kita tahu memang teraniaya dan ternoda, bagaimana dengan golongan yang tidak kita tahu. mungkin kawan kita, saudara kita ada yang menyimpan duka peritnya sendirian...bukan golongan anak2 muda sahaja, malahan yang berusia, matang dan malahan sudah punyai mahligai pun terjebak sama....maka apa yang perlu kita doakan ialah semoga perkara ini tidak berterusan dan semoga golongan ini tabah dan insaf.......
Salam kak nik,
Sebenarnya ujian dan dugaan buat yang terlibat itu satu hal..tetapi kita disekeliling "mereka-mereka" ini sebenarnya turut sama diuji..adakah kita memainkan peranan yang betul dalam menangani masalah ini..walau apa pun kesilapannya... sebenarnya kita semua terlibat dan turut menerima kesan akibatnya.
Post a Comment