Hujung minggu baru-baru ini, kami menerima kunjungan sahabat dari Guangzhou, China, Yusoof Ma dan isterinya Zainab, bersama dua orang anak mereka, Muhammad, 10 dan Ramadhan, 7.
Mereka merupakan kenalan suami saya. Agak unik perkenalan bersama keluarga Ma ini kerana suami saya terlebih dahulu mengenali ayahnya iaitu Nordin Ma dan anak saudaranya Hussin. Perkenalanan berlaku pada tahun 2007, sewaktu Nordin dan cucunya itu mengunjungi Masjid Negara untuk menunaikan solat Jumaat, sementara suami saya pula berniaga di situ.
Melihat barangan yang dijual suami, Nordin berkata, kalau di negaranya barang tersebut boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Suami saya yang memang suka melayan foreigner apatah lagi yang beragama Islam, terus berbual-bual dengan mereka berdua.
Kebetulan Nordin sedang bercuti dan mencari tempat pengajian untuk cucunya. Perkenalan tersebut tidak terhenti setakat itu. Selama dua bulan di Malaysia, sempat juga suami saya bertemu dengan anaknya Ali dan isteri yang datang kemudian. Sebelum meninggalkan Malaysia, Nordin memberikan alamat dan nombor telefonnya di Guangzhou dengan pesanan, kalau kami ke sana jangan lupa hubunginya.
Entah bagaimana pada bulan Ramadhan 2007, suami saya tergerak hati untuk ke sana. Beliau cuba menghubungi keluarga Ma ini dan ternyata mereka sangat gembira mendengar khabar suami saya akan mengunjungi mereka.
Awal-awal lagi Nordin menyuruh anaknya Ali menjemput suami saya di Macau, tetapi disebabkan penerbangan mengalami kelewatan, Ali terpaksa balik semula ke Guangzhou setelah menunggu hampir 5 jam. Bagaimanapun, suami saya selamat juga sampai ke kediaman mereka walaupun bersendirian.
Keluarga Ma ini merupakan usahawan berjaya di Guangzhou. Mereka menjalankan perniagaan jentera berat yang dieksport ke Iran, Rusia dan beberapa buah negara lagi. Sepanjang berada di sana, suami saya dibawa berjalan oleh anak dan cucu Nordin.
Ternyata ukhuwah yang terjalin tidak terputus biarpun jarak yang memisahkan.! Walaupun sudah lama tidak bertukar khabar, ingatan tetap tersemat di sanubari. Kedatangan Yusoof sekeluarga kali ini juga untuk bercuti. Apabila dipelawa ke rumah, ternyata mereka tidak keberatan. Agak kelam kabut juga dibuatnya kerana saya tidak tahu apa yang hendak dihidangkan. Mereka tidak makan makanan pedas dan manis. Setelah puas berfikir, akhirnya saya memasak mee sup untuk mereka sekeluarga.
Sewaktu hidangan dihidang, tiba-tiba Muhammad memberitahu yang dia tidak suka sup dan daging ayam. Akhirnya dia makan mee sahaja. Kasihan pula saya melihatnya. Saya bercadang untuk memasakkan sesuatu yang lain tetapi ditegah oleh Yusoof dan isterinya. Sempat pula Muhammad memberitahu, delicious aunty! (apalah delicious nya mee kuning tanpa dibubuh apa-apa).
Kami diberitahu, sepuluh hari lagi Nordin akan tiba dari Guangzhou. Nampaknya kali ini kalau mereka sudi datang ke rumah lagi, saya perlu lebih berhati-hati menyediakan hidangan. Susah juga bila berlainan budaya rupanya! Hahaha…
mp5-buah tangan dari Zainab untuk Kak Long
gelang jade bertali ini pula untuk Iman dan Efa.
13 comments:
seronok baca kisah ukhwah kak nik.
lepas ni akak masaklah nasi goreng cina, ayam sos tiram, udang mentega dan 1 sayur goreng... takpun nasi tukar kepada bihun singapore... hehe pandai aje bg cadangan... sekadar idea utk akak..
salam nik...
haaahhahha....belajar masak chinese food nik. belajar dari si idasm tauke restoran. za suka chinese food ...sedap. idea si idasm tu bagus. ikan sweet sour yang tidak pedas. nasi ayampun boleh...
salam ida..
wah bagus jgk cdgan ida..nilar bila memasak suam2 kuku je (lepas tekak sendiri heheh). Mmg berhajat nak jemput ayah Yusoof ke rumah nnti. Kali ni lebih bersedia sket. Hari Ahad lepas tu main tangkap muat je. Hb lambat bagitau.
Leeza.. btollar..kena belajar masak chinese food. skrg ni tau masak nasi ayam dgn ayam sos tiram dan nasi goreng china (pakai perencah segera hahahah!)
Alhamdulillah... perhubungan antara saudara seislam terus dikekalkan walaupun jauh beribu batu...
nik..salam
Guangzhou..lama da tak ke sana. Memang barangan di sana murah-murah sungguh, tapi biasalah..good things not cheap.cheap things not good..ha.ha..
salam kak e
apabila ukhuwah dijalinkan kerana Allah, akan terasa keindahannya kan!
Kak Yati..
hmmm.. agreed as the saying goes. hehehe
Bestnye ada kawan seagama walau berlainan negara dan budaya, banyak yang kita boleh belajar dari mereka...
Salam Kak Nik...
Bestkan ada sahabat berlainan negara... mcm2 pengalaman boleh kongsi... Moga silaturrahim yg dibina bersama akan kekal selamaNya...
Saya rasa, kalau mereka berkunjung lg ke rumah akak... mungkin next time akak boleh sediakan seafood pulak..
bestnya terima tetamu istimewa dr jauh. berlainan budaya tetapi satu agama. akak kena belajar chinese food la pas ni.hihihi
psst...kak nik...blog kita ada poblem x leh sign in. so x leh update blog. now ni dh bukak blog baru http://ainismail.blogspot.com. senang2 akak jengah ekh.
salam kak nik... bestnya dikunjungi tetamu istimewa...walaupun tak tau nak hidang apa..tp tetap seronoklah...saya rasa orang melayu jer...boleh makan sume..tolak yg haram jer... hehe
salam ukhwah..
salam kembara dari saya buat akak..
salam kak nik.
lama sungguh tak menonjolkan diri and memberi komen! hehehe!
seronoknya terima tetamu jauh...
Post a Comment