Kata orang mengajar anak kecil umpama mengukir di atas batu. Sekali diukir akan kekal selamanya. Manakala, mengajar orang dewasa ibarat menulis di atas pasir, datang ombak habis terpadam.
Selama hampir lima bulan dimasukkan ke tadika, anak saya Effa sudah banyak berubah. Kalau dua bulan pertama, mesti menangis apabila tiba di pintu pagar sekolah, sebab katanya, ‘adik nak nangis jugak’. Pernah kerana berasa geram, saya mengugut untuk memberhentikan dia dari sekolahnya. Menangis juga kerana katanya dia mahu ke sekolah! Sabar je lah..
Walaupun umurnya baru empat tahun, tetapi dia belajar bersama-sama kanak-kanak berusia lima tahun. Kesnya, dia tidak suka belajar di tingkat atas! Sampaikan pengetua tadika bertanya sama ada kami kisah atau tidak dengan pencapaiannya kerana dia tidak belajar banyak sebagaimana rakan empat tahunnya. Pada saya apa yang penting ialah dia belajar bersosial terlebih dahulu. Tak perlulah dibebankan dengan peperiksaan dan sebagainya.
Dalam menangis dan buat perangai ke sekolah itu, banyak juga perkara yang dipelajarinya. Ada doa baru lagu, lagu baru dan macam-macam. Saya diberitahu cikgunya iaitu Cikgu Ita, yang Effa sangat suka mengaji. Diam tak diam dia sudah boleh menghafaz sehingga ke surah Al-Qariah.. walaupun ada yang tak begitu lancar.
Setiap hari ada saja celotehnya tentang doa yang dipelajarinya. Doa makan, doa sebelum belajar, doa masuk dan keluar tandas dan bermacam-macam lagi. Walaupun sudah lama belajar doa-doa tersebut, namun seminggu dua ini dia nampaknya begitu bersungguh-sungguh ‘mengamalkannya’. Pendek kata setiap kali makan habis semua orang disuruh membaca doa sekuat hati sebagaimana yang dibuatnya. Yang selalu jadi mangsanya kakngahnyalah, si Iman.
“Dikman ko tak baca doa, dosa masuk api neraka!” (Iman selalu bengang sebab si Effa memanggilnya Dikman dan membahasakan dirinya kak Effa, mesti dibalasnya, bila masa pulak ko jadi kakak aku?)
Dan seperti biasa balas si Iman, “akak baca perlahanlah, mana ko dengar!”
Pernah satu hari, sewaktu saya ingin menarik tangannya masuk ke bilik air untuk memandikannya, Effa tiba-tiba berhenti depan pintu bilik air.
“Sekejap umi,” katanya. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya dengan suara yang kuat dia membaca doa masuk tandas!
Waktu nak keluar bilik air pun dia menepis tangan saya yang ingin menariknya keluar. Tujuannya nak baca doa keluar tandas..Hish..ada pulak baca doa dalam bilik air..! Becok mulut saya menegurnya. Tunggulah keluar dulu dik.
Paling tak tahan apabila bercerita tentang hantu..(kakak-kakaknya suka tengok cerita keliwon). Katanya “alah kalau nampak hantu kata ALLAHUAKBAR.. (dengan menjerit) nanti hantu larilah…!”
Siapa yang mengajarnya? Abah si Effa lah!!!
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
6 hours ago
7 comments:
Salam kak...
Budak2 memang cepat belajar... kadang2 ada doa yg mereka hafal di tadika... saya pun tak hafal.. hee.. malu je... :p
kalau baik persekitaran anak2 kecil ni.. maka baiklah akhlak yg terbentuk... jadi acuan pertama yg mencorakkan anak2 adalah dari persekitaran terdekatnya iaitu di rumah...
Cerdik betul anak Kak Nik.. hmmm... Alhamdulillah..
seronok sebenarnya melihat proses pembelajaran bdk2 ni. sgt natural dan pelbagai gelagat. tp kalau dgn cara begitu ianya lebih berkesan biarkan je lah.
Salam kenal Sis..
Thanks mengunjungi LOL ok..
Saya suka mengajar budak kecil coz dia senang diajar dan menerima. Kalau org dewasa...
borak2 boleh ar..
hehe..
aduh, tersenyum2 saya baca gelagat effa ni... :P
kecik2 lagi dah pandai. harapannya, amalan doa tu akan berkekalan kan... :)
memang budak2 ni umpama span yang menyerap.. semua senang masuk... :)
budak2 memang senang dan cepat belajar. Memang banayk doa yang depa boleh hafal.
salam dida, ain, LoL,sya dan Has,
mmg gitular kerenah budak..cuma kdg2 mak budak je yang mcm kurang sabar heheh.
Tapi sebenarnya banyak benda yang kita boleh pelajari daripada kerenah anak.
salam nik...
Anak2 mmg cepat belajar...
Atas kitalah mencorakkannya...
Semoga anak2 kita tidak tersalah asuhan...insyaAllah.
Dan salah siapakan jika anak2 tersalah asuhan???
Sedihnya...(emolah plok...)
Post a Comment