www.coolchaser.com/themes/
Saya tergelak apabila membaca entry bertajuk ‘pegang tangan itu romantik?’( bak kata suami saya yang suka melawak; romantik takdak romantaik ada!) sewaktu bertandang ke ‘rumah’ Rose Harissa @ che rose,.
Membaca celoteh beliau mengingatkan saya tentang fenomena biasa yang berlaku dalam masyarakat Melayu. Kata orang, orang Melayu susah untuk menunjukkan affection. Memang susah untuk melihat pasangan veteran Melayu berjalan berdua berpegangan tangan. Malah, kalau kedapatan, ramai pula yang memandangnya ‘semacam’.
Namun di kalangan pasangan yang sedang bercinta, adegan pegang memegang ini suatu yang lumrah. Sebab itu banyak perkara yang diperkatakan mengenai fenomena sebelum dan selepas kawin. Kalau sebelum kawin berjalan berpimpin tangan, lepas kawin sorang di depan sorang di belakang.
Teringat saya kepada kisah sewaktu di kolej dahulu. Lecturer yang mengajar subjek Bahasa Melayu namanya Encik Ismail Rajab (sewaktu itu, tak tahulah kalau sekarang sudah ada title prof atau dr. dsb). Katanya.. “memang betullah agaknya bila remaja sekarang kata cinta itu buta…sebab tu saya tengok mereka yang bercinta ni jadi buta. Berjalan kena berpimpin tangan, nak melintas jalan kena berpimpin tangan. Biasanya orang buta sahaja yang berpimpin-pimpin. Tapi bila dah kawin ramai yang celik yer!” Hmm.. logik juga lawak yang dicetuskan beliau hahaha…
Begitu juga dengan komunikasi selepas perkahwinan, khasnya bentuk panggilan. Sebelum kawin bersayang-sayang, selepas kawin maknya dan paknya sahaja jadi panggilan (tentang panggilan ni..pada saya terpulanglah kepada keselesaan masing-masing tanpa mengabaikan rasa hormat dan disenangi pasangan, sesuai dengan ajaran Islam iaitu memanggil seseorang dengan nama yang disukainya).
Perkara ini juga mengingatkan saya kepada pensyarah saya tadi, sewaktu memberi penerangan mengenai variasi. Contoh yang diberikan sangat lucu tetapi bernas. Mengenai pasangan bercinta. Katanya mesti ada penyesuaian dan saling memahami. Begitu juga dalam berkomunikasi perlu ada keserasian, pemahaman atau disebut variasi. Bentuk komunikasi, ada yang verbal atau non-verbal. Sentuhan dan bahasa badan juga menjadi satu bentuk komunikasi.
Yang menariknya, analogi yang diberikan itu membuatkan kami ketawa tak kering gusi.
“Kamu bayangkan sepasang kekasih sedang bercinta memadu kasih di tepi kolam. Si jejaka dari fakulti sastera, si gadis dari fakulti sains.. berkata si jejaka..sayang cuba lihat air tasik tu tenang dan mendamaikan..jawab si gadis, mana ada air itu tenang, molekul-molekulnya sentiasa bergerak berlanggar sesama sendiri!” Hheheh.. begitulah jadinya kalau tiada persamaan atau variasi dalam komunikasi!
Apapun semoga hubungan suami isteri yang terjalin kekal mewangi, saling memahami dan kekal bervariasi!
14 comments:
hehhe... mmg lucu dan bernas semua tu...
hubby saya tu mmg gitu kak nik... macam hubby kak nik ler... suka berlawak...
tapi bayangkanlah kalo saya yang suka hadap pc ni, kahwin dengan org lain yang tak mcm hubby saya... sah2 hari2 bergaduh...
Tuhan mmg dah tetapkan jodoh kita ngan pasangan yang sesuai...
hidup biar sedap! keh keh keh...
nik akak pula masa bercinta celek, lepas kahwin pula buta, walaupun kami pasangan tua tapi pegang tangan tu macam wajib aje..he.he terpulanglah pada masing2kan!
salam nik...
keh3....mmg lawaklah. since i ajar sains , i dah tak tahu nak cakap lembut ....mesti ada konsep sains jugak....sehingga org buat lawak tikus bertelurpun ,i boleh tanya balik....mana ada sains ajar tikus bertelur...kan tikus beranak...huaaaahuha.
saya pun mcm kak yati..masa bercinta buta...baru2 kawin rabun...dah 16 tahun kawin..terus buta. makin melekat..hehehe
che rose,
mmg Allah tahu apa yg terbaik untuk kita.. apapun..yeah! u r right..hidup biar sedap..
kak yati..
sepatutnya mcm tu lar.. biar celik dulu buta kemudian..
leeza..
apa2 pun tkpe janji bahagia..
ain..
waa..buta rabun buta yer..uihs.. bagus tuh..
kak nik,
memang lucu tapi ade kebenaran nya..
hahaha,
ketawa saya membaca nya.. :D
memang, bila orang belum kahwin pegang tangan, tak de apa2.. bila orang dah kahwin pegang tangan, katanya nak menggatal.. apa lah... :P
seeloknya, lepas kahwin ni lah kita perlu lebih beromantika d'amor.. :P terutama bila dah ada anak.. bila kita ni pasangan yang penuh kasih sayang, secara tak langsung, anak2 kita pun akan menerima kasih sayang juga.. :)
kutip pengalaman dari komen kakak2 kat atas jer lah nuar...
;D
lucu pun ada...cinta buta, cinta celik, cinta rabun pn ada...mujur istilah 'cinta kanta lekap' takde lg ye kak ;D
salam
yong.. itular..kami dulu gelak riuh satu kelas..tp dalam kelucuan tua ada kebenaran.
Sya,
romantika d'amor...^_^ sweet..
Nuar..
hmmm..cinta kanta lekap...baguslah frasa tuh..nanti lepas ni akak pk kan kegunaan frasa tuh...(letak tangan kat dahi).
Salam pagi kak...
hahhaha...
lawak seh...
cinta itu buta jalan pun berpimpin-pimpin...
lawaknya kak..
ketawa guling2 aku....
Org Account dan org IT borak...
Account: Bz lah.. tengoklah voucher2 nie.. berlambak sana sini..
IT: Mmm, voucher tu bukan ke yang ader kat Tesco, Giant...
Account: &*&^%%$##@
k.nik...
keras perut saya baca k.nik..
dahlah baca en3 che rose tuh.. pastu k.nik plak sambung.. hahahaha..
tapi betullah kak.. citer orang dulu2 masa bercinta tersepak batupun bleh salahkan batu tapi bila dah lama kawen tersepak batu bleh plak sound "bute ke mata tu batupun xnampak.." hahahaha..
tapi ada kebenarannya, orang kita ni malu nak tunjukkan perasaan sayang tuh secara terang2an.
Salam Kak Nik...
Saya yg terlebih romantik dgn suami saya smpai dia naik lemas... hahaha..
biasa pompuan ni manjakann... lelaki pun sbnrnya perlu dimanjakan walaupun dah berusia.... jgn disisihkan dia apabila sudah punya anak yg ramai... takut bila rasa tersisih.... benda lain pula yg jadi...
Salam Nik,
Bila Nik sentuh Ismail Rejab, saya terus teringat pada dia. Dia bila bergurau, selamba saja kan.
Pada saya, cinta semakin buta bila usia dah jadi emas.
hi lol..
mmg itular jdnya bila tak masuk gu berborak heheh
salam dhan..
akak pn tergelak bila baca n3 che' rose, tu yang teringat balik masa belajar dulu tuh,.
salam dida..
biar terus kekal romantik...
salam dr..
owh..dr pun biasa yer dgn en. Ismail. a'ah mmg selamba je muka dia..kami ni yang macam nak pecah perut ketawa kat kelas dia..
Post a Comment