RSS

Friday, February 4, 2011

Ingatan buat yang mahu mengambil iktibar


Baru-baru ini saya berkesempatan mengikut kelas ‘understanding Islam’ anjuran Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), menemani Didi (mudah-mudahan Allah segera membuka pintu hidayah-Nya untuk Didi). Kelas tersebut dikendalikan oleh Ustaz Ann Wan Seng. Bagi pembaca Muslimah bilangan 288, pasti telah membaca kisah mengenai beliau.

Sebenarnya terselit juga perasaan malu dan kagum dengan beliau. Baru memasuki tahun ke-15 menjadi seorang Muslim, beliau telahpun bergelar ustaz dan mengajar saudara-saudara baru lain (dan mereka yang berminat mendalami Islam) . Sedangkan kita yang telah lahir Islam ini masih lagi terkial-kial!

Kelas yang bermula jam 6.30 petang itu dijalankan di bangunan Perkim berhampiran Balai Polis Sentul, yang juga menempatkan pejabat MACMA. Ramai juga saudara baru yang menghadirinya, rata-rata mereka adalah orang Filipina. Ada seorang warga Afrika dan seorang berbangsa Cina.

Memang terasa lucu juga apabila kelas tersebut sudah bertukar ibarat kelas bahasa Tagalog. Kata Didi sambil melawak, kita ni kat Filipino Street agaknya! Rata-rata mereka ini adalah pendatang yang mencari rezeki di Malaysia. Alhamdulillah, sepanjang berada di bumi Malaysia ini mencari rezeki, mereka juga bertemu dengan hidayah Allah.

Kelas tersebut membicarakan tentang konsep asas Islam, iman dan ehsan. Perkara yang membatalkan iman, tentang dosa kecil dan dosa besar, termasuk khurafat dan syirik. Kelas tersebut dijalankan dalam bahasa Inggeris diselang seli dengan Bahasa Melayu, (terdapat juga kelas yang dianjurkan dalam bahasa Mandarin dan kelas mempelajari bahasa Arab)

Melihat kegigihan mereka mendalami Islam, memang memberikan kesedaran pada diri sendiri. Betapa mereka tekun mencari ilmu fardu ain dan memantapkan akidah. Sedangkan kita ini seringkali mengambil sikap ‘take thing for granted’.

Menurut MACMA, sememangnya kelas tersebut mendapat sambutan daripada kalangan bukan warganegara yang memeluk Islam. Jarang-jarang sekali ada warganengara yang ikut sama, apatah lagi dari kalangan umat Islam sendiri (Islam sejak lahir), walaupun ia terbuka untuk semua dan diadakan secara percuma (sumbangan boleh diberikan untuk membantu NGO ini).

Bersama-sama mengikuti kelas tersebut, menyedarkan diri saya - kita sebenarnya perlu menambah ilmu; bukan sahaja untuk diri kita tetapi lebih penting lagi sama ada kita sedar atau tidak, kita adalah pendakwah. Suka atau tidak, itulah hakikat yang perlu kita terima, kerana setiap perlakuan kita menjadi cerminan agama yang kita anuti.

Dalam keadaan Islam dilabel sebagai agama ekstrem, agama Barbarian, terrorist, menjadi tugas kita memberi penerangan yang benar tentang Islam. Memang orang akan kata segalanya tak boleh dalam Islam, segalanya ada balasan, namun ia sebenarnya mendidik umatnya agar menjauhi perkara yang menjerumuskan mereka kepada kehancuran. Ibarat sayangkan anak, pastinya kita akan mendisiplinkan mereka, menegur dan menghukum. Dan cantiknya, Islam telah menyatakan segala bentuk hukuman sejak kita masih hidup lagi agar kita menjauhi perbuatan buruk.

Ancaman dan ganjaran yang dinyatakan dalam al-Quran yang menjadi manual kehidupan manusia, merupakan peringatan bagi mereka yang mahu mengambil iktibar.

4 comments:

nas said...

Salam nik yah,
saya bersyukur terjerompak dgn blog u ni..agak menarik...dan bolehlah mnjenguk sekali sekala.

Topik ttg AWS ini cukup menarik perhatian saya. Saya kini agak berminat sgt dgn fenomenon "reverts" ini, yg sebenarnya berduyun2 memeluk islam di serata dunia. Kini Islam is the fastest growing religion in the West. (Saya sering mengunjungi you-tube utk mengikuti fenomenon ini. Taip shj reverts, maka byk lah sites yg boleh saya masuki)

Yg mnghairankan saya kenapa pula fenomenon ini tdk begitu mnjadi di M'sia, sedangkan kita mmpunyai peluang yg serupa & telah merdeka >50 tahun.

Oleh itu saya bersyukur adanya watak spt AWS, Hussain Yee, dll di tanah air. Semoga kita semua lebih tekun lagi berdakwah!
wassalam, dok kelik klate ko jare2 skali?
nik AAS.

nik said...

nas..(rasa mcm kenal tp jenuh duk recall.. sapa ye?)

sepanjang yg saya duk ikut, kdg kala sikap kita orang melayu Islam sendiri banyak memainkan peranan kepada 'tidak menjadi'.

Masuk Islam sering disinonimkan dengan masuk melayu. Dan di kalangan kita sendiri, brp kerat yg pernah menceritakan keindahan Islam tu sendiri kepada sahabat-sahabat belum Islam?

Begitu jugak, sejauh mana mesra alamnya masjid/surau kita di Malaysia ini dengan sahabat bukan Islam?

Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada situasi 'tidak menjadi' ini. Setelah bercampur dengan mereka barulah kita akan tahu apa kelemahan kita yg Islam warisan ini.

Persoalannya pula, sejauh mana kita bersedia untuk berfikiran terbuka, dan lebih penting lagi, apakah pengisian ilmu kita unt berdepan dengan mereka

Unknown said...

masuk blog akak terus nampak muka ann wan seng.. rupanya ade citer berkaitan ann wan seng.. saya kenal nama ann wan seng ni sekitar tahun 1999... banyak ikut membaca tulisan beliau melalui mailinglist (dulu la tahun 1999-2002)...

Didi tu siapa kak?

saya dulu ramai juga ikut program usrah masa bujang.. tu pun sbb byk ikut kak wani..

kaknik said...

yong...didi tu kakak angkat akak..
owh kiranya yong dulu geng ngn kak wani lah ek?