Malam kelmarin selepas selesai makan malam, saya duduk berehat di hadapan tv. Sebenarnya sudah lama saya tidak berkesempatan menonton tv. Macam-macam drama yang ditayangkan di pelbagai saluran tv. Begitu juga bermacam rancangan hiburan lain turut di paparkan.
Sebaik duduk bersama anak-anak, baru saya terperasan rupanya rancangan tersebut ialah rancangan Galaksi (apabila terpandang wartawan perempuan yang sedang menginterview seorang artis, sebab saya pernah bersua dan bersembang dengan beliau di satu majlis).
Apabila mendengar perbualan di tv, along yang kebetulan sedang menghadap komputer riba di sebelah saya bersuara, “tak suka betul kaklong tengok rancangan macam ni. Apalah yang dorang ni tanya."
Saya tersenyum dan menjawab, inilah realiti masyarakat kita hari ni, kadang kala berguna juga untuk kita tahu sebagai teladan dan sempadan.
Tiba-tiba ada suara kecil Efa menyampuk.. “tak baguslah macam ni, tak ikut syariat Islam langsung”. Terkejut saya yang mendengar. Apa yang tak ikut syariatnya, tanya saya sekadar mahu menguji apakah dia faham apa yang disebutnya.
“Ala tak pakai tudung, pakai cekci-cekci, tu tak ikut syariat Islam lah tu (efa mmg susah nak sebut perkataan seksi, mesti jd cekci. tak tahu kenapa hehehe)..”
Saya dan along tergelak mendengar kata-kata Efa. Nyatalah dia faham. Kata along pulak..dah tu adik tu kenalah pakai tudung kalau keluar rumah..kalau tak, tak ikut syariat Islamlah tu.. Jawab si adik pulak, lepas ni umi buanglah baju-baju cekci adik (ada ke baju cekci dia…owh baju gaunnya yg takde lenganlah tu kot!) . “Pakai dalam rumah takpe dik…jangan pakai di luar” balas along. Budak-budak, yang pasti pemerhatiannya tajam..!
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
5 comments:
bagusnya Efa...
dari kecik lah kita nak didik anak2 tentang Islam kan...
seronok bila dengar budak2 kecik mengomen bab aurat dan sebagainya..
sebab, apa yang diorang belajar, itu lah yang diorang pegang... tak ada dolak dalih... :)
sya..lama tak dengar kabar.. bila due? take care ye.
Salam Nik...hehe...dasat si effa ni. Pandai dah kecik2...orang yang dah tua juga...kadang2 tak faham atau buat2 tak faham..hehe
wah!
mmg tajam penglihatan dan pemahaman efa ye.. bagusnya....
Post a Comment